kulum-kulum | Mn sj binatang spt halipan yg bergulung apabila disentuh, sepah bulan, senggulung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kulum | ; mengulum 1 menahan sesuatu (spt gula-gula) di dlm mulut dgn tidak menelannya; mengemam; menggumam: ~ gula-gula. 2 mengeluarkan kata-kata dgn tidak membuka mulut: ~ senyum tersenyum dgn tidak membuka mulut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kulum II | ®coulomb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kulum I | ; berkulum bergumam, berkemam (tidak membuka mulut); suaranya ~ suaranya tidak jelas kedengaran (kerana tertahan dlm mulut); tersenyum ~ tersenyum dgn tidak membuka mulut; mengulum 1. menahan atau membiarkan (gula-gula dll) di dlm mulut, mengemam: dikulumnya gula batu dlm mulutnya; 2. menggumam, mengeluarkan suara (perkataan dll) dgn tidak membuka mulut; ~ senyum tersenyum dgn tidak membuka mulut; terkulum dikulum, digumam: perkataan itu dikeluarkannya dgn suara yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senyum kulum | senyum dgn malu-malu tetapi kelihatan manis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senyum, = senyuman | ~ kulum senyum dgn malu-malu tetapi kelihatan manis. | Kamus Pelajar |
senyum | gerak bibir yg ternaik di bahagian hujungnya dgn mulut tertutup atau terbuka sedikit, yg membayangkan rasa suka, geli hati dsb. ~ kambing senyum yg dibuat-buat utk mengejek. ~ kanyur senyum yg dibuat-buat ketika marah. ~ kucing senyum yg mempunyai sesuatu muslihat. ~ kulum senyum dgn malu-malu tetapi kelihatan manis. ~ manis senyum yg manis sekali. ~ mesra senyum yg menunjukkan rasa mesra. ~ pahit senyum yg dipaksakan ketika dlm kesusahan. ~ raja senyum yg sengaja dibuat-buat. ~ simpul senyum yg menunjukkan kegembiraan seseorang. ~ sumbing senyum yg sedikit saja. ~ tawar senyum yg dibuat-buat ketika bersedih. tersenyum melahirkan rasa gembira dll dgn memaniskan muka (mulut tertutup atau terbuka sedikit): Kadang-kadang saya ~ sendirian apabila teringat akan peristiwa-peristiwa itu. senyuman gerakan bibir semasa tersenyum: ~ yg menawan dpt melembutkan hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |