pustaka | 1 kumpulan kertas yg dijilid; buku; kitab. 2 buku yg berisi ramalan. perpustakaan 1 kumpulan buku atau bahan bacaan. 2 bangunan atau tempat mengumpulkan bahan-bahan bacaan. ~ awam perpustakaan yg perkhidmatannya terbuka kpd masyarakat umum atau orang ramai. ~ bergerak perpustakaan yg dibawa kpd masyarakat (dr satu tempat ke tempat lain dgn menggunakan kenderaan). pustakawan orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam ttg perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan; ahli perpustakaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gabungan | 1 kumpulan sesuatu yg diberkas; ikatan: Penyapu ini kecil benar ~nya. 2 persatuan beberapa kumpulan atau beberapa persatuan lain: ~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung. 3 sesuatu (perkataan dll) yg telah digabungkan. ~ kata kumpulan beberapa kata yg membentuk kata majmuk, simpulan bahasa, rangkai kata, frasa dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
masyarakat | 1. kumpulan manusia yg hidup bersama (di sesuatu tempat dgn aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup: menjadi guru ialah sebaik-baik pekerjaan di sisi ~; ~ kampung golongan manusia yg tinggal di kampung; ~ kota golongan manusia yg tinggal di kota; ~ majmuk masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dsb); ~ ramai orang (khalayak) ramai; sampah ~ orang yg tidak berguna dlm sesuatu kumpulan manusia; 2. keseluruhan hubungan sosial antara kumpulan haiwan: ~ haiwan; bermasyarakat merupakan (hidup sbg satu) masyarakat, menggabungkan diri: tabiat manusia berkehendakkan hidup ~; memasyarakatkan memperkembang dan menyebarkan sehingga meresap ke dlm masyarakat, menjadikan tersebar (terkenal dsb) di kalangan masyarakat, meluaskan pengetahuan tentangnya atau penggunaannya dsb di kalangan masyarakat: DBP terlibat lang-sung dlm usaha ~ bahasa melalui pener-bitan; usaha ~ filem belum boleh dianggap berjaya setakat ini; kemasyarakatan keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi; pemasyarakatan proses (usaha dsb) memasyarakatkan: tentu saja ~ bahasa di kedua-dua negara ini akan lebih cepat dan berkesan dgn penerbitan kamus ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sindiket | (sindikét) 1. kumpulan orang yg bersatu menjalankan kegiatan-kegiatan haram (spt menjual barang-barang secara haram, menyeludupkan sesuatu, dsb): ~ membuat wang palsu; 2. kumpulan ahli atau syarikat perniagaan (institusi kewangan dll) yg bersatu utk melaksanakan sesuatu projek dsb secara bersama; 3. kumpulan atau persatuan yg menjalankan sesuatu usaha atau kegiatan utk kepentingan bersama anggota-anggotanya; bersindiket mempunyai (melibatkan, menggunakan, dsb) sindiket. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerombolan | 1. kumpulan, kelompok; 2. kumpulan orang jahat (perusuh dll): polis melepaskan tembakan supaya ~ itu bersurai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
flotila | 1. kumpulan kecil kapal; 2. kumpulan kapal yg terdiri drpd kapal yg kecil, terutamanya kapal perang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perikatan | 1 kumpulan yg terdiri drpd beberapa kumpulan lain yg bergabung; persekutuan: Parti ~ parti politik yg terdiri drpd beberapa buah parti politik yg bergabung. 2 perihal berhubung; perhubungan; pertalian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
trio | 1 kumpulan tiga orang penyanyi atau pemain muzik. 2 kumpulan tiga orang atau tiga benda. 3 gubahan lagu atau irama utk tiga suara atau utk tiga alat muzik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
syif | 1. kumpulan yg bekerja (mis di kilang) bergilir-gilir dgn kumpulan lain; 2. tempoh kerja yg dijadualkan: minggu depan saya bekerja ~ malam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerombol | ; bergerombol berkumpul, berkelompok: pengganas-pengganas ~ utk menyerang; gerombolan 1. kumpulan, kelompok; 2. kumpulan orang jahat (perusuh dll): polis melepaskan tembakan supaya ~ itu bersurai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |