kuningan | tembaga kuning; loyang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kuningan | tembaga kuning; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pingai | warna kuning muda (kuning air), putih kekuning-kuningan; burung ~ a) sj burung yg bulunya kekuning-kuningan; b) sesuatu yg ganjil (ajaib); c) = siburung ~ jiwa, semangat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gading I | 1 taring gajah yg berwarna putih kekuning-kuningan: Kerisnya yg berhulukan ~ itu telah dicuri orang. 2 = warna ~ warna putih kekuning-kuningan spt warna taring gajah: Keretanya berwarna ~. menggading 1 menikam dgn gading. 2 menyerupai gading (bkn nyiur yg baru tumbuh). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gading I | 1. taring gajah: keris berhulu ~; 2. = warna ~ warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); aur (buluh, nyiur) ~ aur (buluh, nyiur) yg berwarna kekuning-kuningan; 3. sl sepasang pengapit yg mengiringi pengantin; ~ pd gajah yg sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? prb apa yg ditentukan tidak mungkin diubah lagi; bagai tanduk bersendi ~ prb sepasang yg elok dan padan; pucuk leban ~ gajah, bekerja segan makan gagah prb orang yg malas bekerja padahal ia tidak sakit; spt ~ dilarik prb rupa yg cantik dan bersih; sudah dapat ~ bertuah, tanduk tidak berguna lagi (terbuang tanduk kerbau mati) prb sebab mendapat yg baru, yg lama (atau kurang sempurna) dibuang; tak ada ~ yg tak retak prb tidak ada sesuatu yg betul-betul sempurna;bergading mempunyai gading, memakai gading; telah mati yg ~ prb telah meninggal orang yg berkuasa;menggading 1. menyerupai gading (nyiur yg baru tumbuh); 2. menikam dgn gading. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aprikot | 1. = buah ~ buah sj pokok yg isinya berwarna oren kekuning-kuningan spt buah pic; pokok ~ pokok yg menghasilkan buah aprikot, Prunus armeniaca; 2. warna oren kekuning-kuningan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gading I | 1. taring gajah yg berwarna putih kekuning-kuningan: Kerisnya yg berhulukan ~ itu telah dicuri orang. 2. = warna ~ warna putih kekuning-kuningan spt warna taring gajah: Keretanya berwarna ~. menggading 1. menikam dgn gading. 2. menyerupai gading (bkn nyiur yg baru tumbuh). | Kamus Pelajar |
kekuning-kuningan | agak kuning warnanya; seakan-akan kuning: tanah liat yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekuning-kuningan | berwarna agak kuning: tanah liat yg berwarna ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangkas | perang kekuning-kuningan atau putih berbintik-bintik merah atau hitam (ayam dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |