kuping II | kulit nipis atau selaput yg menjadi keras atau kering pd luka (kudis dll); keropeng, keruping. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umbisi | jenis batang bawah tanah yg berbentuk spt bebawang, dilapisi kulit nipis dan tumbuh menegak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelongsong ular | kulit nipis yg tertanggal ketika ular bersalin kulit, selumur ular. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelongsong | pembalut atau pembungkus yg berbentuk bulat torak (spt bentuk silinder) atau bulat tirus (spt bentuk kon), belongsong: kacang goreng itu segera dimasukkannya ke dlm ~ kertas; ~ azimat kelongsong logam berisi azimat yg dipakai sama ada di lengan, leher atau pinggang; ~ jagung daun yg membalut tongkol jagung; ~ sirih tempat sirih (yg bulat dan panjang bentuknya), jorong; ~ ular kulit nipis yg tertanggal ketika ular bersalin kulit, selumur ular. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nipis kulit | sj tumbuhan (pokok), delek ayam, Ixora concinna; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keropok III | 1. sj makanan yg dibuat drpd adunan tepung sagu dgn ikan (udang dll) yg telah dilumatkan dan dihiris nipis-nipis dan dijemur sebelum digoreng berkeping-keping; 2. hirisan kulit kerbau atau lembu yg dikeringkan dan digoreng; ~ lekor sj keropok basah berbentuk torak ygdihiris sebelum digoreng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setapuh | sj tumbuhan (pokok), beras-beras, buah punai mengantuk, gading betina, menubung, pelangas, sebasah hitam, (minyak, nipis kulit), Aporosa aurea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siantan hutan | a) = ~ jantan sj tumbuhan (pokok), jarum-jarum merah, pecah periuk, penujuh, Ixora chinensis; b) sj tumbuhan (pokok), delak ayam, jarum-jarum (jejarum, menjarum) merah, nipis kulit, Ixora concinna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siantan | ; ~ hutan a) = ~ jantan sj tumbuhan (pokok), jarum-jarum merah, pecah periuk, penujuh, Ixora chinensis; b) sj tumbuhan (pokok), delak ayam, jarum-jarum (jejarum, menjarum) merah, nipis kulit, Ixora concinna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kulit I | 1. tisu nipis yg membaluti tubuh (manusia atau binatang): ~nya hitam manis; binatang ini tidak mudah dilukai senjata tajam kerana tebal ~nya; bersalin ~ bertukar kulit (bkn ular dll); penyakit ~ penyakit pd kulit (spt kudis, kusta, dll); 2. bahagian luar yg membaluti isi buah (batang pokok, isi telur, dll): ~ bawang; ~ nangka; ~ kayu; 3. pembalut tubuh binatang yg telah ditanggalkan dan dikeringkan (utk dibuat beg, kasut, dll): kasut ini dibuat drpd ~ buaya; beg ~ beg yg dibuat drpd kulit binatang; 4. bahagian di sebelah luar buku dll (biasanya lebih tebal drpd kertas halamannya): gambar seorang bintang filem menghiasi ~ majalah itu; ~ keras kulit (buku) yg dibuat drpd kadbod atau kertas yg tebal; ~ lembut kulit (buku) yg dibuat drpd kertas yg tidak tebal dan tidak keras; 5. yg nampak dr luar, garis-garis kasar, butir-butir yg tidak mendalam: adat istiadat Belanda diajarkan juga, tetapi hanya ~nya, tiada mendalam; terjemahan ~ terjemahan erti perkataan-perkataannya (tidak berdasarkan maksudnya); ~ adam bahagian pangkal kuku yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit (bunga kuku); ~ ari a) kulit atau selaput nipis (yg membaluti beras, isi kelapa, dll); b) kulit luar; ~ basah kulit binatang yg belum dikeringkan; ~ berwarna = ~ hitam (orang atau bangsa) yg bukan berkulit putih spt orang Eropah; ~ buatan (imitasi, tiruan) barang buatan yg nipis yg menyerupai kulit; ~ bumi lapisan sebelah luar bumi yg terdiri drpd batu habluran dll; ~ daging saudara-mara, kaum keluarga; ~ dalam lapisan kulit sebelah dalam di bawah lapisan kulit luar; ~ karah kulit kura-kura (labi-labi); ~ kayu manis sj kulit kayu yg dijadikan ramuan masakan; ~ kerang (siput dll) benda keras yg membungkus kerang dll (sbg tempat berlindung), rumah kerang (siput dll); ~ khatan kulit pd hujung kemaluan lelaki; ~ kuih lapisan (kepingan) nipis dibuat drpd adunan tepung (utk membungkus inti atau isi kuih); ~ langsat warna (kulit manusia) yg putih kekuningkuningan; ~ luar lapisan kulit (pd daging atau tumbuhan yg di sebelah luar); ~ manis lapisan jaringan atau tisu pd pokok (di antara kulit kayu dan batangnya); ~ mati kulit yg tidak berasa; ~ perisai lapisan tipis di sebelah atas kulit luar tumbuhan (utk melindunginya drpd air dan gas); ~ putih (bangsa, orang) yg berketurunan Eropah; ~ renang kulit yg menghubungkan jari-jari itik (katak dll); ~ sawo matang (coklat) (bangsa) yg kulitnya berwarna coklat; ~ babi yg tersungkup di kepala orang prb mendapat malu; buka ~ ambil isi prb perundingan secara terus terang (tidak berkias-kias lagi); kalau tak ~ leraklah (lerailah) tulang = tinggal tulang dgn ~ prb sangat kurus (tubuhnya); tebal ~ muka prb tidak malu; berkulit mempunyai kulit: pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis; ~ badak bp tidak bermalu, tidak berperasaan; mengulit 1. mengganti kulit (bkn ular dll), bersalin kulit; 2. menjadi kulit, tumbuh kulitnya; 3. Id mengupas kulit kepala; menguliti 1. memberi berkulit, membalut (buku dll) dgn kulit; 2. menyiat atau mengupas kulit (lembu dll); kekulit bahan spt kulit; perkulitan tempat menyamak kulit; pengulitan (Hut) proses menanggalkan (membuang) kulit drpd batang pokok atau kayu balak (secara manual atau dgn mesin pengulit). | Kamus Dewan Edisi Keempat |