kuantitatif | berkaitan dgn kuantiti: analisis ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kuantitatif | berdasarkan kuantiti, berkaitan dgn kuantiti: nilai ilmu, intelek, dan perkhidmatan tidak dapat diukur secara ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuantitatif | berkaitan dgn kuantiti:analisis ~. | Kamus Pelajar |
analisis kuantitatif | ist analisis utk menentukan kuantiti setiap juzuk yg terdapat di dlm sesuatu sebatian atau larutan melalui ujian kimia atau kaedah fizik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
analisis kuantitatif | (Kim) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik utk menentukan kuantiti setiap juzuk yg diketahui terdapat di dlm sesuatu sebatian atau larutan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
analisis volumetri | (Kim) analisis kuantitatif gas atau larutan berasaskan ukuran isi padu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kualitatif | berdasarkan mutu atau kualiti; berkaitan dgn kualiti: Perkembangan pendidikan dilihat dr segi ~ dan kuantitatif. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kimia analisis | cabang kimia yg berkaitan dgn pengenalpastian bahan (analisis kualitatif) dan penentuan peratus komposisi campuran atau juzuk sebatian tulen (analisis kuantitatif) dgn menggunakan kaedah spt volumetri, kolorimetri, kromatografi, spektroskopi, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
analisis | 1 penghuraian atau pengupasan sesuatu perkara utk mengetahui selok-beloknya (buruk baiknya dll); kajian. 2 pemisahan bahagian sesuatu sebatian atau bahan dgn kaedah kimia. ~ kualitatif ist analisis utk mengenal pasti sama ada sesuatu unsur atau sebatian dlm keadaan tulen atau campuran, melalui ujian kimia atau kaedah fizik. ~ kuantitatif ist analisis utk menentukan kuantiti setiap juzuk yg terdapat di dlm sesuatu sebatian atau larutan melalui ujian kimia atau kaedah fizik. ~ sistem ist penelitian terhadap peraturan, kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem utk menentukan masalah dan keperluan sistem tsb serta menentukan cara utk menyelesaikan masalah, memperbaik atau melaksanakan sistem dgn berkesan. menganalisis 1 menghuraikan sesuatu perkara utk mengetahui selok-beloknya dll; mengkaji. 2 menceraikan sesuatu bahan kpd bahagian-bahagiannya dgn kaedah kimia. penganalisisan hal atau perbuatan menganalisis. penganalisis orang yg menganalisis sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kimia | ilmu sains asas yg berkaitan dgn struktur, kelakuan, komposisi dan sifat tindak balas yg berlaku antara atom, ion, unsur, atau sebatian serta hukum-hukum yg menerangkan fenomena kimia; ~ analisis cabang kimia yg berkaitan dgn pengenalpastian bahan (analisis kualitatif) dan penentuan peratus komposisi campuran atau juzuk sebatian tulen (analisis kuantitatif) dgn menggunakan kaedah spt volumetri, kolorimetri, kromatografi, spektroskopi, dll; ~ fizik = ~ fizikal cabang kimia yg berkaitan dgn sifat dan perubahan fizik yg berlaku semasa tindak balas kimia; ~ gunaan cabang kimia yg berkaitan dgn penggunaan teknologi kimia utk memberi faedah secara langsung kpd industri atau utk kebajikan manusia; ~ haba cabang kimia yg menyelidiki banyaknya haba yg dikeluarkan atau diserap selama tindak balas kimia, termokimia; ~ hayat cabang kimia yg mengkaji proses dan bahan kimia yg ada kaitannya dgn kehidupan tumbuhan dan haiwan, biokimia; ~ nuklear cabang kimia yg berkaitan dgn perubahan di dlm nukleus atom; ~ organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon); ~ perindustrian cabang kimia yg berkaitan dgn penggunaan proses kimia dlm industri; ~ tak organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg tidak mengandungi karbon; ahli ~ orang yg ahli dlm bidang kimia; baja ~ baja yg diperbuat dgn cara kimia; gabungan ~ percantuman bahan-bahan kimia menerusi proses kimia (perpaduan kimia); unsur ~ bahan yg tidak dapat dipecah-pecahkan menjadi bahan yg lebih ringkas (sederhana) dgn cara kimia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |