Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kutuk
Kata Terbitan : mengutuk, kutukan, terkutuk,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kutuk, = kutukan perkataan yg mendatangkan kecelakaan kpd seseorang; sumpah; laknat: tertimpa ~ Tuhan. mengutuk 1 menyatakan (meluahkan) kutuk; menganggap keji (hina dll); melaknat: Dia tidak pernah memberikan buah fikirannya melainkan ~ saja. 2 mengenakan kutuk (sumpah, laknat dll) kpd; melaknat: Allah ~ sesiapa yg berlaku kejam. terkutuk 1 ditimpa laknat; kena kutuk; dikutuk. 2 sangat keji: perbuatan yg ~. pengutuk orang atau pihak yg mengutuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengutuk1 menyatakan (meluahkan) kutuk; menganggap keji (hina dll); melaknat: Dia tidak pernah memberikan buah fikirannya melainkan ~ saja. 2 mengenakan kutuk (sumpah, laknat dll) kpd; melaknat: Allah ~ sesiapa yg berlaku kejam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terkutuk1 ditimpa laknat; kena kutuk; dikutuk. 2 sangat keji: perbuatan yg ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kutuk I1. perkataan (sumpah) yg mendatang­kan kecelakaan, laknat: tidak guna hidup kena ~ orang sahaja; 2. = terkutuk ditimpa laknat, dilaknati, celaka, keji: ia bertaubat tidak mahu melakukan perbuatan ~ itu lagi; ke hilir kena ~ sultan, ke mudik kena ~ raja prb kalau melanggar perjanjian atau kepu­tusan yg telah dibuat, akan mendapat akibat buruknya; mengutuk 1. menyumpah, melaknat: perbuatan ini buruk padahnya, celaka akhirnya, berdosa besar, dikutuk Tuhan; 2. mengatakan atau menganggap keji (buruk, salah, dll), menistai: Kamallah yg harus dipersalahkan, harus dikutuk dan dihukum; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat keputusan ~ pencerobohan ke atas negeri tersebut; terkutuk (yg) dikutuk, dilaknat, keji (hina,cela, dll): perbuatan yg ~; keterkutukan keadaan terkutuk; kutukan sumpah (makian, cerca, nista), lak­nat (dr Tuhan): kalau saya memungkiri janjisaya, maka saya akan menerima ~ Tuhan; pengutukan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) mengutuk (mengeji, mencela, dll): Parti Komunis Indonesia telah membuat satu ~ hebat terhadap kerajaan Sukarno dan pemimpin-pemimpin tenteranya; pengutuk pihak atau orang yg mengutuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
karma1. semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia; 2. kerama, kutuk, sumpah: tak seorang pun yg terlepas drpd ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
serapah1 kata-kata yg diucapkan utk mengutuk atau utk menyumpah: <i>sumpah ~i> berbagai-bagai kutukan; <i>kena ~i> terkena kutuk atau terkena sumpah.Kamus Pelajar
serapah1 kata-kata yg diucapkan utk mengutuk atau utk menyumpah: sumpah ~ berbagai-bagai kutukan; kena ~ terkena kutuk atau terkena sumpah. 2 jampi atau mantera yg tidak menggunakan ayat-ayat Quran. menyerapah 1 mengeluarkan ka­ta-kata utk mengutuk atau utk me­nyumpah. 2 membaca mantera utk mengubati orang sakit dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lada1. sj tumbuhan herba (buahnya pedas dan biasanya dicampur dgn rempah); ~ benggala lada yg berbentuk bulat berwarna merah atau hijau yg mempunyai rasa pedas manis dan digunakan sbg salad atau sayur; ~ berekor sj tumbuhan (herba), kemukus, Piper cubeba; ~ hitam lada yg kulitnya tidak dibuang, Piper nigrum; ~ payung sj tumbuhan (herba), cabai jawa, Piper retrofactum; ~ rimba sj tumbuhan (herba), akar kalung gajah (ular), sirih murai, Piper ribesioides; ~ sulah = ~ putih lada yg telah dikeringkan dan dibuang kulitnya, merica, Piper nigrum; 2. sj tumbuhan (herba dan buahnya), cabai, lombok; ~ api = ~ kecil = ~ kerawit = ~ melaka Kd = ~ padi Id sj tumbuhan (herba), cabai burung, cabai rawit, Capsicum frutescens; ~ besar = ~ congcang = ~ merah sj tumbuhan (herba), cabai seberang, cabai selasih, Capsicum annuum; ~ kering cabai merah yg telah dikeringkan, cili kering, cabai kering; 3. sj tumbuhan (pokok renek); ~ api (padi, kutuk) ki orang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ pahit sj tumbuhan, melada pahit, embalau, Brucea amarissima; kayu ~ sj tumbuhan, akar berangan, Dalbergia parviflora; 4. bp menggosokkan cili pd mulut dsb seseorang (kerana terlalu marah terhadap apa yg telah dicakapkannya dsb), cabai, cili: jangan lancang sangat engkau bercakap nanti aku ~ mulut, baru kau tahu; belum tahu dipedas ~ prb belum banyak pengalaman (masih mentah); burung terbang dipipiskan ~ prb sudah bersedia utk mengharapkan hasil yg belum diperoleh; kecil-kecil ~ api, besar-besar limau abung prb biar kecil tetapi berani drpd besar tetapi penakut; siapa makan ~ dialah berasa pedas prb orang yg bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya; berlada dibubuh lada (cabai, cili), bercabai, bercili: kuah ~; meladai membubuh lada pd (gulai dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
sumpah I1. pengakuan yg dibuat (dgn ber­saksikan Tuhan atau sesuatu yg dianggap suci) utk menguatkan apa yg dikatakan dll: berani aku katakan ini dgn ~; dimakan ~ menderita (sakit dll) kerana membuat sumpah bohong; makan ~ a) sudah mengucapkan sumpah; b) membuat sumpah bohong; mengambil ~ menyuruh membuat sumpah; 2. pengakuan bahawa apa yg dikatakan itu memang benar (berani melakukan sesuatu dan berani men­derita sesuatu jika pengakuannya itu tidak benar); ~ potong ayam sumpah dgn menyem­belih ayam (bagi orang Cina sahaja); 3. kata­-kata yg mengutuk (maki hamun dll), kutuk, tulah: Si Tenggang menjadi batu kena ~ ibunya; 4. janji yg teguh utk melakukan sesuatu, ikrar: baginda telah mengangkat ~ utk memerintah negeri ini dgn adil; ~ besi kawi sumpah dgn meminum air yg di dalamnya telah direndam besi kawi; ~ celur (celup) sumpah dgn mencelupkan tangan dlm air (minyak) yg mendidih; ~ jabatan Id sumpah yg dibuat pd waktu memegang jawatan; ~ jilat besi sumpah yg dibuat dgn menjilat besi panas; ~ keramat sumpah yg dibuat di tempat yg dianggap keramat; ~ menyelam sumpah yg dibuat oleh dua orang yg menyelam (siapa yg lebih lama dlm air dialah yg benar); ~ minum air keris sumpah dgn meminum air keris (yg dianggap sakti); ~ palsu sumpah bohong; ~ Quran sumpah yg dibuat dgn memakai Quran; ~ seranah = ~ serapah berbagai-bagai sumpah; ~ setia sumpah utk menyatakan kesetiaan; ~ uji api sumpah dgn menggunakan api; bersumpah 1. menyatakan kebenaran dll sesuatu perkara dgn sumpah, menyatakan ke­setiaan dll dgn sumpah, mengangkat sumpah: jikalau tuan kurang percaya mari ~ kalam Allah; ia ~ akan setia kpd janjinya; 2. berjanji sungguh-sungguh (akan melakukan atau mematuhi sesuatu), berikrar: ia berazam, ~, tidak akan beristeri dua; bersumpah-sumpahan sl saling melakukan sumpah (bersumpah), berteguh-teguhan janji: maka kedua-duanya pun ~lah; menyumpah 1. mengucapkan sumpah, me­ngangkat sumpah, bersumpah: maka ~ Tuanku Datuk Nakhoda Tua titahnya, “Jika­lau selamat geliung panjang ini tiba di Tanah Jawa, beta kahwinkanlah anakanda dgn barang siapa yg menyelamatkan beta”; 2. = menyumpahi menghamburkan kata-­kata yg tidak baik kpd, mengutuki, menye­ranah: puteri itu ~ Pulau Langkawi menjadi daerah kering tandus hingga tujuh keturun­an; dulu dia menyumpahi dirinya, disangka­nya tidak menurunkan baka; menyumpah-nyumpah mengeluarkan kata­-kata yg kesat terhadap seseorang atau sesuatu berulang kali atau berturut-turut: beberapa orang ~ apabila tayar basikal mereka tidak mahu berpusing disumbat tanah; mempersumpahkan 1. membenarkan mem­buat sumpah, menyuruh bersumpah; 2. mem­buat sesuatu kenyataan dgn sumpah, ber­sumpah; sumpahan sesuatu yg disumpah, sumpah: begitulah ~ ayahnya sbg ganjaran dosanya; persumpahan perihal bersumpah, akuan, ikrar.Kamus Dewan Edisi Keempat
tua I1. sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur: ibunya sudah ~, sudah berumur 60 tahun; anak dara ~ anak dara yg agak lanjut umurnya; bujang ~ teruna yg agak lanjut umurnya; hari (masa) ~ masa ketika umur sudah lanjut; orang ~ a) orang yg sudah lanjut usianya; b) ayah; c) ibu bapa; d) kepala keluarga; orang ~-~ orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya; 2. lebih umur (drpd): ia ~ tiga tahun drpd adiknya; kakak ~ kakak sulung; mak ~ saudara perempuan ibu atau bapa kita yg tua sekali; pak ~ saudara laki-laki ibu atau bapa kita yg tua sekali; saudara ~ saudara yg umurnya lebih drpd umur kita; 3. sudah lama (lwn baru), sudah ada sejak masa lampau (dahulukala), kuno: saya sudah ~ di dlm kesatuan ini; Bandar Melaka sebuah bandar yg ~; barang-barang ~ lama (sudah dipakai); besi ~ a) besi yg sudah lama (sisa barang-barang; b) besi yg mempunyai tuah atau khasiat; faham ~ faham lama (lwn faham baru atau moden); harta ~ harta pusaka (warisan); 4. = tua-tua ki kepala, pemimpin, penghulu (orang yg tua yg dianggap ber-pengetahuan dan berpengalaman): ~ kam-pung ini menjalankan undang-undang adat sbg seorang pengadil mahkamah; ~ dagang Id kepala pedagang; ~ kampung penghulu kampung; ~ rumah kepala keluarga (isi rumah); 5. ki sudah larut (malam): malam sudah ~ dan keadaan di bandar makin sunyi; 6. bertuah, berkhasiat (bkn senjata lama dll): wali ~nya masih kukuh terselit di pinggang; 7. sudah hampir masak dan boleh dipetik (buah-buahan dll): jangan dipetik buah itu kerana belum cukup ~; 8. sudah mendidih atau masak (air, minyak, dll): biarkan minyak itu ~ dahulu baru dimasuk­kan ikan ke dlm kuali; 9. agak kehitam-hitaman (lwn cerah), pekat (warna): biru ~; merah ~; warna ~ warna yg tidak cerah; 10. baik mutunya, hampir tulen (emas): emas ~; ~ bangka = ~ bengkok bk (orang yg) sangat tua (tetapi buruk perangainya); ~ cendawan orang yg berumur tetapi tidak bijak; ~ ganyut sangat tua; ~ kejemur Jk, bk (orang yg) sudah tua (tetapi bodoh atau berperangai buruk); ~ keladi a) orang yg tua tetapi tidak sedarkan diri (berperangai buruk, gila perempuan, dll); b) Kl orang tua yg mempunyai banyak anak; ~ kotai (orang yg) sangat tua; ~ kutuk bk = ~ lara orang tua yg buruk perangainya; ~ leler = ~ lontok = ~ renta (orang yg) sangat tua dan lemah; ~ nipah Kl (orang yg) tua dan bodoh; ~ nyanyuk sudah tua dan bercakap yg bukan-bukan; ~ teberau Kl (orang yg) sangat tua dan lemah otaknya; ~ tebu (orang yg) semakin tua semakin cergas; bandar terbuka dagangan murah, badan sudah ~ prb sudah terlambat; berdengking si ~ memekik, mustahil akan menggigit jema prb orang yg terlalu marah yg hanya meme­kik-mekik sahaja (tidak berani memukul dll); sudah ~ dr kakak, sudah cerdik dr mamak prb anak muda yg takbur (tidak mahu ber­muafakat lagi dgn keluarganya dlm sesuatu pekerjaan); orang ~ diajar makan pisang prb sia-sia mengajar orang yg sudah pandai; tua-tua 1. tua (kepala, pemimpin, pembesar, penasihat, dll): siapa nama ~ mereka? 2. = tetua bintik-bintik hitam pd muka atau pipi; 3. sungguhpun sudah tua, tetapi...: ~ masih sihat; ~ keladi = ~ kelapa makin tua makin baik; bertua-tua Mn 1. = bertua-tuaan meng­ikut umur (yg tua dahulu, yg muda kemudian); 2. bersuami isteri sampai tua; menua menjadi tua: hanya ada pd orang-orang yg telah ~; menuakan 1. menjadikan tua: ~ buah di pokok; ~ diri; ~ emas; ~ warna; 2. menge­palai, memimpin; 3. memilih (mengangkat, melantik) sbg tua-tua (kepala dll); 4. menyifatkan (memandang) lebih tua (drpd), mengakui sbg orang tua (yg perlu dihormati dsb): yg tua kita tuakan, yg muda pula haruslah menga-lah; 5. mengahwinkan; tertua 1. yg paling tua: bentuk puisi bertulis yg ~ sekali dlm bahasa Melayu terdapat pd batu nisan yg dijumpai di Minye Tujuh, Acheh; 2. lebih tua (berumur): Abdul Rahim ~ dua tahun drpd Amin; ketua pemimpin, kepala; ketuaan 1. sudah terlalu tua (sangat lanjut umurnya); 2. perihal tua (sudah berumur): tidak ketara ~ usianya, malah ia masih gagah dan kukuh; ketua-tuaan spt seorang tua-tua (ketua): dia bercakap dgn gaya ~ menasihati mereka; pengetua 1. tua-tua (pemimpin, kepala, dll): hambalah ~nya sekalian mereka itu; ~ Maktab Perguruan; 2. Mn penghulu yg paling tua; penuaan proses menjadi (atau menjadikan) tua.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas