kursi | 1. jawatan profesor di universiti: suatu ~ pengajian komunikasi di UKM akan diwujudkan utk meningkatkan pengetahuan dan kecekapan para wartawan dan pengmal media; Ketua Menteri Sarawak telah melancarkan K~ Kajian Dayak di Universiti Malaysia Sarawak; 2. Id kerusi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayat | 1. satu perkataan atau (lebih kerap lagi) serangkai perkataan yg merupakan kesatuan yg membawa sesuatu maksud, kalimat: muka surat 97 ~ 5; terdapat beberapa perkataan yg sukar dlm ~ yg berkenaan; 2. beberapa kalimat yg merupakan kesatuan maksud (dlm al-Quran dll): ~ al-Kursi surah ...; 3. Id bahagian fasal undang-undang, artikel: fasal 12 ~ 2. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayat | 1 suatu bentuk bahasa yg terjadi dgn adanya sekumpulan kata yg saling berhubung dan terdiri drpd subjek dan predikat; kalimat: ~ ini terlalu panjang. ~ induk klausa yg dpt berdiri sendiri sbg ayat. 2 beberapa kumpulan kata yg merupakan bahagian kecil drpd sesuatu bahagian yg lebih besar (spt yg terdapat dlm Quran): ~ al-kursi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ayat | 1. suatu bentuk bahasa yg terjadi dgn adanya sekumpulan kata yg saling berhubung dan terdiri drpd subjek dan predikat; kalimat: ~ ini terlalu panjang. ~ induk klausa yg dpt berdiri sendiri sbg ayat. 2. beberapa kumpulan kata yg merupakan bahagian kecil drpd sesuatu bahagian yg lebih besar (spt yg terdapat dlm Quran): ~ al-kursi. | Kamus Pelajar |