kristal | bahan yg hening spt kaca, hablur: jambangan ~; mengkristal menjadi kristal atau spt kristal; mengkristalkan menjadikan kristal, menghablurkan; pengkristalan perihal mengkristal, penghabluran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkristal | menjadi kristal atau spt kristal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kristal | benda yg hening spt kaca; hablur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kristal | benda yg hening spt kaca; hablur. | Kamus Pelajar |
mengkristalkan | menjadikan kristal, menghablurkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghablurkan | menjadikan hablur, mengkristalkan: air tebu dihablurkan menjadi gula; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syabu | sj dadah berbahaya berbentuk kristal yg digunakan, terutamanya sbg perangsang yg menyebabkan pengambilnya bertenaga, agresif dsb, dan boleh menyebabkan ketagihan sehingga boleh merosakkan sistem saraf pusat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
syabu | sj dadah berbahaya berbentuk kristal yg digunakan terutamanya sbg perangsang (menyebabkan pengambilnya bertenaga, agresif, tahan berjaga dsb) dan boleh menyebabkan ketagihan sehingga boleh merosakkan sistem saraf pusat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hablur | 1. benda keras yg hening spt kaca, kristal: lensa ~; mata ~ ki mata yg bersinar-sinar; 2. (Kim) bahan dlm bentuk yg mempunyai susunan atom dalaman yg berulangan secara tetap dan mempunyai muka satah luaran yg tersusun secara tetap;berhablur mengandungi hablur, berkristal; menghablur menjadi hablur, mengkristal: air garam akan ~ jika dipanaskan lama-lama; menghablurkan menjadikan hablur, mengkristalkan: air tebu dihablurkan menjadi gula; habluran hablur; penghabluran proses menghablur atau menghablurkan, pembentukan hablur, pengkristalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meramal | menengok nasib, menelah: profesor ini mungkin punya bola kristal utk ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |