Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.nyit] | کوڽيت

Definisi : sj tumbuhan (rizom­nya dijadikan bahan pencelup dan rempah), Curcuma domestica (longa); beras (nasi) ~ beras (nasi) yg kuning warnanya (kerana dibubuh air kunyit); ~ bolai sj tumbuhan (herba), bolai, bongelai, Zingiber cassumunar; ~ jawa sj tumbuhan (pokok renek), jarak belanda, kesum, kesumba keling, Bixa orellana; ~ teras hitam sj tumbuhan (herba), bersih hitam, lampoyang hitam, Zingiber ottergii; bagai ~ dgn kapur prb lekas atau mudah berlaku (mesra, berpadu, dll); kuning oleh ~, hitam oleh arang prb orang yg tidak ber­pendirian tetap dan dapat dihasut (dipengaruhi) oleh orang lain; tidak resan ~ resan serai prb tidak ada perhubungan keluarga antara dua orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.nyit] | کوڽيت

Definisi : ; ~ selayang sj burung, Oriolus chinensis; ~ senja sj burung, Oriolus xanthonotus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.nyit] | کوڽيت

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan atau rizomnya (rizomnya dijadikan ramuan ubat, gulai dll), Curcuma domestica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kunyit

Puisi
 

Nasi kunyit tinggi berdiri,
     Mari makan di atas meja;
Dari jauh hamba ke mari,
     Untuk berjumpa sahabat semata.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tidak resan kunyit,
     resan serai.

Bermaksud :

Tidak ada perhubungan keluarga walaupun dulunya kelihatan sebagai satu keluarga (orang-orang yang berselisih). resan = rasa dengan lidah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kunyit-kunyit babisj tumbuhan (pokok memanjat), Coscinium wallichianum;Kamus Dewan Edisi Keempat
kunyit-kunyit IIsj tumbuhan (pokok memanjat), Coscinium wallichianum; akar ~ a) sj tumbuhan (akar memanjat) akar cina, akar kuning, Limacia oblongata, b) sj tumbuh­an (pokok memanjat), akar kusir, berkunyit, Tiliacora triandra.Kamus Dewan Edisi Keempat
kunyit-kunyit Isj ikan laut; a) Lutjanus spp.; b) kuning-kuning, Lutjanus letianus; c) kuning­kuning, remung, Lutjanus lineolatus; d) kuning-kuning, tanda, Lutjanus kasmira; e) kuning-kuning, tanda jalur, Lutjanus fulviflamma.Kamus Dewan Edisi Keempat
akar kunyit-kunyita) sj tumbuhan (akar memanjat) akar cina, akar kuning, Limacia oblongata, b) sj tumbuh­an (pokok memanjat), akar kusir, berkunyit, Tiliacora triandra.Kamus Dewan Edisi Keempat
kekunyit Ikunyit-kunyit (ikan).Kamus Dewan Edisi Keempat
akar kusinsj tumbuhan (pokok memanjat), akar kunyit-kunyit, berkunyit, Tiliacora triandra.Kamus Dewan Edisi Keempat
kusin; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kunyit-kunyit, berkunyit, Tiliacora triandra.Kamus Dewan Edisi Keempat
burung terik canaisj burung, burung kuning, burung kunyit-kunyit, burung nangka, kependang, setempukan, Oriolus chinensis.Kamus Dewan Edisi Keempat
terik Ilburung ~ canai sj burung, burung kuning, burung kunyit-kunyit, burung nangka, kependang, setempukan, Oriolus chinensis.Kamus Dewan Edisi Keempat
akar kuningsj tumbuhan (pokok me­manjat), akar cina, akar kunyit-kunyit, Limacia oblongata;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas