konsol auksiliari(auxiliary console) | Mana-mana konsol komputer yang bukan konsol utama. | Kamus Komputer |
konsol | ist 1 papan suis dsb yg digunakan utk mengawal operasi alat mekanikal atau elektronik. 2 bahagian komputer yg membolehkan pengguna berinteraksi dgn komputer. 3 bahagian sistem yg membolehkan pengendali mengawasi dan mengawal perjalanan pengendalian sistem. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
konsol | (Kej) papan suis dsb yg digunakan utk mengawal operasi alat mekanikal atau elektronik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konsol pengendali(operator console) | Bahagian sistem yang menempatkan peralatan yang membolehkan pengendali sistem mengawasi perjalanan sistem dan campur tangan secara insani apabila perlu untuk memastikan sistem berjalan dengan sempurna. | Kamus Komputer |
konsol paparan(display console) | Peranti input/output yang digunakan untuk memaparkan output komputer atau gambar video. | Kamus Komputer |
konsol(console) | 1. Bahagian komputer yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer. 2. Bahagian sistem yang membolehkan pengendali mengawasi dan mengawal perjalanan pengendalian sistem. | Kamus Komputer |
permohonan konsol(console request) | Permohonan oleh unit konsol kepada sistem utama untuk menggunakan sumber-sumber komputer. | Kamus Komputer |
pengendali konsol(console operator) | Orang yang bertugas mengendalikan konsol di bilik gerakan. | Kamus Komputer |
panel | 1. Bahagian konsol komputer yang mempunyai bahagian paparan dan peranti input untuk membolehkan operator komputer berinteraksi dengan sistem. 2. Barisan orang yang bertugas menilai cadangan projek. | Kamus Komputer |
panel depan(front panel) | Bahagian hadapan konsol sistem yang memegang suis, peranti input, peranti penunjuk, dan paparan. Rupa bentuk panel ini direka bentuk supaya nampak lebih kemas dan cantik kerana panel ini merupakan bahagian hadapan sistem yang boleh dilihat oleh orang ramai. | Kamus Komputer |