kepersisan(precision) | Darjah kejituan sesuatu kuantiti kiraan yang diukur dari segi jumlah digit selepas titik perpuluhan pada nombor yang digunakan untuk menyatakan kuantiti tersebut. Kepersisan sesuatu kuantiti mungkin tinggi tetapi tidak semestinya tepat. | Kamus Komputer |
kuantitatif | berdasarkan kuantiti, berkaitan dgn kuantiti: nilai ilmu, intelek, dan perkhidmatan tidak dapat diukur secara ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendarab(multiplier) | 1. Kuantiti yang didarab dengan kuantiti lain. 2. Peranti atau pengendali atur cara yang digunakan untuk mendarabkan dua nombor. | Kamus Komputer |
kuantiti | banyaknya (jumlah, bilangan) sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kuantiti | banyaknya (jumlah, bilangan) sesuatu. | Kamus Pelajar |
penambahan(addition) | 1. Litar, peranti, rutin, atau ciri baru yang dimasukkan ke dalam perkakasan atau perisian komputer yang sedia ada. 2. Tindakan menokokkan satu kuantiti pada satu kuantiti lain untuk memberi hasil jumlah. | Kamus Komputer |
kuantiti | banyaknya, jumlah, bilangan (sesuatu); mengkuantitikan menghitung sesuatu secara kuantiti: ahli sains telah ~ dan menggunakan teknik formal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aden(addend) | Nombor atau kuantiti yang ditambahkan pada nombor atau kuantiti lain untuk mendapatkan hasil jumlah. | Kamus Komputer |
hitung panjang | hasil drpd mencampurkan beberapa kuantiti nombor dan membahagikan jumlahnya dgn bilangan kuantiti itu; pukul rata; rata-rata: ~ panjang 2, 4 dan 9 ialah 5. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hitung | ; ~ panjang hasil drpd mencampurkan beberapa kuantiti nombor dan membahagikan jumlahnya dgn bilangan kuantiti itu; pukul rata; rata-rata: ~ panjang 2, 4 dan 9 ialah 5. berhitung membuat kira-kira; berkira-kira. menghitung 1 mengira jumlahnya (wang, pendapatan, keuntungan dll); membilang utk mengetahui banyaknya atau jumlahnya: Dia ~ wang yg baru diterimanya. 2 berpendapat bahawa; menganggap (memandang) sbg: Ani dihitung sbg murid yg cergas dan bijak. menghitungkan mengira atau menghitung utk orang lain: Dia ~ adiknya jumlah guli yg ada dlm gelas itu. memperhitungkan ingat akan atau memikirkan sesuatu: Hal itu tidak perlu diperhitungkan. terhitung 1 dpt atau boleh dikira; terkira: Dia orang kaya, hartanya tidak ~ banyaknya. 2 sudah dihitung; termasuk dlm kiraan: Harga barang itu ~ dlm perbelanjaannya. 3 termasuk dlm sesuatu golongan; tergolong: Dia ~ sbg pemurah dan penyayang. hitungan hasil yg didapat drpd menghitung; cara menghitung: ~nya tepat. perhitungan hal berhitung atau hasil memperhitungkan; perkiraan. penghitungan hal atau perbuatan menghitung; pengiraan. penghitung alat utk menghitung; orang yg menghitung; pengira. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |