kumal | tidak licin; renyuk dan kotor (bkn kain, kertas dll); berkerumuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kumal | renyuk dan kotor (bkn pakaian dll yg sudah lama dipakai), lusuh, berkerumuk (bkn kertas dll): seluar yg ~ dan koyak-koyak sudah kehilangan warna asal; diselubungi dirinya dgn kain selimut yg sudah berkumal; mengumalkan merenyukkan; ®gumal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lunyai | kumal (pakaian dll), lusuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renyek | Jk kumal, renyuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luti | renyuk, kumal, lusuh (pakaian dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kumul | ark ®kumal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kucel | Jk kumal, renyuk, ronyok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ronyok | berkerut-kerut, kumal, renyuk: kainku habis ~; meronyokkan mengumalkan (kain, kertas, dll): ia mengambil semula kertas-kertas yg sudah dironyokkannya itu; renyuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renyuk I | 1. kumal, berkerumuk (kain, kertas): nanti ~ pula pakaian yg sudah diseterika itu; 2. remuk: pondok buruk itu habis ~ dihempap batang kelapa yg tumbang; merenyukkan mengumalkan, meremukkan: bunga itu direnyukkannya; mahu rasanya kepala Si Sudin itu direnyukkannya; kerenyukan perihal atau keadaan renyuk; ronyok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lusuh | 1. renyuk, kumal (pakaian dll): baju itu sudah ~ di tangannya; 2. sudah rosak atau luntur kerana lama terpakai dll (bkn kain baju dll), sudah tidak segar lagi (kerana mengalami kesusahan, menderita, dsb): mereka memakai pakaian seragam berwarna kuning yg sudah ~; melusuhkan menjadikan lusuh, memakai selalu (baju dll) hingga menjadi lusuh; kelusuhan perihal (keadaan) lusuh: pd hakikatnya ~ dirinya itu adalah akibat beberapa banyak penyakit yg menghinggapnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |