kutuk | , = kutukan perkataan yg mendatangkan kecelakaan kpd seseorang; sumpah; laknat: tertimpa ~ Tuhan. mengutuk 1 menyatakan (meluahkan) kutuk; menganggap keji (hina dll); melaknat: Dia tidak pernah memberikan buah fikirannya melainkan ~ saja. 2 mengenakan kutuk (sumpah, laknat dll) kpd; melaknat: Allah ~ sesiapa yg berlaku kejam. terkutuk 1 ditimpa laknat; kena kutuk; dikutuk. 2 sangat keji: perbuatan yg ~. pengutuk orang atau pihak yg mengutuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kutuk II | sukatan beras yg sama (banyaknya) dgn empat genggam; se~ beras basah prb tidak ada faedahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kutuk I | 1. perkataan (sumpah) yg mendatangkan kecelakaan, laknat: tidak guna hidup kena ~ orang sahaja; 2. = terkutuk ditimpa laknat, dilaknati, celaka, keji: ia bertaubat tidak mahu melakukan perbuatan ~ itu lagi; ke hilir kena ~ sultan, ke mudik kena ~ raja prb kalau melanggar perjanjian atau keputusan yg telah dibuat, akan mendapat akibat buruknya; mengutuk 1. menyumpah, melaknat: perbuatan ini buruk padahnya, celaka akhirnya, berdosa besar, dikutuk Tuhan; 2. mengatakan atau menganggap keji (buruk, salah, dll), menistai: Kamallah yg harus dipersalahkan, harus dikutuk dan dihukum; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat keputusan ~ pencerobohan ke atas negeri tersebut; terkutuk (yg) dikutuk, dilaknat, keji (hina,cela, dll): perbuatan yg ~; keterkutukan keadaan terkutuk; kutukan sumpah (makian, cerca, nista), laknat (dr Tuhan): kalau saya memungkiri janjisaya, maka saya akan menerima ~ Tuhan; pengutukan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) mengutuk (mengeji, mencela, dll): Parti Komunis Indonesia telah membuat satu ~ hebat terhadap kerajaan Sukarno dan pemimpin-pemimpin tenteranya; pengutuk pihak atau orang yg mengutuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerama | sl kutuk, sumpah, tulah, bencana atau kecelakaan (yg disebabkan oleh kutuk): tiada tuan hamba tahu ~ akan datang kpd tuan hamba? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengutuk | 1 menyatakan (meluahkan) kutuk; menganggap keji (hina dll); melaknat: Dia tidak pernah memberikan buah fikirannya melainkan ~ saja. 2 mengenakan kutuk (sumpah, laknat dll) kpd; melaknat: Allah ~ sesiapa yg berlaku kejam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tulah I | kemalangan yg menimpa kerana melanggar larangan (melakukan sesuatu yg kurang baik terhadap orang tua-tua, menderhaka kpd raja, dll), kualat, kutuk: ampun beribu-ribu ampun, takutlah patik menjadi ~ duduk di atas peterana ini tempat bersemayam adinda; ~ papa kutuk yg mendatangkan kesengsaraan (kepapaan); takut ~ Br takut mendapat kecelakaan kerana melawan perintah ibu bapa; takut akan ~ baginda takut akan kualat baginda; menulahi mengenakan tulah kpd, mengutuki (menyumpahi dll) orang supaya mendapat kemalangan; ketulahan mendapat kemalangan kerana ditimpa tulah, menderita tulah: baginda telah ~ pd raja Melaka kerana yg sebenarnya raja Melaka itu tiada patut berkirim sembah kpd raja China. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tua kutuk | bk orang tua yg buruk perangainya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serapah | kutuk, sumpah: baharulah diketahui-nya naga itu dewa kena ~ juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tulah papa | kutuk yg mendatangkan kesengsaraan (kepapaan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lada api (padi, kutuk) | ki orang yg berbadan kecil tetapi berani; | Kamus Dewan Edisi Keempat |