subkontrak | kontrak yg dipertangunggjawabkan kpd sesuatu kontraktor oleh sesuatu kontraktor lain (asal) utk menjalankan sesuatu projek (tugasan); mensubkontrakkan menjalankan kerja secara subkontrak: sesuatu kontrak itu mungkin disubkontrakkan kpd pengusaha lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kontraktor | orang atau syarikat yg mengurus sesuatu (spt mendirikan bangunan, membekalkan makanan) dgn ikatan perjanjian: Hanya ~ yg berdaftar saja yg dibenarkan membuat tawaran utk mendirikan bangunan kerajaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kontraktor | orang atau syarikat yg mengikat kontrak utk menjalankan sesuatu perkhidmatan, membekalkan bahan atau buruh, dsb terutamanya utk kerja pembinaan: hanya ~ yg berdaftar sahaja yg dibenarkan membuat tawaran utk mendirikan bangunan kerajaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kontraktor | orang atau syarikat yg mengurus sesuatu (spt mendirikan bangunan, membekalkan makanan dll) dgn ikatan perjanjian:Hanya ~ yg berdaftar saja yg dibenarkan membuat tawaran utk mendirikan bangunan kerajaan. | Kamus Pelajar |
bon pelaksanaan | (Eko) dokumen yg merupakan jaminan, biasanya berbentuk insurans atau jaminan bank, yg dikeluarkan bagi pihak kontraktor kpd pemberi kontrak utk memastikan kelancaran pelaksanaan projek sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat kontrak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
PKMM | kep Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anemer | (anémer) IB pemborong pekerjaan (membuat rumah dll), kontraktor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyebut harga | menyatakan atau memberikan sebut harga bagi sesuatu barang atau perkhidmatan yg ditawarkan: kontraktor itu ~ RM2000.00 bagi kerja membaiki longkang berkenaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembuli | orang yg membuli orang lain: mahkamah telah menjatuhkan hukuman tiga bulan penjara ke atas seorang kontraktor yg menjadi ~ di jalan raya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengaku janji | membuat aku janji: seseorang yg ~ utk menjalankan kerja pembinaan tanpa didaftarkan sbg kontraktor berdaftar dianggap melakukan kesalahan | Kamus Dewan Edisi Keempat |