kunca | ukuran banyak padi dll (1 kunca = 160 gantang atau 10 nalih). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kunca III | ark sj bakul kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kunca II | Jw punca (kain). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kunca I | 1. ukuran isi bagi padi (biasanya sama dgn 160 gantang): hasil sawahnya seluas kira-kira tiga ekar itu cuma lebih sedikit drpd tiga ~; 2. berkas besar (padi, jerami, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padi kunca | sistem peminjaman wang yg bayarannya dibuat dgn hasil tuaian padi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
padi kunca | peminjaman wang oleh petani dgn perjanjian akan dibayar dgn padi apabila masak nanti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuncah | ®kunca I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merugikan | 1. menjadikan rugi, mendatangkan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg berjalan selama tiga bulan telah ~ perusahaan itu berpuluh-puluh juta ringgit; berjuta-juta ringgit hasil petani telah dirugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja merugi: kerana menerima cengkeram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. membawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali berniat hendak ~ hidupmu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padi I | 1 beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg buahnya menghasilkan beras, Oryza spp.. 2 buah pokok padi yg masih berkulit. ~ bendang (paya, sawah) padi yg ditanam di tempat-tempat berair. ~ bukit (huma, ladang) padi yg ditanam di tempat-tempat kering. ~ kunca sistem peminjaman wang yg bayarannya dibuat dgn hasil tuaian padi. ~ mahsuri padi hasil kacukan padi Kedah dgn padi Taiwan yg dpt mengeluarkan hasil dua kali setahun. ~ Malinja padi hasil kacukan padi Malaysia, padi India dan padi Jepun. ~ pulut padi yg berasnya lembut dan lekit. padi-padian segala jenis tumbuh-tumbuhan bangsa padi (spt gandum). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
padi I | 1 beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg buahnya menghasilkan beras, Oryza spp.. 2 buah pokok padi yg masih berkulit. ~ bendang (paya, sawah) padi yg ditanam di tempat-tempat berair. ~ bukit (huma, ladang) padi yg ditanam di tempat-tempat kering. ~ kunca sistem peminjaman wang yg bayarannya dibuat dgn hasil tuaian padi. ~ mahsuri padi hasil kacukan padi Kedah dgn padi Taiwan yg dpt mengeluarkan hasil dua kali setahun. ~ Malinja padi hasil kacukan padi Malaysia, padi India dan padi Jepun. ~ pulut padi yg berasnya lembut dan lekit. padi-padian segala jenis tumbuh-tumbuhan bangsa padi (spt gandum dll). | Kamus Pelajar |