Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kun.dur] | کوندور

Definisi : sj tumbuhan (herba memanjat), beligu, Benincasa cerifera; ~ tikus sj tumbuhan (pokok menjalar), pedendang tikus, timun tikus, Melothria affinis; ~ tidak melata pergi, labu tidak melata mari prb persetujuan hendaklah berdasarkan tolak ansur dan persahabatan haruslah datangnya drpd kedua-dua belah pihak; kalau spt ~ labu, boleh dibelah prb utk menegaskan kebenaran atau kejujuran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.dur] | کوندور

Definisi : nama sj herba atau buahnya (pokoknya menjalar dan buahnya boleh dimakan), Benincasa cerifera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kundur

Puisi
 

Sedap kundur dari labu,
     Manakan sama timun betik;
Sedap tidur dalam kelambu,
     Manakan sama atas riba adik.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Kalau seperti kundur labu,
     boleh dibelah.

Bermaksud :

Untuk menyatakan kebenaran sesuatu perkara. kundur = labu besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kundurnama sj herba atau buahnya (pokoknya menjalar dan buahnya boleh dimakan), Benincasa cerifera.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kundur tikussj tumbuhan (pokok menjalar), pedendang tikus, timun tikus, Melothria affinis;Kamus Dewan Edisi Keempat
kundur jawasj tumbuhan (herba memanjat), beligu, Benincasa cerifera;Kamus Dewan Edisi Keempat
kundur cinasj tumbuhan (herba memanjat), beligu, Benincasa cerifera;Kamus Dewan Edisi Keempat
kundursj tumbuhan (herba memanjat), beligu, Benincasa cerifera; ~ tikus sj tumbuhan (pokok menjalar), pedendang tikus, timun tikus, Melothria affinis; ~ tidak melata pergi, labu tidak melata mari prb persetujuan hendaklah berdasarkan tolak ansur dan persahabatan haruslah datangnya drpd kedua-dua belah pihak; kalau spt ~ labu, boleh dibelah prb utk menegaskan kebenaran atau kejujuran.Kamus Dewan Edisi Keempat
barah kundur burukbarah di pelipatan lutut;Kamus Dewan Edisi Keempat
rukam padangsj tumbuhan (pokok kecil atau renek), medang kundur, Litsea ujongensis;Kamus Dewan Edisi Keempat
lonjong1 makin ke atas makin runcing (bkn bentuk atap dll). 2 bentuk yg bulat panjang spt bentuk buah kundur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rukam; ~ air sj tumbuhan (pokok renek), kasip keludut, Erismanthus obliqua; ~ babi sj tumbuhan (pokok), bunga tanjung hutan, selimber, Homalium longiflorum; ~ gajah = ~ hutan = ~ putih sj tumbuhan (pokok kecil), pokok damak-damak hutan, Scolopia rhi­nan­­­thera; ~ laut sj tumbuhan (pokok renek), be­­dara laut, Ximenia americana; ~ padang sj tumbuhan (pokok kecil atau renek), medang kundur, Litsea ujongensis; pokok ~ putih sj tum­­buhan (pokok renek), Scleropyrum maingayi.Kamus Dewan Edisi Keempat
barah1. sj bisul besar yg bernanah; 2. ketumbuhan berbahaya pd kulit atau pd tisu di dlm tubuh yg disebabkan oleh pertumbuhan sel yg tidak mengikut kadar yg normal (disebabkan oleh pengaruh bahan-bahan karsinogen spt bahan kimia dan virus), kanser; 3. sesuatu keadaan (perkara, perkembangan, dll) yg sangat buruk pengaruh atau akibatnya dan boleh merebak atau menular; ~ batang barah di pertemuan paha dan badan; ~ batu barah yg keras spt batu (dekat dubur); ~ bir barah dekat dubur; ~ bunyi barah di dada; ~ cika barah di dlm perut; ~ empong barah di ari-ari; ~ gajah barah di dlm perut; ~ kelawar barah di bawah ketiak; ~ kepala beruang barah pd bahu atau lutut; ~ kepala harimau barah di bawah mata kaki; ~ kundur buruk barah di pelipatan lutut; ~ nangka barah di betis; ~ raja barah yg sangat sakit; ~ sisik barah yg selalu mengelupas; ~ sisip barah dibawah tulang rusuk; ~ tetek barah pd susu, mastitis; ~ tiarap barah yg menyebabkan luka di dlm; ~ ular = ~ batang;membarah menjadi barah: jeritan hatiku terus melarat hingga ~ ke dlm jiwa.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas