kundi | Mn sj biji saga yg digunakan utk menimbang emas (beratnya 241 mas), kenderi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergayung | bersilat (bertikam dll); orang ~ sama pandai sama bak kundi atas dulang prb sama arif dan bijaksana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saga I | 1. sj tumbuhan (pokok dan bijinya merah bulat-bulat kecil), a) Adenanthera pavonina; b) Adenanthera bicolor; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), jering tupai, Pithecellobium ellip-ticum; akar ~ sj tumbuhan (pokok me-manjat), Abrus precatorius; akar ~ molek sj tumbuhan (pokok memanjat), akar perah bentak, Lettsomia maingayi; 2. penolong timbangan (emas); spt ~ di atas talam prb kelakuan yg tidak tetap; yg merah ~ yg kurik kundi prb yg indah dan yg baik ialah bahasa dan budi, bukannya rupa; diuji timbang lebih se~ prb perbezaan yg amat kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gayung II | 1. sl sj tongkat yg dipakai sbg senjata; 2. pukulan, tetakan, tikaman, dll (dgn senjata); main ~ bersilat (bertinju dll); 3. = ilmu ~ sj mantera utk menyakitkan (membunuh dll) orang dr jauh; ~ bersambut kata berjawab prb mengelakkan serangan musuh atau menjawab percakapan orang; ~ tua, ~ memutus prb cakap orang tua-tua biasanya benar; bergayung bersilat (bertikam dll); orang ~ sama pandai sama bak kundi atas dulang prb sama arif dan bijaksana; menggayung 1. menetak, menikam, menombak dll (dgn senjata); 2. mengucapkan mantera utk membunuh musuh dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |