Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.da] | لادا

Definisi : 1. sj tumbuhan herba (buahnya pedas dan biasanya dicampur dgn rempah); ~ benggala lada yg berbentuk bulat berwarna merah atau hijau yg mempunyai rasa pedas manis dan digunakan sbg salad atau sayur; ~ berekor sj tumbuhan (herba), kemukus, Piper cubeba; ~ hitam lada yg kulitnya tidak dibuang, Piper nigrum; ~ payung sj tumbuhan (herba), cabai jawa, Piper retrofactum; ~ rimba sj tumbuhan (herba), akar kalung gajah (ular), sirih murai, Piper ribesioides; ~ sulah = ~ putih lada yg telah dikeringkan dan dibuang kulitnya, merica, Piper nigrum; 2. sj tumbuhan (herba dan buahnya), cabai, lombok; ~ api = ~ kecil = ~ kerawit = ~ melaka Kd = ~ padi Id sj tumbuhan (herba), cabai burung, cabai rawit, Capsicum frutescens; ~ besar = ~ congcang = ~ merah sj tumbuhan (herba), cabai seberang, cabai selasih, Capsicum annuum; ~ kering cabai merah yg telah dikeringkan, cili kering, cabai kering; 3. sj tumbuhan (pokok renek); ~ api (padi, kutuk) ki orang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ pahit sj tumbuhan, melada pahit, embalau, Brucea amarissima; kayu ~ sj tumbuhan, akar berangan, Dalbergia parviflora; 4. bp menggosokkan cili pd mulut dsb seseorang (kerana terlalu marah terhadap apa yg telah dicakapkannya dsb), cabai, cili: jangan lancang sangat engkau bercakap nanti aku ~ mulut, baru kau tahu; belum tahu dipedas ~ prb belum banyak pengalaman (masih mentah); burung terbang dipipiskan ~ prb sudah bersedia utk mengharapkan hasil yg belum diperoleh; kecil-kecil ~ api, besar-besar limau abung prb biar kecil tetapi berani drpd besar tetapi penakut; siapa makan ~ dialah berasa pedas prb orang yg bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya; berlada dibubuh lada (cabai, cili), bercabai, bercili: kuah ~; meladai membubuh lada pd (gulai dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.da] | لادا

Definisi : berbagai-bagai jenis herba atau buahnya (buahnya pedas dan selalu diguna-kan dlm masakan). ~ api (kecil) lada yg kecil buahnya tetapi berasa sangat pedas, Capsicum frutescens. ~ besar lada yg besar buahnya dan tidak berapa pedas, Capsicum annum. ~ hitam lada yg buahnya bulat dan hitam warnanya, Piper nigrum. ~ kering lada besar masak yg telah dikeringkan. ~ sulah lada berwarna putih, Piper refrofracfum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lada
Rujuk :cili

Puisi
 

Masak taugeh goreng lada,
     Lada ditumbuk lada putih;
Tuan menagih pada yang ada,
     Saya merajuk pada yang kasih.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
susun kelapaa) sj tumbuhan (pokok renek), susuh ayam, Tabernaemontata diva­ricata; b) sj tumbuhan (pokok renek), lada­lada, Tabernaemontata malaccensis; c) sj tumbuhan (pokok renek), lada-lada, Taber­naemontata peduncularis.Kamus Dewan Edisi Keempat
susun II; ~ kelapa a) sj tumbuhan (pokok renek), susuh ayam, Tabernaemontata diva­ricata; b) sj tumbuhan (pokok renek), lada­lada, Tabernaemontata malaccensis; c) sj tumbuhan (pokok renek), lada-lada, Taber­naemontata peduncularis.Kamus Dewan Edisi Keempat
lada-ladasj tumbuhan (pokok), Tabernaemonfata penduncularis.Kamus Dewan Edisi Keempat
leladalada-lada.Kamus Dewan Edisi Keempat
sejarangsj tumbuhan (pokok renek), lada-lada, (batang) lelada, Ervatamia peduncularis.Kamus Dewan Edisi Keempat
lenggundi bulansj tumbuhan (pokok renek), lada­lada, lelada, Ervatamia malaccensis;Kamus Dewan Edisi Keempat
cabai selasihsj tumbuhan (herba), lada merah, lada cancang, lada gedang, Capsicum annuum;Kamus Dewan Edisi Keempat
cabai seberangsj tumbuhan (herba), lada merah, lada cancang, lada gedang, Capsicum annuum;Kamus Dewan Edisi Keempat
cabai acungsj tumbuhan (herba), lada merah, lada cancang, lada gedang, Capsicum annuum;Kamus Dewan Edisi Keempat
cabai Isj buah yg berasa pedas (digunakan dlm masakan), cili, lada, Capsicum spp.; ~ acung = ~ seberang = ~ selasih sj tumbuhan (herba), lada merah, lada cancang, lada gedang, Capsicum annuum; ~ burung = ~ melaka = ~ rawit sj tumbuhan (herba yg buahnya kecil­kecil dan pedas rasanya), lada api (burung, cina, kecil, kerawit, ketek), cili padi, Capsicum frutescens; kecil-kecil ~ melaka = kecil-kecil ~ rawit prb sungguhpun kecil, tetapi garang (berani); siapa makan ~ dialah berasa pedas prb siapa yg ber­salah dialah yg berasa tersindir (siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung akibatnya); kecabaian berasa panas atau pijar pd tempat yg kena cabai; spt orang ~ prb tidak tentu hala rupanya (tidak boleh diam, gelisah sangat, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas