buhulan | simpulan, ikatan: ia menggumpalkan ~ kainnya kukuh-kukuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buhul | Mn simpul, ikatan (tali dll): tidak boleh terbuka lagi buhurnya;membuhul menyimpul, mengikat (tali); ~ jangan membuku, mengulas jangan mengesan prb merahsiakan sesuatu hendaklah sempurna; mengebat erat-erat, ~ mati-mati prb membuat perjanjian hendaklah dgn sempurna;buhulan simpulan, ikatan: ia menggumpalkan ~ kainnya kukuh-kukuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegap I | 1. kukuh dan kuat (tubuh badan), gagah serta kuat (sikap badan), berisi lagi kuat (tubuh badan): badannya masih ~, pandangannya masih baik; 2. kuat, kukuh, teguh, utuh: gunakan meja yg ~ dan cukup tingginya supaya tidak membongkok apabila bekerja; 3. kuat atau erat (ikatan dll), kukuh (letak sesuatu dll); 4. ki kukuh (keadaan ekonomi atau politik dll); ~ hati teguh hati; ~ sasa = ~ tegun sl tegap serta kuat; menegapkan menjadikan tegap, meneguhkan, menguatkan, mengukuhkan: akar ~ berdirinya pokok; piutang atau pertaruhan wang di luar negeri itu membantu ~ kedudukan kewangan negeri; ketegapan perihal tegap, kegagahan (badan), keteguhan, kekuatan, kekukuhan (tali dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kukuh | 1 tidak mudah roboh atau tidak mudah rosak (bkn bangunan, kereta dll); kuat dan teguh buatannya: Semasa memerintah Melaka, Portugis membangunkan sebuah kota batu yg ~ tempat askarnya berkubu. 2 ki tidak berubah (imannya, pendiriannya dll): Dia masih ~ dgn pendiriannya, tidak mahu bertolak ansur. mengukuh menjadi kukuh: Ekonomi negara semakin ~. mengukuhkan menjadikan kukuh; menguatkan (pertahanan dll); meneguhkan (pendirian dll): Beliau berusaha ~ tali persahabatan antara rakyat di kedua-dua buah negara yg berjiran itu. memperkukuh menjadikan lebih kukuh: ~ tali persaudaraan antara mereka. kekukuhan sifat atau keadaan kukuh; keteguhan. pengukuhan perihal (perbuatan) menjadikan kukuh; peneguhan. pengukuh alat atau sesuatu yg mengukuhkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kukuh II | ; padi ~ padi yg masak sangat (di pokok). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
satu padu | kukuh atau mantap kerana bergabung. bersatu padu bergabung (berkumpul dsb) hingga menjadi kukuh. menyatupadukan menjadikan satu padu: Pembentukan kebudayaan nasional amat penting utk ~ masyarakat yg berbilang kaum. penyatupaduan perbuatan atau proses menyatupadukan: ~ rakyat adalah penting utk mencapai keharmonian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teguh | 1 tidak mudah rosak; tahan lama; kuat; kukuh: Barang itu ~ buatannya. 2 tidak mudah terbuka (ttg ikatan); kukuh; erat: Ikatannya tidak begitu ~. 3 tidak berubah imannya dsb; tetap: Dia tetap berpegang ~ pd janji-janjinya. 4 erat (bkn tali persahabatan dsb); rapat: tali persahabatan yg ~. berteguh menguatkan diri: ~ hati dgn teguh hati; menguatkan hati; ~ janji saling berjanji akan menepati sesuatu yg telah dikatakan. meneguhkan 1 menjadikan teguh; menguatkan; mengukuhkan: ~ ekonomi negara. 2 memenuhi janji; menepati janji. memperteguh menjadikan lebih teguh. keteguhan hal atau keadaan teguh; kekukuhan; kekuatan. peneguhan hal atau perbuatan meneguhkan; pengukuhan. peneguh sesuatu yg meneguhkan: Anak ialah ~ ikatan perkahwinan dlm sesuatu rumah tangga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kukuh I | 1. kuat dan tegap buatannya atau binaannya (bkn bangunan, empangan, dll), tahan (tidak mudah runtuh, binasa, rosak, dll): utk meruntuhkan kota yg besar dan ~ itu, terpaksa digunakan bahan letupan; cat ini merupakan satu lapisan pelindung yg ~ utk menahan besi itu drpd berkarat; 2. teguh (pendirian dll), tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian dll), cekal (hati): Baba masih ~ dgn pendiriannya tidak mahu bertolak ansur; 3. tidak mudah turun naik (bkn ekonomi, kewangan, harga dsb), kuat, teguh, stabil: ekonomi negara kita masih ~ walaupun sedang dilanda oleh kemelesetan ekonomi dunia; harga pasaran minyak kelapa sawit diramalkan terus ~ pd beberapa tahun akan datang; berkukuh 1. bertahan (pd kedudukan dll), menetap, memperkuat kedudukan dll: mereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka; 2. berpegang teguh pd pendirian (janji dll), berteguh hati; ~ kata berjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir); mengukuh menjadi kukuh (teguh, stabil dsb): ekonomi negara itu didapati semakin ~; mengukuhi 1. memegang (mempertahankan) sungguh-sungguh: ~ pendirian lamanya; 2. meneguhkan dgn: rangka gedung itu dibuat drpd simen yg dikukuhi dgn besi; mengukuhkan menjadikan kukuh (pertahanan, kedudukan, ekonomi, dll), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dll): kerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sbg langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh; pertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam; memperkukuh menjadikan lebih kukuh; kekukuhan kekuatan (binaan, benda, dll), keteguhan (pendirian dll), ketabahan (hati): ~ benteng pertahanan; ~ hati dan ketabahan jiwa utk memelihara akidah dan iman; pengukuhan perihal mengukuhkan (meneguhkan), peneguhan; pidato ~ Id pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan); pengukuh sesuatu yg mengukuhkan atau memperkukuh, penguat: bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua; ~ pendapat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
satu padu | ; bersatu padu bersatu benar-benar, merupakan perikatan (permuafakatan) yg kukuh: cinta laki-laki ~ dgn cinta perempuan sehingga tidak dapat dipisah-pisahkan; sewajibnyalah mereka ~ dan bekerjasama utk mencapai kemajuan; menyatupadukan menjadikan bersatu padu (supaya lebih kuat, kukuh, dll): salah satu tujuan ibadat haji ialah utk ~ umat Islam; Bahasa Kebangsaan merupakan alat perhu-bungan utk ~ semua rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini; mempersatupadukan ark menjadikan ber-satu padu; penyatupaduan proses menyatupadukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teguh | 1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesanggupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaannya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memperlengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll); meneguhkan 1. menguatkan, mengukuhkan: ~ angkatan laut; 2. menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (kata-kata); ~ janji menepati janji; ~ setia tetap setia; memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita; keteguhan perihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan, ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah menunjukkan sifat keperwiraan hulubalang Melayu; peneguhan perihal meneguhkan, penguatan, pengukuhan, penyungguhan; peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dsb) yg meneguhkan atau memperteguh: anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |