krisis ekonomi | keadaan ekonomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemelut ekonomi | krisis ekonomi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
krisis ekonomi | keadaan ekonomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemelut | 1. keadaan yg genting atau berbahaya (bkn penyakit terutama penyakit demam); ~ naik keadaan penyakit yg makin genting atau berat; ~ turun keadaan penyakit yg beransur pulih; 2. keadaan atau saat yg genting atau berbahaya (bkn ekonomi, politik dsb), kegentingan, krisis: masyarakat harus dibimbing utk membuat keputusan sendiri apabila menghadapi konflik dan ~ dlm kehidupan; masa ~; ~ ekonomi krisis ekonomi; berkemelut berada dlm kemelut, mengalami kemelut: membiarkan mereka ~ mencari-cari simbolisme retorik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenat | 1. letih lesu, penat sekali: nafasnya pendek-pendek tanda ~; 2. keras, kuat, teruk (sakit dll): mereka terpaksa pulang kerana orang tua mereka sakit ~; 3. ki tidak berkembang dan mengalami kerugian atau kemelesetan yg sangat teruk sehingga boleh menyebabkan kebangkrapan, krisis ekonomi dsb (bkn ekonomi, perniagaan, kewangan dsb): kedudukan kewangan syarikat itu masih ~; ekonomi negara yg ~ menyebabkan ramai pekerja kehilangan pekerjaan;ketenatan perihal atau keadaan tenat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
krisis | keadaan yg tegang dlm politik dll disebabkan sesuatu masalah yg serius; kekacauan atau keributan (dlm persatuan dll). ~ ekonomi keadaan ekonomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
krisis | keadaan tidak stabil atau tidak tenteram yg boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian (perkembangan, perubahan, dll), keadaan yg lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yg genting, kegentingan, ketegangan, keributan: pucuk pimpinan parti sedang berusaha menyelesaikan ~ yg timbul dlm parti itu; ~ akhlak (moral) kemerosotan (kerosakan) budi pekerti yg sudah mencapai peringkat yg membimbangkan; ~ ekonomi keadaan ekonomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar; ~ kelaparan keadaan buruk yg menyebabkan kebuluran (kerana kekurangan makanan); ~ kewangan keadaan yg sangat membimbangkan mengenai soal-soal kewangan (spt kekurangan wang dll); ~ politik ketegangan politik; berkrisis berselisih pendapat (fahaman, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |