kuat kuasa | 1. perihal mulai berlakunya (peraturan, undang-undang, dll), taraf (kedudukan) sbg sesuatu yg sah: larangan ini berjalan ~-nya mulai esok; undang-undang itu mestilah diluluskan oleh Parlimen sebelum berjalan ~ nya; 2. kuasa atau hak atas sesuatu atau utk melakukan (memerintah, mengurus, dll) sesuatu; 3. kekuatan, kemampuan, daya (utk melakukan sesuatu): bahawasanya tiadalah bagiku ~ dan daya upaya melainkan drpd Allah; berkuat kuasa mempunyai kuat kuasa, mulai menjadi sah atau berlaku: mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg ~ spt undang-undang juga; menguatkuasakan menjadikan (undangundang dll) berkuat kuasa, melaksanakan (undang-undang, peraturan, dll): negeri itu ~ undang-undang melarang menuba ikan; perintah berkurung dikuatkuasakan dr pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi; penguatkuasaan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menguatkuasakan: bagaimanapun, kita boleh menyekat amalan-amalan negatif ini sama ada melalui ~ undang-undang atau program-program moral yg kini giat diamalkan; penguat kuasa orang (pihak, badan, dsb) yg menguatkuasakan (undang-undang, dasar, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuat kuasa | kuasa yg sah atau mula berlakunya sesuatu peraturan, undang-undang dll. berkuat kuasa mula menjadi sah atau mula berlaku; mula dijalankan (bkn peraturan dsb): Peraturan itu ~ pd 1 Januari 1986. menguatkuasakan menjadikan berkuatkuasa; melaksanakan: Perintah berkurung telah dikuatkuasakan di tempat itu. penguatkuasaan perihal menguatkuasakan: ~ undang-undang. penguat kuasa orang yg menguatkuasakan (undang-undang dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tekan | ; bertekan bertumpu dgn kedua-dua belah tangan atau siku; bertelekan: Dia membongkok dgn kedua-dua belah tangannya ~ di meja. bertekankan bertumpu pd: Dia berbaring ~ tulang rusuk. menekan 1 mendesak dr atas kuat-kuat; menindih: Ahli gusti itu telah merebahkan lawannya lalu ~nya kuat-kuat. 2 ki melakukan sesuatu utk menyusahkan orang lain; menindas: Walaupun pegawai tsb tidak tahu bekerja, dia suka sekali ~ orang-orang bawahannya. menekankan 1 menggunakan sesuatu utk menekan; menindihkan sesuatu: Dia ~ kakinya ke leher perompak yg sedang terbaring itu. 2 mengucapkan kata-kata dgn keras; mengeraskan suara utk menegaskan sesuatu: Dia ~ bahawa dia tidak mengambil barang itu. 3 memberikan keutamaan kpd; mengutamakan: Ketua Pengarah ~ kepentingan bahasa. tertekan 1 dlm keadaan ditekan; tertindih. 2 ki tertindas; teraniaya. tekanan 1 desakan utk menekan: ~ yg kuat. 2 keadaan menekan atau keadaan tertekan; keadaan menanggung beban yg sukar utk ditanggung: ~ inflasi. 3 = ~ suara (bunyi) kata atau suku kata yg diucapkan lebih keras drpd kata atau suku kata yg lain. ~ atmosfera ist tekanan pd suatu titik di permukaan bumi yg disebabkan oleh berat udara yg berada di atas titik tsb. ~ darah tekanan oleh darah pd dinding bahagian dalam saluran darah, kesan drpd denyutan jantung. ~ hidraulik tekanan yg dihasilkan oleh kuasa hidraulik, iaitu kuasa mekanikal yg terhasil drpd cecair yg bergerak dlm saluran atau paip. ~ udara tekanan atmosfera pd permukaan bumi. penekanan perbuatan (hal dsb) menekan atau menekankan. penekan alat dll utk menekan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lumpuh | 1 tidak kuat dan tidak bertenaga (bkn kaki atau bahagian tubuh yg lain): Emaknya tidak dpt berjalan kerana menghidap penyakit ~. 2 ki tidak bergerak atau tidak berjalan (bkn sesuatu). perniagaan, persatuan dll): Pemogokan itu menyebabkan ekonomi negara menjadi ~. melumpuhkan menjadikan lumpuh; melemahkan: Mereka tidak berjaya menakluk Melaka tetapi berjaya ~ kuasa Portugis. kelumpuhan keadaan lumpuh; kelemahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membaharui | 1. membaiki (melakukan sesuatu, mengubah, dll) supaya sesuatu itu menjadi baharu: jalan itu sudah dibaharui; 2. mengulangi lagi: dia tidak ~ pertanyaannya; 3. memulakan sesuatu semula: rakyat membuka kampung utk ~ hidup masing-masing; 4. menggantikan atau menukarkan (sesuatu) dgn yg baru atau yg mempunyai tempoh kuat kuasa dsb yg baru: pokok ini tidak payah ~ daunnya; ~ lesen memandu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baharu | baru;membaharui 1. membaiki (melakukan sesuatu, mengubah, dll) supaya sesuatu itu menjadi baharu: jalan itu sudah dibaharui; 2. mengulangi lagi: dia tidak ~ pertanyaannya; 3. memulakan sesuatu semula: rakyat membuka kampung utk ~ hidup masing-masing; 4. menggantikan atau menukarkan (sesuatu) dgn yg baru atau yg mempunyai tempoh kuat kuasa dsb yg baru: pokok ini tidak payah ~ daunnya; ~ lesen memandu;memperbaharu menjadikan sesuatu lebih baharu;kebaharuan sifat-sifat baru, anasir-anasir baru: satu contoh ~nya ialah bahawa ia ada memuatkan petikan-petikan drpd karangan-karangan bahasa Melayu-Indonesia; pembaharuan perihal (perbuatan dll) membaharui: mereka ini hendak membawa satu ~ dlm agama Islam; mereka hanya cenderung kpd isi sehingga yg dimaksudkan oleh mereka sbg ~ ialah ~ isi belaka;pembaharu orang yg membawa pembaharuan: A. Latiff Mohidin merupakan ~ dlm perpuisian Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manjur | 1. dapat menyembuhkan dgn segera (ubat dll), mujarab, mustajab; 2. mempunyai kuasa atau daya yg kuat (doa, jampi, dll), sakti: manteranya ~; 3. boleh mematikan dgn segera, bisa: anjing itu mati kerana termakan racun yg ~ itu; kemanjuran perihal manjur (ubat, doa, jampi, dll): ubat dan suntikan itu tidak terjamin ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertumpu | 1. berjejak atau bertekan pd (kaki, tangan, dll): dia kembali duduk di kerusi dan ~ kaki di meja; 2. = bersetumpu bertekan (berkuat dll) dgn telapak kaki pd sesuatu ketika hendak melompat dll, menunjal: maka ia pun naik ke atas batu itu ~ lalu melompat; 3. = bersetumpu dgn betul-betul atau sungguh-sungguh melakukan sesuatu, dgn segenap tenaga (mengerjakan sesuatu); 4. ki mendapat tempat berpegang, sudah berakar berumbi pd, bertapak dgn kuat: kuasa penjajah yg telah lama ~ di benua Asia telah dapat dijatuhkan dlm tempoh beberapa bulan sahaja; 5. ki penuh berkumpul di, berpusu-pusu di, berada banyak-banyak atau beramai-ramai di: hampir semua penduduknya ~ di dlm kawasan pertanian; 6. bertemu di tempat yg sama (garisan dll): tiga garisan lurus itu boleh dikatakan ~ jika garisan-garisan lurus itu melalui titik yg sama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agama | kepercayaan kpd kuasa tertinggi yg menjadikan dan menguasai alam ini serta dgn ajaran dan kewajipan yg berkaitan dgn kepercayaan itu: ~ Islam. beragama 1 menganut atau mempercayai sesuatu agama: Kebanyakan orang Melayu ~ Islam. 2 mematuhi segala ajaran agama; taat kpd agama; beribadat: Beliau sangat kuat ~. keagamaan (hal, perkara dsb) yg berkaitan dgn agama: Perasaan ~ sangat kuat dlm sanubarinya. upacara ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jet | /jét/ 1 pancutan air, gas dll dr lubang kecil dan menghasilkan tenaga yg kuat. 2 = kapal terbang ~ sj kapal terbang yg menggunakan kuasa jet. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |