berangan-angan | 1. mempunyai angan-angan (cita-cita, ingatan, keinginan): ia tidak pernah ~ hidup di kota-kota besar; 2. = mengangan, mengangan-angan membayang-bayangkan berbagai-bagai gambaran di dlm fikiran, berkhayal(-khayal), mengelamun: kadang-kadang terhibur juga hatiku apabila aku ~ menjadi penyanyi; 3. Mn bermaksud, berniat: tidak ~ hendak membalas perbuatan orang terhadapnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lentera | (lentéra) lampu (yg bertutup dgn kaca dll): malam itu gelap-gelita, jalan di situ tidak berlentera spt ~ di kota-kota besar; ~ laut rumah api (yg dipasang di pantai atau di laut). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haminte | IB bandar, kota praja, kota besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kota besar | Id kawasan sesuatu kota dan pentadbirannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidup | 1 bernyawa dan bernafas (bkn manusia, binatang dll); tumbuh dan berfungsi sebagaimana mestinya (bkn tumbuh-tumbuhan): Kedua-dua ibu bapanya masih ~. Pokok padinya ~ dgn subur. 2 tinggal di sesuatu tempat; berkediaman (di): ~ di kota besar tidak selamanya lebih mudah drpd hidup di kampung. 3 berada dlm keadaan tertentu: Orang yg tidak berilmu, ~nya seumpama berjalan pd malam yg gelap gelita. Mudah-mudahan kamu akan ~ bahagia. 4 (masih) bergerak atau berjalan (bkn enjin kereta, pertubuhan dll): Enjin keretanya masih ~. Syarikat kerjasama itu masih ~. Api itu masih ~. 5 mendapat rezeki dgn cara tertentu: Kebanyakan orang Melayu ~ dgn bersawah padi. hidup-hidup 1 benar-benar hidup: Kalau tidak pernah melihat penyu ~, barangkali kita pernah melihat gambarnya. 2 dlm keadaan masih hidup: Pengganas itu telah membakarnya ~. menghidupkan membuat supaya hidup (dlm berbagai-bagai erti spt memasang lampu, menyalakan api): Dia ~ enjin keretanya. Apabila dia berasa sejuk, dia pun ~ api utk memanaskan badannya. hidupan 1 segala benda (spt binatang, tumbuh-tumbuhan) yg hidup: Kuman ialah ~ yg sangat halus. 2 = binatang ~ binatang (spt kerbau, lembu) yg diternak; binatang yg dipelihara. ~ seni hidupan yg sangat kecil yg terbentuk drpd satu atau beberapa sel, yg dpt dilihat hanya melalui mikroskop, mis bakteria dan protozoa. kehidupan keadaan atau hal hidup: ~nya sangatlah susah kerana tidak cukup belanja hendak menanggung seorang isteri dan empat orang anak yg masih kecil. penghidupan cara atau hal menjaga hidup; pencarian: Wang itu cukup utk ~ sehari-hari. penghidup sesuatu alat atau bahagian drpd sesuatu spt enjin, yg menghidupkan: ~ bingkas ialah salah satu bahagian dlm enjin itu. sehidup hidup bersama. ~ semati bersetia antara satu dgn yg lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hidup | 1. bernyawa dan bernafas (bkn manusia, binatang dll); tumbuh dan berfungsi sebagaimana mestinya (bkn tumbuh-tumbuhan): Kedua-dua ibu bapanya masih ~. Pokok padinya ~ dgn subur. 2. tinggal di sesuatu tempat; berkediaman (di): ~ di kota besar tidak selamanya lebih mudah drpd hidup di kampung. 3. berada dlm keadaan tertentu: Orang yg tidak berilmu, ~nya seumpama berjalan pd malam yg gelap gelita. Mudah-mudahan kamu akan ~ bahagia. 4. masih bergerak atau berjalan (bkn enjin kereta, pertubuhan dll): Enjin keretanya masih ~. Syarikat kerjasama itu masih ~. Api itu masih ~. 5. mendapat rezeki dgn cara tertentu: Kebanyakan orang Melayu ~ dgn bersawah padi. hidup-hidup 1. benar-benar hidup: Kalau tidak melihat penyu ~, barangkali kita pernah melihat gambarnya. 2. dlm keadaan masih hidup: Pengganas itu telah membakarnya ~. menghidupkan membuat supaya hidup (dlm berbagai-bagai erti spt memasang lampu, menyalakan api dll): Dia ~ enjin keretanya. Apabila dia berasa sejuk, dia pun ~ api utk memanaskan badannya. hidupan 1. segala benda (spt binatang, tumbuh-tumbuhan dsb) yg hidup: Kuman ialah ~ yg sangat halus. 2. = binatang ~ binatang (spt kerbau, lembu dll) yg diternakkan; binatang yg dipelihara. kehidupan keadaan atau hal hidup: ~ saya sangatlah susah kerana tidak cukup belanja hendak menanggung seorang isteri dan empat orang anak yg masih kecil. penghidupan cara atau hal menjaga hidup; pencarian: Wang itu cukup utk ~ sehari-hari. penghidup sesuatu alat atau bahagian drpd sesuatu spt enjin dsb yg menghidupkan: ~ bingkas ialah salah satu bahagian dlm enjin itu. sehidup hidup bersama. ~ semati bersetia antara satu dgn yg lain. | Kamus Pelajar |
angan | 1. fikiran, ingatan, menungan; tidak masuk ~ = tidak lalu ~ tidak masuk akal; 2. Mn maksud, niat; ~ lalu, faham tertumbuk prb menurut fikiran mungkin dibuat, tetapi sebenarnya sukar; angan-angan 1. ingatan, fikiran; jalan ~ jalan fikiran; sakit ~ tidak betul fikiran; 2. gambaran atau bayangan dlm fikiran (seseorang yg sedang berkhayal), khayalan, fikiran atau ingatan (yg timbul dlm menungan): bunyi kuang di rimba sekonyong-konyong melenyapkan ~ Jusuh; 3. cita-cita: ~nya menjadi doktor; 4. sesuatu (harapan dll) yg tidak mungkin tercapai (berlaku dsb), khayalan: itu bukan ~ tetapi kenyataan; 5. Mn maksud, niat: bukan ~nya hendak memalukan orang tuanya; ~ hati kata dlm hati; ~ Mat Jenin harapan (atau mengharapkan sesuatu) yg mustahil; mabuk di ~ = dimabuk ~ mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin tercapai; ~ menerawang langit prb mencita-citakan segala sesuatu yg tinggi-tinggi; ~ mengikat tubuh prb menyusahkan diri kerana cita-cita yg terlampau tinggi; berangan-angan 1. mempunyai angan-angan (cita-cita, ingatan, keinginan): ia tidak pernah ~ hidup di kota-kota besar; 2. = mengangan, mengangan-angan membayang-bayangkan berbagai-bagai gambaran di dlm fikiran, berkhayal(-khayal), mengelamun: kadang-kadang terhibur juga hatiku apabila aku ~ menjadi penyanyi; 3. Mn bermaksud, berniat: tidak ~ hendak membalas perbuatan orang terhadapnya; mengangankan, mengangan-angankan 1. mencita-citakan, mengenang-ngenangkan, mengingini: gadis itulah yg diangan-angankan utk dijadikan isterinya; 2. membayangkan dlm fikiran, mengkhayalkan; terangan-angan 1. terfikir, terniat; 2. terbayang dlm fikiran, terlukis dlm khayalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kota | 1. tempat pertahanan yg dilingkungi tembok batu, benteng: sesudah orang Portugis menduduki bandar Melaka mereka mendirikan sebuah ~; 2. sl tembok yg melingkungi kubu pertahanan: tinggi ~ Melaka kira-kira sepuluh depa; 3. bandar raya, bandar, pekan: mereka meninggalkan kampung utk mencari kerja di ~; ibu ~ kota yg menjadi pusat pentadbiran negeri (ibu negeri); ~ raya bandar raya yg besar (spt London, New York, Paris, Kuala Lumpur dsb); 4. Id kep kota besar, kota praja; 5. kawasan tempat kediaman; rumah ~ ark rumah kampung; ~ duduk sl sj menara atau rumah yg tinggi utk melihat-lihat (memerhatikan) kawasan keliling; ~ Piliang dia bukan, Bodi Chaniago dia entah prb, Mn orang yg tiada tentu asalnya atau keturunannya; berkota 1. bertembok batu (bkn kubu pertahanan dll), berbenteng; 2. mempunyai kota (bandar): negeri yg ~ besar; 3. sl mendirikan kota, berbenteng: maka Sultan Ahmad ~ di Bentayan; 4. ki dipegang teguh, ditepati, tidak dimungkiri atau dilanggar (janji, perkataan, dll): katanya ~ pandangannya pandang bermakna; berkotakan sl menggunakan sbg kota, berbentengkan: maka baginda memerintahkan segala rakyat ~ betis; mengotai membangunkan kota (benteng) pd, membina tembok (di keliling sesuatu), memagari: maka dikotai oleh Bendahara berkeliling pulau itu; mengotakan 1. sl menggunakan sbg benteng, memperkukuh dgn; 2. = memperkotakan memegang teguh (kpd kata), menepati (melaksanakan) janji dll: yg dikata telah benar-benar diperkotakannya; segala janji mestilah dikotakan; kekotaan seakan-akan (terikut-ikut) gaya atau keadaan kota, berlagak (berkelakuan) spt orang di kota, yg memperlihatkan unsur-unsur atau pengaruh-pengaruh kehidupan dikota (di bandar): mereka mengambil sikap ~ yg sama spt keadaan yg terdapat dlm zaman penjajahan; perkotaan urusan (pentadbiran) kota. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menampak | (dapat) melihat, nampak: kalau ia berjalan-jalan dlm kota dan ~ rumah yg besar-besar dan indah-indah, kerap kali ia tegak tercengang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkota | 1. bertembok batu (bkn kubu pertahanan dll), berbenteng; 2. mempunyai kota (bandar): negeri yg ~ besar; 3. sl mendirikan kota, berbenteng: maka Sultan Ahmad ~ di Bentayan; 4. ki dipegang teguh, ditepati, tidak dimungkiri atau dilanggar (janji, perkataan, dll): katanya ~ pandangannya pandang bermakna; | Kamus Dewan Edisi Keempat |