komitmen | 1. sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dsb atau menunjukkan sokongan dan azam yg sepenuhnya kpd sesuatu, iltizam: semuanya dihasilkan oleh barisan pekerja yg bersemangat tinggi, bermotivasi, dan mempunyai ~ yg tinggi terhadap kerja; Malaysia mengulangi ~nya terhadap projek ini; 2. perjanjian (persetujuan, kata putus, dsb) utk melakukan sesuatu yg menjadikan sesuatu pihak itu terikat utk melaksanakannya: buat sementara ini ~ sudah dibuat utk mengekalkan askar-askarnya di sana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iltizam | Ar 1. keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dlm melaksanakan sesuatu, komitmen: usaha pengembangan bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah disertai oleh ~ drpd kerajaan sendiri; 2. penyataan berupa persetujuan (perjanjian) yg menyebabkan seseorang (sesuatu pihak) terikat (berazam) utk melakukan sesuatu: Saribuku adalah satu lagi ~ DBP dlm usaha utk menggalakkan budaya membaca. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengglobalisasikan | menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terfokus | terarah pd suatu tujuan (sasaran, perhatian dsb), tertumpu: mataku ~ pd sehelai sapu tangan merah yg kini berada di genggaman pengetua; komitmen yg lebih ~ terhadap penggunaan sumber; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
globalisasi | proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dsb: dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar; kesan pertama ~ ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia;mengglobalisasikan menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fokus | 1. (Fiz) titik tempat sinar (cahaya, haba, bunyi) bertumpu atau tempat ia mencapah selepas pembalikan atau pembiasan; 2. tumpuan (perhatian, perbincangan, dsb): ada parti politik dan persatuan yg cuba memberi ~ kpd masalah ini; berfokus berpusat, tertumpu: bahasa yg kompleks yg kelihatan ~ pd isu atau tema semasa; memfokuskan 1. menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi) bertumpu pd satu titik, menumpukan: apabila bahagian depan mata terlalu bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan ke bahagian belakang mata; 2. memberikan tumpuan (perhatian dsb) kpd, menumpukan perhatian kpd, menonjolkan: drama sebabak ini ~ saat-saat terakhir pemberontakannya; terfokus terarah pd suatu tujuan (sasaran, perhatian dsb), tertumpu: mataku ~ pd sehelai sapu tangan merah yg kini berada di genggaman pengetua; komitmen yg lebih ~ terhadap penggunaan sumber; pemfokusan perbuatan memfokuskan: ~ kpd sasaran ini ditinggalkan kpd para pengkritik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |