Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kurung
Kata Terbitan : kurungan, berkurung, mengurung, terkurung, pengurungan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kurung1 = kurungan bilik tempat orang salah ditahan; penjara: Dia telah ditahan selama seminggu di dlm ~. 2 ruang yg bersekat atau berdinding; bilik dlm perahu dll. 3 = kurungan sangkar atau kandang. tanda ~, = kurungan tanda tulisan yg berupa garis melengkung dll spt ( ), [ ], { } utk melengkungi atau utk mengasingkan perkataan atau nombor tertentu. berkurung 1 tinggal di dlm rumah atau di dlm bilik saja; tidak keluar-keluar dr rumah atau dr bilik: Sudah seminggu dia ~ di dlm bilik tidurnya. 2 memakai tanda kurung (bkn nombor, perkataan). mengurung 1 menahan atau memasukkan sesuatu ke dlm kurung; tidak membenarkan keluar dr rumah dsb: Beberapa tahun mereka ~ dan menyeksanya di dlm penjara. 2 membubuh tanda kurung (dlm tulisan). terkurung tertahan di dlm kurung; tertahan di dlm penjara dll. pengurungan perbuatan atau hal mengurung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kurung I1. = kurungan sj kandang atau sangkar: Raden ini sedang membuat kurungan utk binatang-binatang; 2. = kurungan penjara, bilik (tempat) orang salah ditahan: dia lebih lagi berdukacita sekarang, duduk di dlm kurungan di penjara itu; 3. = tanda ~ = (tanda) kurungan tanda dlm tulisan yg berupa keluk atau garis melengkung dll utk melingkungi (mengasingkan) perkataan atau nombor yg tertentu: dua kali jumlah x dgn y boleh ditulis dgn menggunakan kurungan menjadi 2(x + y); 4. ruang yg berdinding, bilik (dlm perahu): mereka dibawa berjumpa nakhoda dlm ~ di haluan kapal; ~ bajau = ~ beranda sj bilik dlm kapal; ~ batang Jk usungan mayat; ~ kelengkeng, ~ laut, ~ tengah beberapa bahagian (ruang) pd sj alat menangkap ikan; berkurung 1. tinggal (berada) di dlm rumah atau di bilik sahaja, berpingit (di rumah): dia ~ sahaja di bilik tidurnya semenjak petang tadi; perintah ~ perintah (oleh kerajaan) yg mengarahkan orang ramai supaya tinggal di rumah dlm jangka waktu yg tertentu; 2. me­makai (berada dlm) tanda kurung (bkn perkataan, nombor, dll): kata yg ~ itu lebih baik dibuang sahaja; 3. Br dibendung, diempang (air); mengurung 1. menahan atau memasukkan ke dlm penjara dll, membiarkan atau menyuruh tinggal di rumah sahaja (tidak membenarkan keluar): beberapa tahun mereka ~ dan me-nyeksanya dlm penjara; orang tua-tua yg sering kali ~ anak gadis mereka; 2. mengepung (mengelilingi) musuh dll utk menawannya (menyerangnya dll); 3. menulis (meletakkan) dlm tanda kurung (perkataan, nombor, dll); 4. Br membendung atau mengempang (air); terkurung terpenjara, terkongkong (dlm rumah dll), tertutup (terlengkung) dlm ruang dll, terkepung: gadis pemalu yg ~ dlm rumah sepanjang hari; paru-paru ~ di dlm suatu tempat yg tidak dapat ditembusi oleh udara; ~ fahamnya sempit (picik) pengetahuannya atau pemikirannya; kurungan 1. kandang (kambing dll), sangkar (ayam dll); 2. bilik tempat menahan orang salah, penjara; 3. pagar yg melingkungi; 4. tanda kurung; pengurungan perihal atau perbuatan me­ngurung.Kamus Dewan Edisi Keempat
parentesis(paréntesis) (Lin) 1. kata, frasa atau ayat yg disisipkan sbg maklumat atau penjelasan lanjut dlm sesuatu ayat atau teks, biasanya dipisahkan dgn diapit tanda koma, tanda sengkang atau tanda kurung; 2. tanda kurung bulat: diikuti dgn angka Roman dlm ~ yg menunjukkan nombor pengoksidaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengurung1 menahan atau memasukkan sesuatu ke dlm kurung; tidak membenarkan keluar dr rumah dsb: Beberapa tahun mereka ~ dan menyeksanya di dlm penjara. 2 membubuh tanda kurung (dlm tulisan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
bergaya1 kelihatan segak atau elok; sedap dipandang: Gadis yg berbaju kurung labuh dan berkain songket merah itu sungguh ~. 2 menunjukkan lagak; berlagak: Orang benci kpdnya kerana dia suka ~ spt orang-orang kaya. 3 ada kekuatannya; bertenaga: Sejak didatangi penyakit lumpuh tempoh hari, dia tidak ~ lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bergaya1. kelihatan segak atau elok; sedap dipandang: <i>Gadis yg berbaju kurung labuh dan berkain songket merah itu sungguh ~i>. 2. menunjukkan lagak; berlagak: <i>Orang benci kpdnya kerana dia suka ~ spt orang-orang kaya.i> 3. ada kekuatannya; bertenaga: <i>Sejak didatangi penyakit lumpuh tempoh hari, dia tidak ~ lagi.i>Kamus Pelajar
kain1. barang yg ditenun drpd benang kapas dll: ~ bulu kambing; ~ cita; ~ linen; ~ sutera; ~ kapur kain putih yg berkanji; 2. barang tenunan yg digunakan utk pakaian atau utk kegunaan lain; ~ baju pakaian (spt seluar, baju, dll); ~ basahan a) kain yg dipakai sehari-hari; b) kain yg dipakai pd masa mandi; ~ buruk kain (baju lama, tuala lama, dsb) yg digunakan utk mengelap; ~ cadar kain berbentuk segi empat bujur (utk melapik tilam dll); ~ dagang dalam kain samping yg dipakai di bawah baju kurung Teluk Belanga; ~ dagang luar kain samping yg dipakai di luar baju kurung Teluk Belanga; ~ kaca (Kej) kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu; ~ kembang payung kain yg dipotong serong dan kelihatan spt payung kembangnya (apabila dipakai); (mendapat) ~ kotor (cemar) datang haid; ~ lampin kain lembut (utk mem­balut bayi atau anak kecil); ~ lurik kain yg ditenun dgn tangan (bukan dgn mesin di kilang); ~ sarung kain yg dijahitkan (dican­tumkan) hujung dan pangkalnya dan dipakai utk menutup tubuh dr pinggang ke bawah; ~ selimut kain utk menutup tubuh semasa tidur; ~ tudung kain utk menutup kepala; ~ basah kering di pinggang = ~ ditangkap maka duduk = ~ tak bertepi = ~ dibakar tiada berbau = spt ~ buruk dibakar berbau prb peri kemiskinan yg amat sangat; ~ dlm acar (di)kutip cuci, dia hendak masuk ke longkang juga prb orang yg bertabiat jahat itu tidak dapat diperbaiki lagi; ~ jadi basahan prb orang yg jatuh martabatnya atau orang kaya jatuh miskin; ~ lama dicampak buang, ~ baru pula dicari prb isteri lama diceraikan kerana telah jemu, kemudian berkahwin baru pula; ~ sehelai berganti-ganti prb perihal kemiskinan dua orang suami isteri; ~ sehelai peminggang habis prb kehabisan harta kerana kecurian dll; laksana ~ putih prb pe­kerti (orang yg lembut hati) yg dapat dipenga­ruhi orang; mengalih ~ ke balik rumah, me-ngalih kata berhadapan prb memutar per­kataan (mungkir janji) mudah sahaja dilaku­kan; se~ sebaju, selauk senasi, sebantal sekalang ulu, setikar seketiduran prb tersangat erat atau rapat (bkn persahabatan); spt ~ dlm lipatan prb perihal perempuan yg pd zahirnya baik tetapi berbuat jahat dgn diam-diam; spt ~ khasah di atas duri prb perihal penyakit (perkara) yg amat susah diubati (diselesaikan); spt berselimut ~ sehasta prb tiada cukup (serba tanggung); sudah tahu di ~ beragi prb perihal orang susah yg mulai baik peng­hidupannya; tak tahu akan ~ lagi = telah meraba-raba tepi ~ prb perihal orang yg sakit payah; berkain memakai kain; ~ dua sudah cukup umur atau akil baligh (bkn anak perempuan); (bagai) ~ tiga hasta prb tiada cukup, serba tanggung; ~ tak cukup sebelit pinggang = tak ~ sehelai benang prb sangat miskin.Kamus Dewan Edisi Keempat
kurungan1. kandang (kambing dll), sangkar (ayam dll); 2. bilik tempat menahan orang salah, penjara; 3. pagar yg melingkungi; 4. tanda kurung;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkurung1 tinggal di dlm rumah atau di dlm bilik saja; tidak keluar-keluar dr rumah atau dr bilik: Sudah seminggu dia ~ di dlm bilik tidurnya. 2 memakai tanda kurung (bkn nombor, perkataan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
buncit1. besar perut, gendut: kerana kesenangan hidup, perutnya makin bertambah ~; 2. bk mengandung, bunting: Lijah sudah ~ lima bulan;membuncit menjadi buncit, nampak buncit: walaupun dia memakai baju kurung, nampak perutnya yg ~; membuncitkan 1. membesarkan (perut), menggendutkan: ~ perut; 2. bk menyebabkan mengandung, membuntingkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas