kreatif | (kréatif) mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; kekreatifan kemampuan (kebolehan) mencipta, kreativiti, daya kreatif: komputer boleh mengembangkan ~ pelukis hingga ke satu peringkat yg hampir tiada hadnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kreatif | /kréatif/ 1 mempunyai daya atau kemampuan utk mencipta (karya dsb): penulis yg ~. 2 bersifat ciptaan: karya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kreatif | /kréatif/ 1. mempunyai daya atau kemampuan utk mencipta (karya dsb): penulis yg ~. 2. bersifat ciptaan: karya ~. | Kamus Pelajar |
imaginatif | 1. mempunyai imaginasi: Baha Zain mengatakan bahawa betapa kreatif dan ~nya seseorang pengarang, ia tidak boleh lari jauh drpd bahasa masyarakatnya; 2. terhasil (tercipta) drpd imaginasi atau daya khayalan, menunjukkan imaginasi atau daya kreatif yg berasaskan khayalan: romantisisme mempunyai ciri kehibaan yg lebih emosional dan ~ serta mementingkan unsur-unsur keindahan dan keseronokan indera; kekuatan seseorang penulis menyampaikan perutusan melalui bahasa yg kreatif dan ~; pembaharuan ~ dlm organisasi sosial. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
inventif | (invéntif) berupaya (cenderung, suka dsb) mereka cipta sesuatu (benda dsb) yg baru, berdaya cipta: sememangnya dia seorang ibu yg ideal serta berfikiran kreatif dan ~; kurikulum itu, antara lain, bertujuan utk melahirkan generasi muda yg berfikiran kreatif, inovatif dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seni kreatif | apa sahaja seni yg dapat men-cipta sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daya kreatif | kemampuan (kebolehan) mencipta; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kreativiti | (kréativiti) kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif, kekreatifan: ~ seniman; ~ sastera; ~ dlm penggunaan bahasa; berkreativiti melaksanakan (menjalankan) kreativiti: penghijrahan mereka ke Kuala Lumpur membolehkan mereka ~ dan memajukan sastera tanah air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencerpenkan | menghasilkan cerpen atau menulis karya kreatif yg berbentuk cerita pendek; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekreatifan | kemampuan (kebolehan) mencipta, kreativiti, daya kreatif: komputer boleh mengembangkan ~ pelukis hingga ke satu peringkat yg hampir tiada hadnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |