penyu | sj kura-kura besar yg bertelur banyak; jenis-jenisnya: ~ belimbing, ~ karah, ~ lumpur, ~ pulau; ~ bertelur beribu-ribu seorang pun tiada tahu, ayam bertelur sebiji pecah khabar sebuah negeri prb keuntungan orang kaya walau bagaimana banyak pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan orang miskin walau sedikit pun ramai dicakapkan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyu | beberapa jenis kura-kura besar yg telurnya boleh dimakan (banyak terdapat di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia), Chelone mydas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyu | beberapa jenis kura-kura besar yg telurnya boleh dimakan (banyak terdapat di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia), Chelone mydas. | Kamus Pelajar |
juku-juku | sj kura-kura, kura-kura kepala besar, Orlitia borneensis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pijat-pijat | sj kutu yg busuk baunya, kepinding, kutu busuk; kerana ~ mati tuma prb mendapat kesusahan kerana bersahabat dgn orang jahat; marahkan ~ kelambu dibakar, tidur terdedah prb kerana takutkan bahaya yg kecil keuntungan yg besar dibuang akhirnya diri sendiri yg merana; ~ menjadi kura-kura prb orang kecil (hina) menjadi orang besar (mulia). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pijat II | sj kutu yg busuk baunya, kepinding, kutu busuk; kerana ~ mati tuma prb mendapat kesusahan kerana bersahabat dgn orang jahat; marahkan ~ kelambu dibakar, tidur terdedah prb kerana takutkan bahaya yg kecil keuntungan yg besar dibuang akhirnya diri sendiri yg merana; ~ menjadi kura-kura prb orang kecil (hina) menjadi orang besar (mulia). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perahu | sj kenaikan (drpd kayu dll) di air dan biasanya tidak mempunyai geladak, sampan besar; ~ jalur sj perahu yg dibuat drpd sebatang kayu yg dibelah dua, dikorek isi tengahnya dan dibentuk spt perahu; ~ kura sj kapal perang lama; ~ lading perahu yg kecil panjang dibuat drpd sebatang kayu; ~ layar perahu yg memakai layar; ~ mayang (payang, pemayang, pukat) perahu utk memukat di laut; ~ som sj perahu perang yg kecil dan laju; ~ bertambatan, dagang bertepatan prb teratur dan kena pd tempatnya (perdagangan); ~ papan bermuat intan prb sesuatu yg tidak layak diperjodohkan; ibarat ~ takkan karam sebelah prb dua orang yg bersyarikat dll jika rugi tentulah ditanggung oleh keduaduanya; terlangsung ~ boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik prb sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah berhatihati, kalau sudah terlanjur tidak dapat ditarik balik; berperahu menaiki perahu: mereka lari ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kayu I | 1. = pohon ~ = pokok ~ pohon yg hidup atau tumbuh (digunakan juga) utk menyatakan nama atau jenis pohon spt ~ ara, ~ kembang, dll; batang ~ batang pohon; dahan ~ dahan pohon; daun ~ daun pohon; 2. bahagian batang (dahan dsb) yg keras yg banyak gunanya (boleh dijadikan tiang, alat perkakas, dll): bahan api ialah benda-benda yg dibakar utk mendatangkan panas spt ~, arang batu, minyak tanah, dll; perabot yg dibuat drpd ~ jati; 3. yg dibuat drpd kayu (batang atau dahan pokok): kerusi ~; rumah ~; ~ akhir (Bio) bahagian kayu dlm gelang pertumbuhan (pd spesies pokok yg tumbuh di kawasan yg mengalami perubahan musim) yg mempunyai sel yg lebih kecil, lebih tumpat, lebih kuat, dan terbentuk terkemudian drpd bahagian kayu awal; ~ antara (Bio) lapisan pd sebelah dlm gubal kayu yg mempunyai ciri peralihan antara ciri gubal kayu dan ciri teras kayu (dr segi warna dan sifat umum); ~ api = ~ bakar kayu yg digunakan sbg bahan api; ~ arang sj kayu yg keras dan hitam warnanya; ~ awal (Bio) bahagian kayu dlm gelang pertumbuhan (pd spesies pokok yg tumbuh di kawasan yg mengalami perubahan musim) yg mempunyai sel yg lebih besar, kurang tumpat dan terbentuk pd awal musim pertumbuhan; ~ balak a) batang kayu yg telah dipotong; b) Id batang kayu yg telah ditarah; ~ bangunan kayu yg baik utk dibuat rumah dsb; ~ belantan sj gada (pemukul) drpd kayu; ~ besi sj kayu yg keras dan berat (berwarna hitam); ~ bongkok ki orang yg hina lagi miskin (selalu dipandang rendah); ~ cagak kaki penyangga (meriam dll) drpd kayu; ~ gabus kayu yg lembut dan ringan; ~ gergaji (Hut) kayu yg dihasilkan drpd pembelahan dan pemprosesan kayu balak, dan mempunyai beberapa ukuran dan bentuk tertentu, mis papan dan beroti; ~ hutan kayu drpd pokokpokok di hutan; ~ jaras kayu balak yg bergaris pusat kecil (kurang drpd 150 mm) dan boleh digunakan sebagai tiang rumah, tiang elektrik, atau jambatan; ~ keras (Hut) tumbuhan Angiospermae kumpulan dikotiledon (mis cengal, jelutung, dll); ~ kumai (Hut) kayu panjang yg dipotong dengan menggunakan mesin kumai, dan permukaannya dibentuk menjadi pelbagai rupa bentuk utk tujuan hiasan; ~ lapis kayu keping yg nipis dan berlapis-lapis (digunakan oleh tukang kayu); ~ lembut (Hut) tumbuhan Gymnospermae yg menghasilkan kayu (mis pain, damar minyak, sempilor, podo, dll); ~ lempung a) kayu yg ringan; b) Kl orang yg berbadan besar tetapi tidak kuat; ~ malam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Ebenaceae, buey, kayu arang, kumoi, meribut kumoi bukit, Diospyros spp.; ~ manis kulit drpd sj pokok yg manismanis pedas rasanya (digunakan dlm masakan); ~ masam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Euphorbiaceae, bagil, galang-galang penatan (Sabah), Aporusa spp.; ~ muda (Bio) bahagian kayu yg cepat tumbuh yg terbentuk di keliling empulur pokok; ~ palang a) pengancing pintu drpd kayu; b) salib; ~ pembaris (rul, skil) kayu dll yg bersenggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus); ~ putih tumbuhan yg menghasilkan sj minyak utk dibuat ubat, Meloleuca leucadendron; ~ satar Id kayu pembaris; ~ ukur a) kayu utk mengukur panjang dll sesuatu; b) ki ukuran atau standard yg digunakan utk membuat perbandingan atau penilaian: ~ ukur utk mengetahui yg mana baik dan yg mana tidak baik; ~ besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan prb pemimpin yg menjadi tempat rakyat mengadu nasibnya; ~ bongkok kura-kura pun boleh memanjat prb kalau orang itu sudah bersalah ada sahaja yg menambah-nambah kesalahannya; ~ dikatakan batu, langit hendak dicapai dgn tangan prb orang yg tidak sempurna akal fikirannya; ~ yg banyak akarnya tak takutkan ribut = ~ yg berakar tunjang tak endahkan ribut = jikalau sepohon ~ banyak akarnya lagi teguh, apa-kah ditakutkan ribut prb orang yg banyak kawan tidak takut akan susah; bagai ~ lempung ditebuk kumbang tembus-menembus prb orang yg lemah mudah dianiayai oleh orang yg berkuasa; besar ~ besar dahannya = gedang ~ gedang dahannya prb apabila banyak penghasilan, besar pula perbelanjaannya; di mana ~ bengkok, di sanalah musang meniti prb tempat yg tidak dijaga baik-baik itulah yg dimasuki pencuri; kalau sama tinggi ~ di rimba, di mana angin akan lalu prb kalau sekalian manusia sama pangkat dan darjatnya nescaya tidak ada pekerjaan yg akan menjadi; laksana pohon ~ tidak berbuah prb ilmu yg tidak diamalkan tidak berguna; seberat-berat ~ terapung juga dlm air prb fikiran seseorang itu biar bagaimana teguhnya dapat juga dihasut; tak ~ jenjang dikeping prb dlm keadaan yg serba sukar, segala apa pun dibuat utk mencapai maksud; umpama ~ buruk, buruk dek panas, reput dek hujan prb nasib malang yg tidak dapat dielakkan lagi; umpama ~ lempung, belum ditolak condong sendiri prb orang yg bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain; kayu-kayuan, kayu-kayan serba jenis kayu, bermacam-macam jenis kayu; berkayu 1. ada kayunya, berteras; 2. mencari kayu (di hutan): pergi ~ pergi mencari kayu; perkayuan 1. (segala jenis pekerjaan) yg bersangkutan dgn kayu (spt menebang, membuat kerusi drpd kayu); 2. alat-alat rumah drpd kayu: ke kampung telah dikirim surat menyuruh membeli ~ buat rumah anak; 3. rangka rumah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hilang | 1. tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi: kebakaran itu telah menyebabkan dua belas keluarga ~ rumah mereka; takkan Melayu ~ di dunia; 2. tidak ada lagi sesuatu perasaan (spt marah, benci, suka, dsb), kepercayaan, pertimbangan, dsb: perasaan marahnya masih belum ~ lagi; orang ramai telah ~ kepercayaan terhadapnya; dia telah ~ perhitungan dan terus menikam lawannya; 3. tidak dikenang lagi, telah dilupakan, lenyap: jasanya yg bertahun-tahun ~ begitu sahaja akibat perbuatannya yg tidak amanah itu; 4. (bkn suara) tidak dapat dikeluarkan: suaranya ~ kerana terlalu banyak bercakap; 5. (bkn bunyi, suara, dsb) tidak ada atau tidak kedengaran lagi: bunyi siren itu semakin lama semakin ~ drpd pendengaran kami; 6. mati, mangkat, meninggal: adapun ia hidup kemudian drpd makzulnya sembilan tahun, setelah itu ia pun ~; ~ akal a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yg harus dibuat; b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dll); ~ dara sudah tidak dara lagi (bkn gadis yg telah dinodai); ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi; ~ hayat, padam jiwa mati; ~ ingatan = ~ fikiran = ~ arwah = ~ semangat a) pengsan; b) tidak berakal lagi; ~ malu tidak ada perasaan segan (melakukan pekerjaan yg hina lagi keji); ~ nyawa mati; ~-~ timbul a) tidak kelihatan (kedengaran) nyata; b) sebentar ada sebentar tiada; ~ adat tegal muafakat prb adat boleh diubah dgn persetujuan orang ramai; ~ bini boleh dicari ~ budi badan celaka prb fikiran yg jahat akan membahayakan diri sendiri; ~ dicari, terapung direnangi, terbenam diselami prb a) memeriksa sesuatu dgn cermat; b) menolong orang yg sedang kesusahan; ~ di mata, di hati jangan prb walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dlm hati; ~ ikan dlm kerabu prb kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya; ~ jasa beliung, timbul jasa rimbas prb lain orang yg berbakti, lain pula orang yg dipuji; ~ kabus, teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan; ~ kepala kura-kura ditelan oleh dadanya prb orang yg hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai; ~ kilat dlm kilau prb kepandaian (kebesaran) seseorang tidak kelihatan apabila ia bergaul dgn para cerdik pandai (orang-orang besar); ~ pelanduk berganti kijang emas prb perempuan yg bercerai dgn suaminya yg hina kemudian berkahwin dgn lelaki yg mulia; ~ rona kena penyakit, ~ bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berharta kurang dihargai ramai; ~ sepuh nampak senam prb kejahatan seseorang diketahui apabila terbuka rahsianya; ~ tak tentu rimbanya prb hilang tak berbekas; ~ tapak tukul, timbul tapak canai prb perbuatan baik atau jahat akan hilang dilindungi oleh perbuatan orang yg kemudian; ~ tentu rimbanya, mati tentu kuburnya prb sesuatu perkara yg tentu kesudahannya; ~ tukul ~lah pahat prb tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman; patah tumbuh, ~ berganti prb terus-menerus ada gantinya; pertama ~, kedua terbilang prb berani melakukan pekerjaan berbahaya utk kepentingan umum; tonggang ~ berani mati prb sikap gagah berani (tidak gentar) utk menjalankan kewajiban; menghilang menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri: orang yg menikamnya cabut lari dgn cepatnya lalu ~; menghilangkan menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm gelap dan menyusup balik ke biliknya; kehilangan 1. perihal hilangnya sesuatu, kematian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang sesuatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; ~ muka mendapat malu; ~ nama mendapat nama yg buruk; penghilangan perihal menghilangkan, penghapusan; penghilang yg atau utk menghilangkan: seteguk air ~ dahaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |