kontrak | 1. perjanjian formal dgn syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih: menandatangani ~ perdagangan antara syarikat; buruh ~ buruh yg terikat oleh perjanjian bekerja dgn majikan; mendapat ~ mendapat hak dgn berdasarkan perjanjian utk mengurus (menjual dll), mendapat hak (mengurus dll sesuatu) dgn ikatan perjanjian; mengikat ~ mengikat perjanjian berdasarkan kontrak; 2. dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian ini: ~ hadapan; ~ niagaan ke depan; 3. cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak; ~ hadapan (Eko) perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang; ~ niagaan ke depan (Eko) kontrak pembelian atau penjualan komoditi, mata wang, indeks, dan instrumen kewangan yg dibuat utk dipenuhi pd tarikh tertentu masa akan datang; ~ sosial a) persetujuan yg telah dicapai antara pihak-pihak yg berkepentingan utk membentuk sebuah masyarakat yg padu dan sejahtera dgn setiap pihak bersedia bertolak ansur serta mengetepikan kepentingan peribadi tertentu; b) (Udg) persetujuan rakyat utk menyerahkan kebebasan individu sbg balasan kpd perlindungan yg diberikan oleh pemerintah dan pemerintah mesti memerintah selaras dgn hasrat rakyat; berkontrak berkaitan dgn, terkandung dlm atau berdasarkan kontrak: tuntutan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tekan | (tékan) IB 1. = tekanan bp tandatangan; 2. = menekan bp membubuh (menurunkan) tandatangan, menandatangani;~ kontrak a) menandatangani kontrak (perjanjian); b) menjadi kuli kontrak; ~ mati bp bersedia mengorbankan nyawa, masuk pasukan berani mati; ~ serdadu bp masuk menjadi serdadu; teken I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkel | (angkél) Id 1. wang yg diberikan kpd seseorang yg masuk serdadu (zaman kolonial); 2. mengikat kontrak baru (sehabis kontrak lama). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pegawai | 1 orang yg memegang sesuatu jawatan dan bertanggungjawab dlm perkhidmatan kerajaan dll: Bapanya bekerja sbg ~ kastam di Johor. 2 anggota pasukan tentera yg berpangkat drpd leftenan muda ke atas; anggota pasukan polis yg berpangkat drpd inspektor ke atas. ~ daerah pegawai yg mengetuai sesuatu daerah. ~ kontrak pegawai yg dilantik utk berkhidmat secara kontrak (mengikut keperluan projek, syarat kontrak dsb). ~ turus kumpulan pegawai kanan tentera yg membantu pegawai pemerintah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sain | bp 1. tandatangan; ~ terbang tandatangan tiruan (palsu); 2. kontrak: abangnya ber-cakap tentang rancangannya selepas habis ~nya dgn tentera; menyain menurunkan tandatangan, menanda-tangani. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketahuan | 1. (sudah) diketahui, dikenali: sejak mula sudah ~ bahawa kau bukan kuli kontrak sembarangan; 2. telah didapati, kedapatan, terbukti: apabila diperiksa ~ pula bahawa si Bidin itu ialah anak Allahyarham Haji Hamdan; 3. terang, nyata, jelas: tidak ~ apa hendak dibuatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terma II | (Udg) 1. peruntukan yg terkandung atau peraturan yg dikenakan dlm sesuatu kontrak: ~ dlm perjanjian insurans itu mungkin boleh mengehadkan atau menidakkan tuntutan saudara; 2. perkara yg kepadanya tertakluk sesuatu keistimewaan; ~ jawatan (Tadb) perkara yg berkaitan dgn jawatan yg dipegang oleh seseorang, spt faedah persaraan, hak pencen, tempoh jawatan, gaji dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penalti | (pénalti) 1. hukuman atau denda yg dikenakan kerana melanggar undang-undang, peraturan atau kontrak; 2. = tendangan ~ (dlm permainan bola sepak) tendangan percuma yg dibuat dr jarak 12 ela (lebih kurang 11 meter) dr gol lawan yg dipertahankan oleh seorang penjaga gol; gol ~ (dlm permainan bola sepak) gol yg dijaringkan drpd tendangan penalti; kawasan ~ (dlm permainan bola sepak) ruang di hadapan pintu gol yg sekiranya pasukan pertahanan melanggar sebarang peraturan di dlm kawasan ini, pasukan lawan akan diberi tendangan percuma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bon | 1. sijil pelaburan yg dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan, yg menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik berserta faedah; 2. Id surat kecil (pengakuan mengambil barang yg akan dibayar kemudian): ~ jati; ~ jati bon yg paling terjamin; ~ kerajaan bon yg diterbitkan oleh kerajaan sesebuah negara dan dianggap tidak berisiko; ~ pelaksanaan (Eko) dokumen yg merupakan jaminan, biasanya berbentuk insurans atau jaminan bank, yg dikeluarkan bagi pihak kontraktor kpd pemberi kontrak utk memastikan kelancaran pelaksanaan projek sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat kontrak; ~ perbendaharaan bon yg diterbitkan oleh kerajaan dgn tempoh matangnya yg lama, biasanya antara 10 tahun hingga 30 tahun; ~ syarikat bon yg diterbitkan oleh syarikat perniagaan dan dianggap tidak bebas risiko. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pegawai | 1. orang yg bekerja dgn kerajaan (perusahaan dll): ayahnya seorang ~ di Jabatan Perdana Menteri; 2. orang yg berpangkat Leftenan Muda ke atas (dlm tentera), orang yg berpangkat Inspektor ke atas (dlm pasukan polis); 3. sl perkakas: bukankah Allah Taala menjadikan tujuh petala langit itu tiada dgn semata ~; ~ bertauliah pegawai dlm angkatan tentera yg diberi tauliah; ~ daerah pegawai yg mengetuai sesuatu daerah; ~ de facto (Udg) pegawai yg memegang sesuatu jawatan tanpa mengikut cara yg ditetapkan oleh undang-undang; ~ kanan pegawai yg lebih tinggi drpd pegawai-pegawai lain; ~ kerajaan pegawai yg bekerja dgn kerajaan; ~ kontrak pegawai yg dilantik berkhidmat secara kontrak (mengikut keperluan projek dsb); ~ memerintah pegawai tentera yg bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu kompeni; ~ pelajaran pegawai perkhidmatan pelajaran; ~ pemerintah pegawai tentera yg bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu batalion; ~ rendah pegawai tingkatan bawah; ~ tinggi pegawai tingkatan atas; ~ turus kumpulan pegawai kanan tentera yg membantu pegawai pemerintah; kepegawaian perihal pegawai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |