kritikal | 1. menunjukkan atau mungkin menimbulkan krisis, boleh atau mungkin menerbitkan kegentingan: ancaman terbesar terhadap ekologi dunia sekarang ialah pemusnahan hutan pd kadar yg ~ serta membimbangkan; 2. bersifat mengkritik, mengandungi kritikan (terhadap sesuatu atau seseorang): beberapa buah akhbar Soviet telah menyiarkan surat-surat yg agak ~ terhadap pelibatan negara itu utk menegakkan sebuah pemerintahan sokongannya di Kabul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kritis | 1. IB tidak dgn begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu (menimbangkan buruk baiknya terlebih dahulu), bersifat mengkritik (tidak menerima sesuatu bulat-bulat), kritikal: masalah itu harus ditinjau secara ~; memberikan perhatian kpd pendapat-pendapat yg ~ tentang rancangan yg dikemukakan; 2. Id tegang (bkn sesuatu keadaan), sangat berbahaya (keadaan), genting, kemelut: keadaan yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
unit | 1 bahagian terkecil drpd sesuatu yg dpt berdiri sendiri. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; satuan. 3 bahagian atau kumpulan yg mempunyai fungsi khas dlm sesuatu organisasi: ~ rawatan jantung. ~ pemprosesan pusat ist bahagian komputer yg berfungsi mengawal perjalanan keseluruhan komputer. ~ rawatan rapi unit atau bahagian di hospital yg memberikan rawatan dan penjagaan rapi yg berterusan kpd pesakit yg berada dlm keadaan kritikal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
unit | 1. kuantiti tertentu yg dijadikan sbg piawai ukuran (sukatan): Ringgit Malaysia ialah ~ mata wang Malaysia; 2. sesuatu yg dianggap sbg entiti tunggal yg lengkap: sebanyak 20 ~ rumah kos rendah sedang dibina; 3. bahagian atau kumpulan yg mempunyai fungsi khas dlm sesuatu organisasi: ~ rawatan jantung; ~ pemprosesan pusat (Komp) bahagian komputer yg berfungsi mengawal perjalanan keseluruhan komputer; ~ rawatan rapi unit di hospital yg memberikan rawatan dan penjagaan rapi yg berterusan kpd pesakit yg berada dlm keadaan kritikal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sorot | cahaya, seri, sinar: sebentar-sebentar cincinnya berkilat-kilat kena ~ matahari; gambar ~ Id a) gambar hidup; b) projektor (gambar sisip dll); menyorot 1. memancar (cahaya, sinar), bercahaya, bersinar: nyala lampu minyak ~ keluar; matahari masih condong ~ dr belakang daun-daun kelapa yg mengilap-ngilap hijau; 2. = menyoroti memancarkan cahaya pd, menerangi (dgn cahaya), menyuluhi: biliknya hanya disoroti dgn lampu minyak yg samar-samar; 3. = menyoroti memandang dgn tajam: dia ~ muka anak muda itu; 4. ki menghuraikan atau membicarakan (peristiwa, pendapat, dll) dgn teliti: beliau telah ~ kembali sejarah kemasukan Islam ke tanah air kita ini; akan tetapi ada bahagiannya Kassim Ahmad ~ aspek isi dan bentuk karya-karya tertentu; sorotan 1. pancaran cahaya, sinaran: ~ lampu kereta menyilaukan mata mereka; 2. ki huraian (sesuatu perkara), pembicaraan: ia cuba membuat analisa atau ~ cerpen itu; penyorotan perihal (perbuatan) menyorot: ini disebabkan Zaid menyorot secara kritikal terhadap protagonisnya seperti mana yg lazim kita dapati dr ~ hikayat-hikayat lama terhadap tokoh utamanya; penyorot; lampu ~ a) lampu picit; b) lampu cari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |