menekan kontrak | a) menandatangani kontrak (perjanjian); b) menjadi kuli kontrak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tekan | (tékan) IB 1. = tekanan bp tandatangan; 2. = menekan bp membubuh (menurunkan) tandatangan, menandatangani;~ kontrak a) menandatangani kontrak (perjanjian); b) menjadi kuli kontrak; ~ mati bp bersedia mengorbankan nyawa, masuk pasukan berani mati; ~ serdadu bp masuk menjadi serdadu; teken I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pegawai kontrak | pegawai yg dilantik utk berkhidmat secara kontrak (mengikut keperluan projek, syarat kontrak dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
angkel | (angkél) Id 1. wang yg diberikan kpd seseorang yg masuk serdadu (zaman kolonial); 2. mengikat kontrak baru (sehabis kontrak lama). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kontrak hadapan | ist perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kontrak | perjanjian mengenai perdagangan (syarat bekerja dll): Kedua-dua buah syarikat itu telah menandatangani satu ~ perdagangan. ~ hadapan ist perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kontrak | perjanjian mengenai perdagangan (syarat bekerja dll): Kedua-dua buah syarikat itu telah menandatangani satu ~ perdagangan. | Kamus Pelajar |
mengikat kontrak | mengikat perjanjian berdasarkan kontrak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pegawai kontrak | pegawai yg dilantik berkhidmat secara kontrak (mengikut keperluan projek dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kontrak | 1. perjanjian formal dgn syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih: menandatangani ~ perdagangan antara syarikat; buruh ~ buruh yg terikat oleh perjanjian bekerja dgn majikan; mendapat ~ mendapat hak dgn berdasarkan perjanjian utk mengurus (menjual dll), mendapat hak (mengurus dll sesuatu) dgn ikatan perjanjian; mengikat ~ mengikat perjanjian berdasarkan kontrak; 2. dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian ini: ~ hadapan; ~ niagaan ke depan; 3. cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak; ~ hadapan (Eko) perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang; ~ niagaan ke depan (Eko) kontrak pembelian atau penjualan komoditi, mata wang, indeks, dan instrumen kewangan yg dibuat utk dipenuhi pd tarikh tertentu masa akan datang; ~ sosial a) persetujuan yg telah dicapai antara pihak-pihak yg berkepentingan utk membentuk sebuah masyarakat yg padu dan sejahtera dgn setiap pihak bersedia bertolak ansur serta mengetepikan kepentingan peribadi tertentu; b) (Udg) persetujuan rakyat utk menyerahkan kebebasan individu sbg balasan kpd perlindungan yg diberikan oleh pemerintah dan pemerintah mesti memerintah selaras dgn hasrat rakyat; berkontrak berkaitan dgn, terkandung dlm atau berdasarkan kontrak: tuntutan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |