konkrit | 1. campuran batu kelikir dgn simen (pasir dll) yg digunakan utk pembinaan bangunan dll (terutamanya utk asas, tiang alang bangunan, dll): asas rumah itu dibuat drpd ~; 2. bersifat (berupa) sesuatu yg dapat digambarkan (dirasai, dilihat, dll), bersifat kebendaan (tidak abstrak), nyata ada (kelihatan dsb), maujud: pembukaan tanah baru merupakan suatu langkah yg ~ ke arah pembangunan ekonomi negara; 3. pasti (tidak samar-samar dsb), positif: mereka diminta mengemukakan cadangan-cadangan yg ~; tidak satu pun fakta ~ yg dapat diperjelas tanpa kajian; mengkonkritkan ki menambahkan kepastian (tidak diragui) tentang sesuatu, memperlihatkan kemaujudan: konsep takwa dikonkritkan dgn jelas; kekonkritan perihal (keadaan) konkrit, kemaujudan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konkrit | 1 campuran simen, pasir batu kelikir dsb utk membuat rumah dll. 2 ki tidak diragui lagi; ternyata ada; berwujud dan dpt dilihat atau diraba; maujud: Mereka menerima cadangan yg ~ bagi membentuk satu sistem yg baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
konkrit | 1. campuran simen, pasir batu kelikir dsb utk membuat rumah dll. 2. ki tidak diragui lagi; ternyata ada; berwujud dan dpt dilihat atau diraba; maujud:Mereka menerima cadangan yg ~ bagi membentuk satu sistem yg baik. | Kamus Pelajar |
cerucuk | 1. batang (kayu, besi, konkrit, dll) yg ditanam utk menguatkan asas (tapak) sesuatu bangunan atau struktur lain; 2. tembok pengempang ombak; 3. pancang-pancang yg dipacak di tepi laut; 4. pangkalan di pelabuhan, jeti; 5. ceracak, cerancang; mencerucuk menanam cerucuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wujud | 1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll yg dapat dilihat; berwujud 1. memang ada (boleh dipandang, dipegang, dll), berupa benda yg nyata; 2. konkrit, maujud, nyata; mewujudkan 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata; terwujud sudah diwujudkan (dilaksanakan): ada suatu waktu ketika alam belum lagi ~; kewujudan perihal wujud (sesuatu), adanya (sesuatu); perwujudan 1. bentuk atau rupa (yg benarbenar dapat dilihat dll); 2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu yg konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll); pewujudan perbuatan atau proses mewujudkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekaki | 1. alas atau tapak drpd konkrit dsb tempat berdirinya sesuatu, spt patung, tiang dsb; 2. sesuatu yg menjadi penyangga atau penopang antara dua lapisan atau lebih benda, mis kek yg bertingkat-tingkat: kek buah yg dibuat khas itu turut dihiasi tujuh ~ yg setiap satunya disaluti aising. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bunker | 1. kubu pertahanan di bawah tanah, biasanya dibina drpd konkrit dan keluli; 2. kontena besar utk menyimpan bahan api: ~ arang batu; 3. (dlm permainan golf) kawasan berpasir di padang golf yg dijadikan halangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silo | 1. (Tani) lubang, parit atau silinder tinggi (drpd kayu atau konkrit) tempat membuat (menyimpan) makanan ternakan; 2. binaan bawah tanah yg menyimpan peluru berpandu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berwujud | 1. memang ada (boleh dipandang, dipegang, dll), berupa benda yg nyata; 2. konkrit, maujud, nyata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berwujud | 1 memang ada dan dpt dipegang atau dpt dipandang; berupa benda yg nyata. 2 konkrit; nyata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |