cabik I | 1. koyak, carik (pd kain dsb); cobak-~ koyak-koyak, robek, sobek; 2. penjodoh bilangan utk sesuatu yg dikoyakkan, helai: se~ kain; cabik-cabik koyak-koyak, robek, sobek; mencabik mengoyak, mencarik, menyobek; mencabik-cabik mengoyak-ngoyak, mencarik-carik, menyobek-nyobek; mencabikkan mengoyakkan, mencarikkan, menyobekkan; mencabik-cabikkan mengoyak-ngoyakkan, mencarik-carikkan, menyobek-nyobekkan; cabikan carikan, koyakan, sobekan; pencabikan perihal atau perbuatan mencabik(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
koyak rabak | koyak atau koyak-koyak yg panjang atau lebar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
koyak | carik, rabak, sobek: bajunya ~ kerana terkait pd sebatang paku di dinding; ~ rabak koyak atau koyak-koyak yg panjang atau lebar; ~ baju mahu ukur badan prb merosakkan barang yg hendak dibaiki (disempurnakan); ~ tak berbunyi prb sesuatu keburukan (keaiban) yg berlaku dgn tidak diketahui orang; tak mahu ~ kulit, ~ kain mahu juga prb sanggup berkorban harta benda walaupun tidak sanggup mengorbankan diri; mengoyak menjadi besar atau terbuka (luka): lukanya yg hampir-hampir sembuh dahulu itu ~ sekali lagi; bagai bunyi orang dikoyak (dicabik) harimau prb menjerit-jerit (melaung-laung) kuat-kuat; mengoyakkan, mengoyak-ngoyakkan menyiat(-nyiat), mencabik(-cabik), mencarik(carik): tanganku segera ~ sampul surat itu; terkoyak tersiat, tercarik: cebis-cebis kain yg ~ drpd bajunya; ~ isinya akibat tikaman lading musuhnya; kekoyakan keadaan koyak: perineum memerlukan masa utk pulih semula drpd luka-luka dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rabit | koyak, robek (memanjang): bibirnya ~; robat-~ koyak-koyak; telinga ~ dipasang subang, kaki untut dipakaikan gelang, jari kudung dimasukkan cincin prb pemuliaan kpd yg tidak patut dimuliakan; merabit mencabik panjang, merabik panjang: ~ muncung Mn berteriak keras-keras; merabitkan menyebabkan rabit: ditariknya baju yg tersangkut pd cangkuk itu kuat-kuat sehingga ~ bahagian kolarnya; rabik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabir | koyak panjang; bercabiran cabir di sana sini, koyak-koyak panjang: seluar dan baju kertasnya itu ~ diterbangkan oleh angin; ®cobar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cemamping | koyak-koyak, compang-camping. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercemamai | koyak-koyak, bercarik-carik (bkn kain dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercelober | koyak-koyak, corek-corek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rompang-ramping | koyak-koyak (bkn baju dll); compang-camping. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
robak-rabik | koyak-koyak (bkn tikar dll): tikar yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |