Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lacur
Kata Terbitan : melacur, pelacuran, pelacur,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sundal I1. tidak elok kelakuannya (bkn perempuan), jahat, lacur: kau memang gatal, ~; 2. perempuan lacur, perempuan jalang; ~ bolong sj hantu puntianak, langsuir; bersundal, menyundal menjadi sundal (bkn perempuan), menjadi pelacur, melacur; mempersundalkan menyebabkan atau me­maksa (seseorang) menjadi sundal atau perempuan lacur; persundalan perihal bersundal (menyundal), pelacuran.Kamus Dewan Edisi Keempat
lacur1. tidak jadi, gagal, malang, sial; 2. buruk laku, sundal (perempuan); apa ~ apa boleh buat; perempuan ~ perempuan jalang, perempuan sundal; melacur mencari nafkah dgn melibatkan diri dlm perhubungan kelamin secara haram, menyundal, menjual (kehormatan) diri: dia ~ atas desakan hidup; melacurkan; ~ diri melacur, menyundalkan diri: perempuan itu ~ dirinya sejak lima tahun yg lalu; pelacuran perihal (perbuatan) melacurkan atau menjual diri, persundalan: dia terjun ke dlm dunia ~ yg dia sendiri memang amat takut; pelacur perempuan sundal (yg melacurkan diri), perempuan jalang; ~ terhormat pelacur drpd kalangan orang yg tinggi taraf kedudukannya dlm masyarakat (biasanya tidak diketahui umum).Kamus Dewan Edisi Keempat
jangak I= penjangak orang yg berkelakuan tidak senonoh (cabul, jahat); perempuan ~ perempuan lacur; menjangak 1. hidup secara tidak senonoh; 2. berzina.Kamus Dewan Edisi Keempat
menjerambah1. menggunakan (mem­per­lakukan, menganggap) sbg jerambah; 2. ki memperlakukan orang perempuan spt pe­rempuan lacur.Kamus Dewan Edisi Keempat
mamibp 1. ibu, emak; 2. emak saudara; 3. pe­rempuan yg mengawasi dan menjadi perantara kpd perempuan lacur dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
jerambahsambungan lantai rumah yg tidak beratap (tempat mencuci pinggan mangkuk, tempat mandi, dll), pelantaran; menjerambah 1. menggunakan (mem­per­lakukan, menganggap) sbg jerambah; 2. ki memperlakukan orang perempuan spt pe­rempuan lacur.Kamus Dewan Edisi Keempat
sopan1. hormat (segan, takzim) dgn tatatertib: jangan kurang ~ di hadapannya; 2. baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab: suaranya lembut dan ~; kau memang kasar dan tidak ~; 3. baik perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur): perempuan hendak­lah sepanjang masa ~ dr segenap segi; 4. sl berasa segan (takut, gentar, ngeri) akan: tiada hamba peduli dan ~ akan raksasa itu; bukanlah Raja itu besar namanya dan se­gala seteru pun tiada ~ akan dia; bersopan berbudi bahasa, beradab: orang kampung memang ~ kpd orang luar; menyopani 1. berlaku sopan terhadap, menghormati; 2. = mengesopani sl berasa takut (gentar, segan) akan: tiada siapa yg dikesopaninya dan dibilangkannya hanya Belia Raja; menyopankan mendidik (mengajar, me­ngasuh, dll) supaya menjadi sopan, meng­adabkan; kesopanan 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban; ketaksopanan keadaan tidak sopan: nilai­-nilai ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
apa1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan; 3. = ~lah kata utk menghaluskan suruhan: belikan ~ saya sebungkus rokok; 4. = ~kah kata utk me-nanyakan sesuatu (bukan manusia): ~ kereta itu rosak? 5. atau: ya ~ tidak; ~ akal bagaimana akal, apa yg harus dibuat; ~ boleh buat apa yg hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi; ~ daya tidak ada kuasa lagi; ~ khabar a) bagaimana keadaanmu; b) ada khabar barukah; ~ lacur Id ya bagaimana lagi (apa boleh buat); ~ macam apa khabar; ~ pasal apa sebab; ~ sahaja = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; ~ tidaknya memang ya; ~ ubahnya serupa; kena ~ a) apa yg dialami atau dideritai; b) mengapa, kenapa; apatah lebih-lebih lagi, apalagi: saya tidak mampu membeli kereta, ~ lagi Ali yg miskin itu; apa-apa 1. barang apa, segala apa, segala sesuatu: tidak memberikan ~ perhatian; 2. sesuatu: ada ~ yg ingin kamu tahu lebih lanjut mengenai pelajaran hari ini? berapa kata yg menanyakan banyaknya; mengapa 1. apa sebab, kena apa: ~ kamu berhati dengki? 2. apa yg diperbuat: ~ kamu di dlm bilik itu? mengapai, mengapa-apai melakukan se­suatu terhadap: diapainya maka ia me­nangis? mengapakan, mengapa-apakan, mem­peng­apakan 1. melakukan apa atau bagai­mana lagi, membagaimanakan: tetapi hendak diapakan, emak sayang padanya; 2. melaku­kan apa-apa terhadap, membuat (melakukan) sesuatu terhadap: akan kutuntut bela kpd raja yg mempengapakan suamiku; dia menangis dan meraung mengatakan bahawa ibu bapanya akan mengapa-apa­kannya sekira­nya adiknya tidak dijumpai.Kamus Dewan Edisi Keempat
bunga1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg biasanya berwarna-warni dan akan menjadi buah: Jangan dipetik ~ itu. 2 gambar atau lukisan sbg perhiasan pd kain dsb: Kain batik ini cantik sungguh ~nya. 3 = ~ wang wang yg diperoleh kerana meminjamkan wang atau kerana memberikan modal; keuntungan drpd modal; faedah: Pinjaman itu telah dikenakan ~ sebanyak lima peratus. 4 ki sesuatu yg dianggap cantik atau menarik: Saodah merupakan ~ yg sedang mekar di kampung itu. 5 tanda atau alamat bermulanya sesuatu: Sudah tampak ~nya bahawa peperangan akan meletus di daerah itu. 6 corak yg timbul pd bahagian luar tayar (utk mencengkam jalan dsb); corak yg timbul pd getah keping (utk mempercepat proses pengeringan): ~ tayar. ~ api a. percikan atau cetusan api. b. sj mercun yg mengeluarkan api yg beraneka rupa dan warna. ~ bahasa kata-kata yg terdiri drpd kiasan dsb utk menyedapkan percakapan atau karangan. ~ bibir a. kata-kata yg manis. b. sesuatu yg selalu dipercakapkan orang. ~ karang sj tumbuh-tumbuhan yg tumbuh pd batu karang. ~ kertas a. bunga yg dibuat drpd kertas. b. nama sj pokok atau bunganya (bunganya tipis), Bougainvillea spp.. ~ kuku bahagian kuku yg keputih-putihan pd pangkal kuku. ~ lagu kata-kata dlm lagu, biasanya yg terletak di hujung rangkap sesebuah lagu supaya iramanya lebih merdu. ~ lawang a. = ~ pala kulit bunga pala (Myristica fragrans) yg digunakan sbg rempah. b. buah sj pokok yg berbentuk spt bintang (Illicium verum) yg digunakan sbg rempah. ~ mas a. bunga hiasan yg dibuat drpd mas. b. ufti dlm bentuk bunga yg dibuat drpd mas. ~ melur (pekan) nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum), Jasminum grandiflorum. ~ pamor corak pamor pd bilah keris yg berpamor. ~ pecah periuk a. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna jingga atau merah tua), Ixora coccinea. b. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna ungu kemerah-merahan), Ixora incarnata. c. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna putih), Ixora odorata. ~ rampai campuran carikan beberapa jenis bunga dan daun-daunan yg harum baunya. ~ raya a. nama sj pokok renek atau bunganya, Hibiscus rosa sinensis. b. ki perempuan lacur. ~ raya dadu nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya berwarna putih pd waktu pagi dan berubah menjadi merah pd waktu tengah hari), Hibiscus mutabilis. ~ serunai nama sj herba atau bunganya (bunganya berwarna kuning), Weldelia biflora. ~ tanah lapisan tanah yg di atas sekali serta subur pula. ~ tanjung nama sj pohon atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum), Mimosops elengi. ~ telur telur yg diwarnai atau tidak serta diberi bertangkai atau berbekas dan dihadiahkan kpd tetamu yg hadir dlm majlis perkahwinan dsb. bunga-bungaan 1 berbagai-bagai jenis bunga: Kayu-kayan dan ~ ditanam di taman itu. 2 bunga tiruan yg dibuat drpd kertas dsb: Pintu gerbang itu dihias dgn ~ kertas. berbunga 1 ada bunganya; mengeluarkan bunga: Pokok durian yg di belakang rumah itu sudah ~. 2 = berbunga-bunga berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. 3 mendapat bunga atau faedah: Dia mendapat pinjaman yg tidak ~ drpd sahabatnya. 4 menampakkan tanda-tanda atau alamat akan berlakunya sesuatu: Peperangan dunia yg ketiga sudah ~ di Timur Tengah dan di Asia Tenggara. membunga 1 menyerupai bunga bentuknya. 2 membuat corak yg berjalur-jalur pd getah keping dgn menggunakan mesin getah. 3 melarik gambar bunga pd sesuatu yg ditukangi. membungai 1 menghias sesuatu dgn bunga; mengindahkan dgn bunga. 2 menjadikan sesuatu lebih indah atau cantik; menghias. 3 memberikan atau membayar bunga wang. membungakan meminjamkan wang dgn mengenakan bunga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bunga1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg biasanya berwarna-warni dan akan menjadi buah: Jangan dipetik ~ itu. 2. gambar atau lukisan sbg perhiasan pd kain dsb: Kain batik ini cantik sungguh ~ nya. 3. = ~ wang wang yg diperoleh kerana meminjamkan wang atau kerana memberikan modal; keuntungan drpd modal; faedah: Pinjaman itu telah dikenakan ~ sebanyak lima peratus. 4. ki sesuatu yg dianggap cantik atau menarik: Saodah merupakan ~ yg sedang mekar di kampung itu. 5. tanda atau alamat bermulanya sesuatu: Sudah tampak ~nya bahawa peperangan akan meletus di daerah itu. 6. corak yg timbul pd bahagian luar tayar (utk mencengkam jalan dsb); corak yg timbul pd getah keping (utk mempercepat proses pengeringan): ~ tayar. ~ api a. percikan atau cetusan api. b. sj mercun yg mengeluarkan api yg beraneka rupa dan warna. ~ bahasa kata-kata yg terdiri drpd kiasan dsb utk menyedapkan percakapan atau karangan. ~ bibir a. kata-kata yg manis. b. sesuatu yg selalu dipercakapkan orang. ~ karang sj tumbuh-tumbuhan yg tumbuh pd batu karang. ~ kertas a. bunga yg dibuat drpd kertas. b. nama sj pokok atau bunganya (bunganya tipis), Bougainvillea spp.. ~ kuku bahagian kuku yg keputih-putihan pd pangkal kuku. ~ lawang a. = ~ pala kulit bunga pala (Myristica fragrans) yg digunakan sbg rempah. b. buah sj pokok yg berbentuk spt bintang (Illicium verum) yg digunakan sbg rempah. ~ mas a. bunga hiasan yg dibuat drpd mas. b. ufti dlm bentuk bunga yg dibuat drpd mas. ~ melur (pekan) nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum),Jasminum grandiflorum. ~ pamor corak pamor pd bilah keris yg berpamor. ~ pecah periuk a. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna jingga atau merah tua), Ixora coccinea. b. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna ungu kemerah-merahan), Ixora incarnata. c. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna putih), Ixora odorata. ~ rampai campuran carikan beberapa jenis bunga dan daun-daunan yg harum baunya. ~ raya a. nama sj pokok renek atau bunganya, Hibiscus rosa-si-nensis. b. ki perempuan lacur. ~ raya dadu nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya berwarna putih pd waktu pagi dan berubah menjadi merah pd waktu tengah hari),Hibiscus mutabilis. ~ serunai nama sj herba atau bunganya (bunganya berwarna kuning), Weldelia biflora. ~ tanah lapisan tanah yg di atas sekali serta subur pula. ~ tanjung nama sj pohon atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum), Mimosops elengi. ~ telur telur yg diwarnai atau tidak serta diberi bertangkai atau berbekas dan dihadiahkan kpd tetamu yg hadir dlm majlis perkahwinan dsb. bunga-bungaan 1. berbagai-bagai jenis bunga: Kayu-kayan dan ~ ditanam di taman itu. 2. bunga tiruan yg dibuat drpd kertas dsb: Pintu gerbang itu dihias dgn ~ kertas. berbunga 1. ada bunganya; mengeluarkan bunga: Pokok durian yg di belakang rumah itu sudah ~. 2. = berbunga-bunga berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. 3. mendapat bunga atau faedah:Dia mendapat pinjaman yg tidak ~ drpd sahabatnya. 4. menampakkan tanda-tanda atau alamat akan berlakunya sesuatu: Peperangan dunia yg ketiga sudah ~ di Timur Tengah dan di Asia Tenggara. membunga 1. menyerupai bunga bentuknya. 2. membuat corak yg berjalur-jalur pd getah keping dgn menggunakan mesin getah. 3. melarik gambar bunga pd sesuatu yg ditukangi. membungai 1. menghias sesuatu dgn bunga; mengindahkan dgn bunga. 2. menjadikan sesuatu lebih indah atau cantik; menghias. 3. memberikan atau membayar bunga wang. membungakan meminjamkan wang dgn mengenakan bunga.Kamus Pelajar

Kembali ke atas