kritik | 1. analisis, penilaian dan teguran terhadap karya seni, sastera, dsb: seseorang penulis harus menerima baik segala ~ yg jujur; pd masa ini banyak tersiar ulasan dan ~ mengenai sajak dan cerpen; kerajaan sedia memberikan perhatian kpd ~-~ yg dikemukakan dgn tujuan yg baik; 2. teguran keras, kecaman, bidasan; mengkritik 1. membuat analisis dan penilaian tentang karya seni, sastera, dsb: seorang yg tidak pernah menghasilkan sesuatu karya sastera masih dapat ~ cerpen, novel, ataupun sajak; 2. memperkatakan (mengulas dsb) keburukan atau kelemahan sesuatu atau seseorang; ~ hebat (keras, pedas) mengecam, membidas, mencela: menerusi watak-wataknya pengarang ~ pedas akan masyarakat hari ini; dia menafikan pernah menuduh atau ~ penuntut-penuntut maktab tersebut; kritikan 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman; pengkritik orang yg mengkritik, pembidas: kita memerlukan banyak ~ sastera yg berkebolehan; para ~ dr negeri-negeri lain telah memuji karya pelukis-pelukis Malaysia yg dipamerkan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kritikan | 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komen | (komén) 1. teguran, kritikan, atau pemerhatian utk menyatakan pendapat, pandangan, atau sikap terhadap sesuatu perkara, ulasan: berbagai-bagai ~ terhadap rancangan tersebut telah tersiar dlm akhbar; 2. memberi komen: katanya ia tidak mahu ~ tentang perkara itu; mengomen membuat komen, mengulas: sifatnya memang suka ~ kerja-kerja orang; pengomen orang yg suka dan selalu membuat komen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sentilan | 1. jentikan; 2. celaan, kritikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sentil II | Jk; menyentil 1. memukul dgn jari yg dibidaskan dgn ibu jari, menjentik; 2. ki menegur (dlm erti mencaci, mencerca, dll), mengkritik; sentilan 1. jentikan; 2. celaan, kritikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teguran | 1. hasil perbuatan menegur, sapa; 2. celaan, ajaran, cerca, kritikan, petunjuk: rencana itu patut dianggap sbg ~ yg membina utk kebaikan gerakan kerjasama di seluruh negeri amnya; 3. amaran, peringatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sasaran | 1 benda yg dituju ketika berlatih menembak dll; bulan-bulan. 2 sesuatu yg menjadi tujuan serangan (kritikan dll). 3 hasil atau perolehan yg ingin dicapai drpd sesuatu usaha: Mereka menetapkan ~ yg agak tinggi bagi projek itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
usikan | 1. gangguan, ejekan, gurau senda: ia tidak peduli akan ~ dan gurau senda kawan-kawannya; 2. celaan, kritikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempertahankan | 1. mengikhtiarkan supaya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal): kaum tua mahu tetap ~ adat yg mendapat kritikan paling hebat drpd kaum muda; 2. tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh: kemerdekaan yg dicapai itu mesti dipertahankan; 3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dll), melindungi, membela: jika kompeni menyerang Bonjol, serahkan pd kami ~ negeri; ~ diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemalapan | 1. keadaan malap atau muram, keadaan pudar (bkn cahaya); 2. ki perihal atau keadaan tidak aktif (segar, berkembang, dsb): ~ dan kelesuan dunia kritikan berterusan walaupun mereka memiliki sarjana atau PhD; | Kamus Dewan Edisi Keempat |