impresionistik | (imprésionistik) lebih berdasarkan tanggapan, bukan fakta atau pengetahuan yg sebenarnya (bkn kritikan, karya dsb): acapkali kritikan yg dibuat itu bersifat ~ dan kurang mendalam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kritikan | pernyataan ttg yg salah atau yg tidak baik; celaan; teguran; kecaman: Kerajaan menerima ~ yg dilemparkan oleh pihak pembangkang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kritikan | 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melepaskan kritikan (kecaman, serangan, tuduhan, dll) | melancarkan kritikan, (kecaman dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecaman | kritikan (yg keras), bidasan, celaan: pendapat ahli Parlimen itu telah menimbulkan ~-~ hebat drpd ahli-ahli agama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegur ajar | kritikan, nasihat, petunjuk, tunjuk ajar: barang ~ ajar mereka itu tidak dilalui baginda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celaan | kecaman, kritikan (yg memburuk-burukkan sahaja), cacian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konstruktif | membina (bkn kritikan, pemikiran, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komen | (komén) 1. teguran, kritikan, atau pemerhatian utk menyatakan pendapat, pandangan, atau sikap terhadap sesuatu perkara, ulasan: berbagai-bagai ~ terhadap rancangan tersebut telah tersiar dlm akhbar; 2. memberi komen: katanya ia tidak mahu ~ tentang perkara itu; mengomen membuat komen, mengulas: sifatnya memang suka ~ kerja-kerja orang; pengomen orang yg suka dan selalu membuat komen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
intikad | Ar bangkangan, bantahan, kritikan, sanggahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |