kukur halus | bergerigi halus (bkn tepi daun). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kukur III | bergerigi (bkn tepi daun); ~ halus bergerigi halus (bkn tepi daun). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kukur II | bunyi burung tekukur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kukur I | alat bergerigi hujungnya utk mengeruk (mengikis) isi kelapa; ~ apa kpd ~, nyiur juga yg binasa = apa peduli pd kukuran, nyiur juga yg akan habis prb mudah bagi seseorang menyuruh melakukan sesuatu tetapi yg melakukannya juga yg menemui kesukaran; murah terbelingut bagai kukuran timah prb mudah merajuk atau berkecil hati; satu hadap bagai kukuran prb orang yg mahir dlm satu pekerjaan sahaja; mengukur 1. mengeruk atau mengikis (isi kelapa) dgn kukuran: isterinya sedang ~ kelapa di dapur; 2. menggaru-garu atau mencakar-cakar (kulit dll) kerana gatal: ia ~ tangannya yg digigit nyamuk; pengukur 1. kukuran; 2. orang yg mengukur (kelapa dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kukur | , = kukuran alat yg bergerigi hujungnya utk mengeruk isi kelapa dr tempurungnya. mengukur mengeruk isi kelapa dgn menggunakan kukur. pengukur 1 alat utk mengukur kelapa; kukuran. 2 orang yg mengukur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencakar | 1. penggaru, kukur; 2. alat utk menarik (mengumpulkan) sampah dll; ~ awan = ~ langit bangunan yg bertingkat-tingkat dan tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengukur | mengeruk isi kelapa dgn menggunakan kukur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sepedas | 1. sj tumbuhan (rizom), halia, jahe, Zingiber officinale; 2. sj tumbuhan (pokok kecil), banik, cia kubit, kubang, kubin, mengkubung, sekubin, telinga gajah, selaru, Macaranga gigantea: 3. sj tumbuhan (pokok kecil), landas bukit, mahang bulan, mahang kukur, mahang serindit, mahang tekukur, tutup cangur, Macaranga triloba; ~ bunga sj tumbuhan (pokok), geronggong betina, mempat, mempat hitam, mempapit, mempitis, semempat, Cratoxylon cochinchinensis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cakar I | 1. kuku yg panjang, runcing, dan melengkung (pd burung, ayam, harimau, kucing, dll): anjing mempunyai ~ tetapi lembu tidak, melainkan kuku; 2. garis bekas kena kuku, kesan kena garu; 3. = pencakar; ~ ayam a) tulisan tangan yg amat buruk; b) sj kuih yg dibuat drpd ubi kayu atau keledek yg diracik; ~-balar garis-garis atau cakar-cakar yg banyak dan tidak menentu (calar-balar); ~ besi a) sepit besi utk memegang besi yg dibakar dll; b) pencakar yg dibuat drpd besi; bercakar, bercakaran, bercakar-cakaran 1. (bkn binatang) berkelahi dgn menggunakan cakar; 2. ki berkelahi, bertengkar: kita sering ~ sesama sendiri; mencakar 1. menggaru (dgn cakar); 2. ark mengais, mencari makan (bkn ayam dll); percakaran perihal bercakar (bercakaran, bercakar-cakaran); pencakar 1. penggaru, kukur; 2. alat utk menarik (mengumpulkan) sampah dll; ~ awan = ~ langit bangunan yg bertingkat-tingkat dan tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |