Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.pe.ral] | کوڤرل

Definisi : 1. pangkat dlm pasukan tentera yg tarafnya setingkat lebih tinggi drpd lans koperal (dua tingkat lebih tinggi drpd prebet); 2. pangkat yg setingkat lebih tinggi tarafnya drpd lans koperal polis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koperal


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
koperal1. pangkat dlm pasukan tentera yg tarafnya setingkat lebih tinggi drpd lans koperal (dua tingkat lebih tinggi drpd prebet); 2. pangkat yg setingkat lebih tinggi tarafnya drpd lans koperal polis.Kamus Dewan Edisi Keempat
lans koperal1. (pangkat) pegawai tidak ber­tauliah yg paling rendah (dlm tentera); 2. pangkat yg setingkat lebih tinggi tarafnya drpd konstabel polis.Kamus Dewan Edisi Keempat
las~ koperal pangkat pegawai tidak bertauliah yg paling rendah (dlm tentera).Kamus Pelajar
sarjanpangkat dlm tentera dan polis (lebih tinggi drpd koperal); ~ mejar pegawai polis yg pangkatnya satu tingkat di atas sarjan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sarjanpangkat pegawai tidak bertauliah dlm tentera atau polis yg lebih tinggi drpd koperal. ~ mejar pangkat pegawai polis yg lebih tinggi drpd sarjan tetapi lebih rendah drpd subinspektor.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sarjanpangkat pegawai tidak bertauliah dlm tentera atau polis yg lebih tinggi drpd koperal.Kamus Pelajar
pangkat1. sj tingkat (mahkota, bumbung istana, dll): dikenakan mahkota di hulu baginda dua belas ~; besar istana itu tujuh belas ruang, ruangnya tiga-tiga depa, besar tiangnya sepemeluk, tujuh ~ kemuncaknya; 2. lantai (pancapersada): maka ia menyuruh membuat pancapersada tujuh ~; 3. tingkat atau lenggek (rumah dll); 4. martabat, darjat, kedudukan: yg dipandang orang bukannya budi tetapi ~ dan harta; 5. tingkatan ke­dudukan dlm kerja (di pejabat, dlm keten­teraan, dll): Karim diberi ~ koperal; guru-guru besar yg ada hati perut mahu naik ~, mahu jadi guru-guru pelawat; gila ~ terlalu ingin mendapat pangkat; naik ~ a) mendapat pangkat (yg lebih tinggi); b) naik kelas; tanda ~ tanda yg menunjukkan pangkat; turun ~ a) turun kedudukan dlm pejabat dll; b) turun kelas; 6. kelas, darjah, tingkatan (di sekolah dll): murid-murid ~ lima; 7. taraf (darjah) ke­lulusan peperiksaan (sijil dll): kelulusan bahasa Melayu ~ kepujian; Sijil Persekolahan ~ satu; 8. tingkatan atau kedudukan dlm pertalian keluarga: dia ~ anak saudara pd saya; 9. Id hasil menggandakan sesuatu bilangan dgn mendarabkannya (beberapa kali) dgn bilangannya sendiri, kuasa: dua ~ tiga ialah 23 = 2 × 2 × 2; sepangkat 1. sama pangkatnya, setaraf, se­darjat; 2. sama umurnya, sebaya; berpangkat 1. mempunyai (memegang) pangkat: ketika itu suaminya bekerja menjadi S.C. tidak ~ apa-apa; sekarang ia ~ kapten; 2. mempunyai darjat (kedudukan) tinggi, bang­sawan: di sekelilingnya dilihatnya orang tua-tua dan orang besar-besar yg ~ belaka; 3. ber­kedudukan tertentu dlm pertalian keluarga: dia mesti menziarahi ibu keluarganya kerana kewajibannya sbg orang ~ tua dlm puaknya; pulai ~ naik, manusia ~ turun prb manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yg baik; berpangkat-pangkat bertingkat-tingkat, ber­susun-susun; memangkatkan 1. menentukan atau menetapkan pangkatnya; 2. mengangkat, melan­tik; 3. menaikkan sesuatu bilangan ke pangkat dua (tiga dll); kepangkatan perihal pangkat (martabat, dar­jah, dll); pemangkatan ark pemberian pangkat, peng­angkatan, pelantikan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas