kumbah | ; mengumbah 1. membersihkan dgn air, membasuh: ~ pinggan mangkuk; 2. ki mencaci (orang), mengatakan keburukan orang; kumbahan; air ~ air yg telah digunakan utk membasuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beras kumbah | ki sesuatu yg tidak berguna; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beras basah (kumbah, lembap) | ki sesuatu yg tidak berguna.. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
basuh | cuci, kumbah: air basuh tangan; naik basuh kaki = tak payah basuh kaki tangan prb mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan senang;membasuh 1. membersihkan sesuatu dengan air, mencuci: basuh kain; basuh beras; 2. ki menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci: basuh dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan; 3. bp memarahi dan meleteri seseorang: aku basuh dia cukup-cukup tadi; 4. menghapuskan, menyapu bersih: basuh orang yang antiperpaduan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beras | 1 buah padi yg sudah terkupas kulitnya dan sedia utk ditanak. 2 buah yg berbiji-biji atau berbutir-butir, spt gandum. ~ basah (kumbah, lembap) ki sesuatu yg tidak berguna. ~ belanda biji barli. ~ bertih padi yg digoreng tidak berminyak. ~ cerah beras yg dibersihkan sehingga hilang selaputnya. ~ kunyit beras yg dikuningkan dgn kunyit. ~ pulut (ketam) beras yg lekit apabila dimasak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beras | 1. padi yg sudah dikupas kulitnya dan sedia utk dimasak: diambilnya ~ dan ditanaknya nasi; 2. buah yg berbutir-butir (gandum, jagung, kopi, dll), biji-bijian; ~ basah = ~ kumbah = ~ lembap ki sesuatu yg tidak berguna; ~ basmati sj beras panjang yg ditanam di India dan Pakistan dan digunakan utk memasak nasi beriani, nasi minyak, dsb; ~ belanda sj padi-padian, barli; ~ bertih padi yg digoreng (dgn tidak memakai minyak); ~ ceruh = ~ sosoh beras yg telah dibersihkan dgn selaputnya sekali; ~ giling beras yg dikupas dgn penggilingan; ~ goreng a) beras yg digoreng; b) sj ukiran pd bakul; ~ hancur = ~ patah beras yg hancur; ~ kepala beras yg terbaik; ~ ketan Id = ~ pulut beras yg melekat kalau ditanak; ~ kertas = ~ ketas = ~ petas berbagai-bagai jenis beras; ~ kunyit beras yg dikuningkan dgn kunyit; ~ meja beras yg putih (baik); ~ merah = ~ perang beras yg berselaput merah atau keperangan (tidak diputihkan); ~ pecah kulit beras yg masih berselaput; ~ rebus beras yg setengah dimasak; ~ sosoh beras yg diputihkan dgn cara menyosoh; ~ terdorong ke Tiku prb a) perihal barang yg mesti dijual biarpun berapa harganya kerana belanja mengangkutnya kembali besar; b) gadis yg tidak dapat memilih jodohnya kerana umurnya sudah lanjut; kalau tiada ~, kerja tiada deras prb jika tidak ada daya, terimalah nasib; spt ~ lembap, dijual tak laku, ditanak tak mual prb sesuatu yg tidak berharga (kurang baik): tak ~, antah dikisik prb utk mencapai maksud dilakukan segala-gala daya upaya; taruh ~ dlm padi prb nasihat menyuruh simpan rahsia baik-baik;berberas mempunyai beras; tak ~ akan ditanak prb tidak ada kepandaian utk dipertunjukkan (dlm keramaian dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beras | 1. buah padi yg sudah terkupas kulitnya dan sedia utk ditanak. 2. buah yg berbiji-biji atau berbutir-butir spt gandum dsb. ~ basah (kumbah, lembap) ki sesuatu yg tidak berguna. ~ belanda biji barli. ~ bertih padi yg digoreng tidak berminyak. ~ cerah beras yg dibersihkan sehingga hilang selaputnya. ~ kunyit beras yg dikuningkan dgn kunyit. ~ pulut (ketam) beras yg lekit apabila dimasak. | Kamus Pelajar |