kotak | 1. sj bekas berbentuk segi empat tepat atau segi empat sama, mempunyai tudung, dan biasanya dibuat drpd kadbod, papan, atau logam; 2. bahagian (dlm rumah, sawah, dll) yg bersekat-sekat atau berbentuk empat persegi, petak, ruang empat persegi; ~ fius kotak yg mengandungi fius-fius elektrik, biasanya dipasang pd dinding rumah, bangunan dsb; ~ hitam alat elektronik yg dipasang pd kapal terbang utk mengumpul dan menyimpan maklumat yg berkaitan dgn penerbangan kapal terbang berkenaan; ~ pos (surat) peti surat; ~ segar bekas di dlm peti sejuk tempat menyimpan bahan makanan supaya sentiasa segar; sampan ~ sampan yg bersekat-sekat (berpetak-petak); berkotak-kotak 1. berpetak-petak, bersekat-sekat: sawah yg berkotak-kotak; 2. bercorak spt kotak (bergaris empat persegi): memakai kain pelikat ~ putih dgn jalur-jalur merah; mengotakkan membahagikan sesuatu pd beberapa bahagian yg berasingan, memisahkan, mengasingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkotak-kotak | 1. berpetak-petak, bersekat-sekat: sawah yg berkotak-kotak; 2. bercorak spt kotak (bergaris empat persegi): memakai kain pelikat ~ putih dgn jalur-jalur merah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kotak | 1 peti kecil (biasanya dibuat drpd kayu, kadbod) tempat menyimpan sesuatu: ~ mancis; ~ surat (pos) kotak tempat surat; peti surat di pejabat pos dll; ~ semaian kotak yg berbentuk empat segi (biasanya dibuat drpd kayu) tempat menyemai biji benih. 2 bahagian dlm rumah (sawah dll) yg berbentuk empat segi; petak. berkotak 1 berpetak; bersekat (bkn sawah dll). 2 bercorak spt kotak: Kain pelekat itu ~-kotak putih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dos I | IB 1. kotak drpd kertas tebal; 2. kertas tebal, kadbod, kardus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kotak | 1. peti kecil (biasanya dibuat drpd kayu, kadbod dll) tempat menyimpan sesuatu: ~ mancis; ~ surat (pos) kotak tempat surat; peti surat di pejabat pos dll; ~ semaian kotak yg berbentuk empat persegi (biasanya dibuat drpd kayu) tempat menyemai biji benih. 2. bahagian dlm rumah (sawah dll) yg berbentuk empat persegi; petak. berkotak 1. berpetak; bersekat (bkn sawah dll). 2. bercorak spt kotak:Kain pelekat itu ~-kotak putih. | Kamus Pelajar |
fail | 1. kotak, sampul surat besar, kad berlipat, tempat surat dsb disimpan secara tersusun: surat-surat itu disimpannya hati-hati dlm ~; 2. maklumat atau dokumen tentang sesuatu perkara, seseorang, dsb; 3. (Komp) sekumpulan data atau maklumat yg berkaitan dsb yg mempunyai nama tertentu dan dianggap sbg suatu unit storan;berfail-fail beberapa banyak fail: dia perlu menyemak ~ surat yg ada di atas mejanya sebelum pergi bercuti; memfailkan 1. memasukkan ke dlm fail, menyimpan dlm fail: tiap-tiap baucar itu dinombori dan difailkan; 2. mengemukakan sesuatu (permohonan, aduan dsb) secara rasmi supaya dapat didaftarkan: kami akan ~ notis utk mendapatkan satu tarikh perbicaraan; dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu di Mahkamah Shah Alam;pemfailan proses (perbuatan dsb) memfailkan: sistem ~ juga lebih baik kerana semuanya tersimpan di dlm komputer; ~ surat penting harus dibuat secara sistematik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkotak | 1 berpetak; bersekat (bkn sawah dll). 2 bercorak spt kotak: Kain pelekat itu ~-kotak putih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
magazin | 1. sj kotak berisi peluru yg digunakan pd senjata api: pihak polis telah merampas senapang itu bersama dgn dua ~ pelurunya; 2. tempat mengisi kartrij filem dlm kamera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cupu-cupu | 1. cepu, kotak; 2. lubang lesung, lubang tempat kaki tiang dipasang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cupu I | 1. cepu, kotak; 2. lubang lesung, lubang tempat kaki tiang dipasang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |