Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kompeni 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kompeni1 badan perniagaan yg dimiliki oleh beberapa orang; syarikat perniagaan: Banyak kakitangan dr ~ itu yg telah dihentikan kerja kerana perniagaan makin merosot. 2 pertubuhan pedagang Inggeris (Syarikat Hindia Timur) dan Belanda (Syarikat Hindia Timur Belanda) pd zaman dahulu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kompeni1. bp syarikat perniagaan: beberapa buah ~ telah mengurangkan kakitangannya kerana perniagaan makin merosot; 2. per­tubuhan atau persatuan perniagaan Inggeris (Syarikat Hindia Timur Inggeris) dan Belanda (Syarikat Hindia Timur Belanda) yg ditubuh­kan pd permulaan abad ke-17; 3. bp kerajaan, pemerintah; harta (tanah) ~ harta (tanah) milik kerajaan; jalan ~ jalan yg dibina oleh kerajaan; 4. Id askar (terutama askar Belanda atau askar Syarikat Hindia Timur Belanda); 5. pasukan tentera yg merupakan sebahagian drpd batalion, terdiri drpd lebih kurang 100 orang anggota dan biasanya dibahagikan kpd tiga platun: askar dr ~ C batalion kedua.Kamus Dewan Edisi Keempat
kompeni1. badan perniagaan yg dimiliki oleh beberapa orang; syarikat perniagaan:Banyak kakitangan dr ~ itu yg telah dihentikan kerja kerana perniagaan makin merosot. 2. pertubuhan pedagang Inggeris (Syarikat Hindia Timur) dan Belanda (Syarikat Hindia Timur Belanda) pd zaman dahulu.Kamus Pelajar
batalion1. unit tentera yg terdiri drpd tiga kompeni atau lebih: pd tahun 1937, hanya ada lima ~ tentera di Tanah Melayu; 2. bp (sesuatu) kumpulan yg ramai: dia membawa satu ~ kawannya ke rumah pd hari raya.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertapak1. mempunyai tapak, ada tapak­nya: kon yg ~ bulat; 2. berjejak, berpijak, melangkah: seolah-olah kakinya tidak ~; 3. mendapat tempat utk melakukan sesuatu dll: Datuk Bendahara tidak suka Kompeni ~ di negeri kita; 4. bermula (melangkah dsb) drpd sesuatu pang­kalan (dasar, asas, dsb), menjadikan sesuatu asas (dasar dsb) utk melakukan sesuatu (kegiatan, usaha, dsb); 5. = bertapakkan mendapatkan sokongan dr: pemerintahan yg ~ kehendak rakyat; 6. Ml teguh dan kuat kedudukannya (kaya, bangsawan, dll): Kamal dan keluarganya itu orang ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
berapat1. = berapatan menjadi rapat (dekat), saling rapat (dekat): lalu berperang ber­bedil-bedil senapang dan pemburas se­belah-menyebelah ... maka, apabila ~ lalu­lah beramuk; maka berperanglah antara kedua-dua pihak, berapatan; 2. berkawan, bersahabat: Wan Umar cuba hendak ~ dgn Kompeni Inggeris; 3. bersama-sama, ber­sekali: orang-orang dlm negeri itu telah ber­selisih, maka sebab itulah kedua-dua masjid itu membaca khutbah, tetapi kemu­dian ~ zuhur;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpusat1. seluruhnya berpunca (drpd), semuanya ditujukan atau dikumpulkan (di, pd), bertumpu (pd): kebanyakan cerita yg dikemukakannya ~ pd tema yg sangat sederhana dan biasa sahaja; perbualan mereka biasanya ~ pd soal kenaikan harga barang-barang; 2. mempunyai pusat (di), berkedudukan (di): Yamtuan itu di bawah pengaruh Kompeni Belanda yg ~ di Betawi;Kamus Dewan Edisi Keempat
mempertahankan1. mengikhtiarkan su­paya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal): kaum tua mahu tetap ~ adat yg mendapat kritikan paling hebat drpd kaum muda; 2. tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh: kemerdekaan yg dicapai itu mesti dipertahankan; 3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dll), melin­dungi, membela: jika kompeni menye­rang Bonjol, serahkan pd kami ~ negeri; ~ diri;Kamus Dewan Edisi Keempat
benteng/bénténg/ 1 dinding drpd batu utk melindungi kota drpd serangan musuh: ~ besi sekalipun akan hancur oleh meriam sebesar itu. 2 tempat yg diperkuat dgn tembok batu; tempat yg dikelilingi tembok utk kediaman askar; kubu: Askar kompeni semuanya tinggal di dlm ~. 3 sesuatu yg digunakan utk menguatkan atau utk mempertahankan sesuatu yg lain; sesuatu yg digunakan sbg tempat bertahan: Malaysia biasanya dianggap sbg ~ demokrasi di Asia Tenggara. berbenteng ada bentengnya. berbentengkan ada sesuatu sbg benteng: Mereka ~ batang pisang. membenteng membuat benteng pd (di): Mereka ~ kawasan itu dgn dinding batu yg kukuh. membentengi 1 merupakan benteng pd: Tembok batu ~ kota itu. 2 ki melindungi. membentengkan menggunakan sesuatu sbg benteng: Orang-orang kampung ~ batang pisang sbg perlindungan. pembentengan perihal, perbuatan dsb membenteng, membentengi atau membentengkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pegawai1. orang yg bekerja dgn kerajaan (per­usahaan dll): ayahnya seorang ~ di Jabatan Perdana Menteri; 2. orang yg berpangkat Leftenan Muda ke atas (dlm tentera), orang yg berpangkat Inspektor ke atas (dlm pasu­kan polis); 3. sl perkakas: bukankah Allah Taala menjadikan tujuh petala langit itu tiada dgn semata ~; ~ bertauliah pegawai dlm angkatan tentera yg diberi tauliah; ~ daerah pegawai yg menge­tuai sesuatu daerah; ~ de facto (Udg) pegawai yg memegang sesuatu jawatan tanpa mengikut cara yg ditetapkan oleh undang-undang; ~ kanan pegawai yg lebih tinggi drpd pegawai­-pegawai lain; ~ kerajaan pegawai yg bekerja dgn kerajaan; ~ kontrak pegawai yg dilantik berkhidmat secara kontrak (mengikut keper­luan projek dsb); ~ memerintah pegawai tentera yg bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu kompeni; ~ pelajaran pegawai perkhidmatan pelajaran; ~ pemerintah pegawai tentera yg bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu batalion; ~ rendah pegawai tingkatan bawah; ~ tinggi pegawai tingkatan atas; ~ turus kumpulan pegawai kanan tentera yg mem­bantu pegawai pemerintah; kepegawaian perihal pegawai.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas