korpus | ist himpunan tulisan atau teks drpd majalah, buku, akhbar dll utk tujuan penyelidikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
korpus | (Lin) himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konkordans | (Lin) senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yg menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yg berkenaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
habeas corpus | /habéas korpus/ ist perintah yg dikeluarkan oleh mahkamah supaya seseorang dilepaskan drpd tahanan yg tidak mengikut undang-undang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
habeas corpus | (habéas korpus) (Udg) perintah yg dikeluarkan oleh mahkamah supaya seseorang dilepaskan drpd tahanan yg tidak mengikut undang-undang: writ ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konkordans | ist 1 senarai kata dlm korpus yg disusun mengikut abjad, yg menyatakan kedudukannya dan penggunaannya dlm ayat dsb. 2 fail yg mengandungi senarai perkataan dan rangkai kata yg diasingkan mengikut abjad bagi perkataan dan rangkai kata yg wujud dlm dokumen yg diteliti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
frekuensi | (frékuensi) 1. perihal berulang-ulang (sesuatu gejala dll), kekerapan: ~ penggunaan kata tersebut dlm sistem korpus DBP adalah tinggi; 2. (Fiz) kadar getaran, ayunan, kitaran dsb yg berlaku pd setiap saat bagi sesuatu fenomena yg berkala, biasanya diukur dlm unit hertz: rangkaian PCN beroperasi menggunakan ~ rendah 1800 MHz ke atas;~ ambang (Fiz) frekuensi cahaya yg paling rendah, yg dapat mencetuskan kesan fotoelektrik pd permukaan logam tertentu; ~ audio (Fiz) frekuensi yg dapat didengar oleh telinga manusia (dlm julat 20 - 20 000 hertz); ~ radio (Fiz) frekuensi yg digunakan utk komunikasi atau siaran radio (dlm julat 10 kilohertz - 300 000 megahertz); ~ rendah (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 30 - 300 kilohertz, dgn jarak gelombang 1 - 10 meter; ~ tinggi (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 3 - 30 megahertz, dgn jarak gelombang 10 - 100 meter; berfrekuensi mempunyai atau menggunakan frekuensi: penggunaan alat perhubungan ~ tinggi membolehkan mereka menghubungi kementerian atau polis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |