Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kontang 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kontang1. tidak berair, kering: parit ~; kering-~ kering sama sekali; 2. (Kim) tidak mengan­dungi air atau air habluran: kalsium klorida ~; mengontang menjadi kontang; mengontangkan menyebabkan atau men­jadikan kontang: cuaca panas yg berterusan telah ~ perigi dekat rumah kami; kontangan tanah yg kontang: bumi Poseng yg kaya dgn rekahan dan ~ itu; kekontangan 1. keadaan kontang, keke­ringan; 2. ki kehabisan idea (ilmu dll): ~ pengetahuan berlaku kerana tunjangan ilmu yg lemah; pengontangan pengeringan air (drpd bahan kimia dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kekontangan1. keadaan kontang, keke­ringan; 2. ki kehabisan idea (ilmu dll): ~ pengetahuan berlaku kerana tunjangan ilmu yg lemah;Kamus Dewan Edisi Keempat
kontang II; ~-kanting dlm keadaan terbuai-buai atau terayun-ayun (spt barang yg tergantung pd tali yg panjang). terkontang-kanting 1 terbuai-buai atau terayun-ayun (spt barang yg tergantung pd tali yg panjang): Barang-barang mainan yg tergantung di atas kereta sorong itu ~ apabila kereta sorong itu ditolak. 2 terbiar seorang diri utk menjalani kehidupan tanpa dipedulikan: Dia begitu sedih memikirkan dirinya yg ~ menjalani kehidupan hari tuanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kering I1. tidak berair atau sudah tidak berair lagi (bkn saluran air, parit, dll): saluran air yg membekalkan air ke sawah semuanya hampir ~ disebabkan kemarau panjang; 2. tidak basah (lagi) atau lembap (lagi): digosoknya dgn sehelai kain yg ~ hingga berkilat; sudah pun ~ kain yg dijemur itu; ikan ~ ikan yg telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dll); kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan telur (digoreng dan disira dgn air gula); 3. tidak mendapat hujan yg agak mencukupi (bkn daerah, kawa­san, dsb), tidak turun hujan utk jangka waktu yg berpanjangan (bkn musim), kemarau: kawasan ~; musim ~; 4. sudah tidak datang haid lagi; 5. tidak berwang (lagi), habis (wang dll): saya tidak dapat meminjamkan wang kerana saya sendiri pun ~ sekarang ini; 6. habis, putus: sejarah tidak ~ dgn peristiwa; ~-~ air tidak kering sama sekali, lembap; ~ darah(nya) tersirap darahnya (sangat ter­kejut); ~ embun pagi hari kira-kira pukul 8 ­9 pagi; tak ~ gusi tak putus-putus ketawa atau mudah ketawa (kerana kelucuan dll); ~-kelontang (-kerontang, -kontang) kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (bkn tempayan, perigi, dll); ~ kersang kering tidak subur (bkn tanah); ~ ringkai kering sekali (bkn sesuatu yg dijemur); mengering menjadi kering; mengeringi membiarkan supaya menjadi kering (tidak berair), membiarkan kering; mengeringkan menjadikan kering, meng­usahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); kekeringan 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang; pengeringan perihal (perbuatan dsb) menge­ringi atau mengeringkan: ~ tanah sawah; pengering alat utk mengeringkan (udara dll): ~ rambut alat utk mengeringkan rambut yg basah (selepas mandi dsb); balang ~ balang utk mengeringkan bahan kimia.Kamus Dewan Edisi Keempat
garam1. bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yg diperoleh drpd air laut atau dr dlm tanah dan mempunyai banyak kegunaan (termasuk sbg perasa dan pengawet makanan), natrium klorida; 2. (Kim) sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid atas logam; 3. sj pupuk; ~ abu alkali; ~ asid (Kim) garam yg mempunyai satu atau lebih hidrogen yg boleh diionkan, mis kalium hidrogen sulfat; ~ bes (Kim) garam yg terbentuk apabila sesetengah ion oksida atau hidroksida sesuatu bes diganti dgn ion negatif lain, mis plumbum (II) klorida hidroksida; ~ dapur garam utk masakan; ~ darat = ~ galian garam dr dlm tanah; ~ hempedu (Bio) garam yg terdapat dlm hempedu, gunanya utk membantu pengemulsian lemak sewaktu pencernaan; ~ jantan buku garam; ~ kontang (Kim) garam yg air penghablurannya telah disingkirkan, mis kuprum(II) sulfat; ~ laut garam dr air laut; ~ siam garam yg halus spt gula pasir; ~ terhidrat (Kim) garam yg mempunyai air penghabluran; merendang ~ bunyi mendedas; banyak makan ~ = tahu diasin ~ = banyak menelan ~ hidup mempunyai banyak pengalaman hidup; ~ dikulumnya tak hancur prb seorang yg pintar menyimpan rahsia; ~ jatuh di air prb cepat meresap atau segera dimengerti (bkn nasihat, pelajaran, dll); ~ tumpah apakah tempatnya prb kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan; dicecah orang bagai ~ prb Mn hal perempuan yg tidak lama bersuami, lalu bercerai; membuang ~ ke laut prb membuat pekerjaan yg tidak mendatangkan faedah; sbg ~ dgn asam prb sudah padan benar (spt suami isteri); sayang ~ sececah, busuk kerbau seekor prb kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak; sudah seasam se~nya prb tiada bercela; bergaram 1. mengandungi (dibubuh) garam; 2. ki senang, berbahagia: mereka berusaha supaya hidupmu jangan ~; 3. menjadi spt garam; menggaram 1. menjadi masin; 2. menjadi spt garam; 3. menghasilkan garam (membuat, menggali); 4. Mn menjilat-jilat (binatang ternak); menggarami 1. memberi bergaram, mengasinkan; 2. ki merempahi, menambah-nambahi: langkah-langkah perlu diadakan utk menimbulkan dan ~ perasaan baik menteri; menggaramkan membuat jadi garam (air laut dll); pegaraman tempat membuat garam;penggaraman perihal atau proses membuat (membubuh) garam.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas