Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lada
Rujuk :cili


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lada1. sj tumbuhan herba (buahnya pedas dan biasanya dicampur dgn rempah); ~ benggala lada yg berbentuk bulat berwarna merah atau hijau yg mempunyai rasa pedas manis dan digunakan sbg salad atau sayur; ~ berekor sj tumbuhan (herba), kemukus, Piper cubeba; ~ hitam lada yg kulitnya tidak dibuang, Piper nigrum; ~ payung sj tumbuhan (herba), cabai jawa, Piper retrofactum; ~ rimba sj tumbuhan (herba), akar kalung gajah (ular), sirih murai, Piper ribesioides; ~ sulah = ~ putih lada yg telah dikeringkan dan dibuang kulitnya, merica, Piper nigrum; 2. sj tumbuhan (herba dan buahnya), cabai, lombok; ~ api = ~ kecil = ~ kerawit = ~ melaka Kd = ~ padi Id sj tumbuhan (herba), cabai burung, cabai rawit, Capsicum frutescens; ~ besar = ~ congcang = ~ merah sj tumbuhan (herba), cabai seberang, cabai selasih, Capsicum annuum; ~ kering cabai merah yg telah dikeringkan, cili kering, cabai kering; 3. sj tumbuhan (pokok renek); ~ api (padi, kutuk) ki orang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ pahit sj tumbuhan, melada pahit, embalau, Brucea amarissima; kayu ~ sj tumbuhan, akar berangan, Dalbergia parviflora; 4. bp menggosokkan cili pd mulut dsb seseorang (kerana terlalu marah terhadap apa yg telah dicakapkannya dsb), cabai, cili: jangan lancang sangat engkau bercakap nanti aku ~ mulut, baru kau tahu; belum tahu dipedas ~ prb belum banyak pengalaman (masih mentah); burung terbang dipipiskan ~ prb sudah bersedia utk mengharapkan hasil yg belum diperoleh; kecil-kecil ~ api, besar-besar limau abung prb biar kecil tetapi berani drpd besar tetapi penakut; siapa makan ~ dialah berasa pedas prb orang yg bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya; berlada dibubuh lada (cabai, cili), bercabai, bercili: kuah ~; meladai membubuh lada pd (gulai dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
restung II1. sj tumbuhan (pokok renek), je­lutung badak, susuk ayam, susun kelapa, Ervatamia corymbosa; 2. sj tumbuhan (pokok renek), lada-lada (hutan, jantan, padi), lelada, puding hutan, susun kelapa, Ervatamia malaccensis; ~ badak sj tumbuhan (pokok renek), jantung badak, jelutung badak, Ervatamia hirta; akar ~ a) sj tumbuhan (rizom), gadung seberang, ubat raya, Smilax china; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar tongkat ali, Smilax myo­sotiflora.Kamus Dewan Edisi Keempat
lenggundi1. sj tumbuhan (pokok), lebar, Vitex negundo; 2. sj tumbuhan (pokok), mata ayam (kucing), sirih puyuh, Ardnia crispa; ~ bulan sj tumbuhan (pokok renek), lada­lada, lelada, Ervatamia malaccensis; ~ bunga sj tumbuhan (pokok), bunga merjagung, jenjagung, mepagar, mertajung, pagar anak betina, pagar anak hitam, pagar anak merah, sangkan merah, Ixoanthes icosandran; ~ pasir sj tumbuhan (herba atau pokok renek), dilam, nilam jantan, kesum bukit, Hemis­graphis confinis.Kamus Dewan Edisi Keempat
sulah1. berdahi luas: yg lelaki sederhana besar badannya, separuh umur, dan ~ kepalanya; 2. botak, gondol; bangau ~ sj bangau yg botak kepalanya; gunung ~ gunung yg gondol; lada ~ lada putih.Kamus Dewan Edisi Keempat
pedas1. rasa spt rasa lada (cili dll): kuahnya terlalu ~; ia lebih suka makan yg ~-~; rendang ~ sj lauk yg pedas; 2. tajam atau keras (teguran, komen, dll), menyakiti hati (kata­-kata dll): pemimpin-pemimpin itu mendapat kecaman ~ drpd surat-surat khabar; kata-kata yg tajam dan ~; bercakap ~ menge­luarkan kata-kata yg tajam; belum tahu dipedas lada prb belum ada pe­ngalaman; supaya tahu akan ~ lada, supaya tahu akan masin garam prb supaya tahu akan susah hidup; memedaskan menjadikan pedas; katanya ~ hati menyakiti hati; kepedasan terasa sangat pedas.Kamus Dewan Edisi Keempat
empunya1. pemiliknya, tuannya: harta pulang ke ~; 2. = empunyai ark mempunyai, memiliki: tiap-tiap orang Lampung ada ~ kebun lada yg berisi seribu dua batang lada; barang siapa ~ untung, ia beroleh Sita Dewi; yg ~ (orang) yg punya (tuannya, pemiliknya); ®punya.Kamus Dewan Edisi Keempat
giling; anak batu ~ batu yg bulat panjang (kawan batu giling) utk menghancurkan lada dll; batu ~ batu utk menghancurkan rempah (lada, beras, dll); beras ~ beras drpd padi yg dikupas dgn mesin; mesin ~ mesin berat yg digunakan utk memadatkan (meratakan) jalan; giling-giling besi atau batu bulat yg digunakan utk memadatkan (meratakan) jalan (tanah); menggiling 1. menghancurkan atau melumatkan (rempah dll) dgn batu giling dan anak batu giling; 2. memadatkan (memipihkan) tanah dll dgn giling-giling (mesin giling); 3. mengupas (mengilang) padi dgn mesin giling; 4. memerah (mengilang) tebu dll di antara dua kayu (besi) bulat yg berpusing; 5. menggelek; 6. menggulung (rokok dll); menggilingkan menggiling sesuatu utk: Hasnah ~ emaknya rempah; gilingan aci atau gandar pd kincir; penggilingan 1. mesin dll yg dipakai utk menggiling padi dll; 2. perbuatan menggiling; penggiling; ~ jalan giling-giling.Kamus Dewan Edisi Keempat
berdacing1. sl bertimbang: sudah terkam­pung semuanya lada maka ~lah ke kapal; 2. menggunakan dacing (sbg alat penimbang barang); 3. mempunyai dacing;Kamus Dewan Edisi Keempat
golok I1. sj parang yg matanya diasah melengkung; ~ Rembau sj senjata yg matanya diasah melengkung (penumbuk lada); 2. Jk sj pedang pendek: ~ Sunda pedang Jawa; laksana ~ kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku prb pengetahuan yg tidak mencukupi tidak ada gunanya; menggolok menetak atau memotong dgn golok.Kamus Dewan Edisi Keempat
stik1. sepotong daging tebal utk dipanggang atau digoreng; 2. hidangan yg merupakan sepotong daging yg dipanggang dan dihidangkan dgn sos lada hitam, salad dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas