kepang | /képang/ jalinan atau anyaman (tali, rambut). kuda ~ kuda-kudaan atau kuda tiruan yg dibuat drpd kayu atau yg dianyam utk permainan (tarian dsb). berkepang beranyam; berjalin: Rambut gadis itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepang I | (képang) 1. jalinan (anyaman) tali atau rambut, kelabangan (rambut); 2. Jw anyaman drpd buluh yg diraut tipis dan dianyam silang-menyilang; kuda ~ kuda-kudaan yg dibuat drpd anyaman bilah buluh utk tarian; berkepang beranyam, berjalin (bkn rambut, tali, dsb); mengepang menganyam, menjalin, mengelabang (rambut, tali); kepangan cara atau hasil mengepang (menganyam). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuda-kudaan | kuda tiruan (dibuat drpd kayu dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
korsel | (korsél) IB, bp kuda-kudaan yg tergantung dan berputar (utk dinaiki kanak-kanak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuda-kuda | 1. penyangga (penopang) papan hitam yg berkaki tiga; 2. kayu penyangga tulang bumbung rumah; 3. kayu palang utk menyangga (kayu yg akan ditarah dll); 4. bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru; 5. (Muz) penyangga pd alat bunyi-bunyian (spt biola dll) utk meregangkan tali; 6. kuda-kudaan; 7. (dlm seni mempertahankan diri) sikap siaga dgn kedudukan tubuh dan kaki yg bersedia menerima serangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuda kepang | kuda-kudaan atau kuda tiruan yg dibuat drpd kayu atau yg dianyam utk permainan (tarian dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kuda kepang | kuda-kudaan yg dibuat drpd anyaman bilah buluh utk tarian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuda kepang | persembahan kuda-kudaan (dibuat drpd bilah buluh tipis) yg berpenunggang dan mempunyai unsur magis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuda-kudaan | sj alat permainan kanak-kanak yg menyerupai kuda dan ditunggang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepang | /képang/ jalinan atau anyaman (tali, rambut). kuda ~ kuda-kudaan atau kuda tiruan yg dibuat drpd kayu atau yg dianyam utk permainan (tarian dsb). berkepang beranyam:Rambut gadis itu ~. | Kamus Pelajar |