centeng (centéng) | Id 1. jaga atau penjaga bangunan (gudang dll); 2. mandur di ladangladang syarikat (persendirian); 3. ark pengawas (pemeriksa) penjualan candu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ladang | 1 tanah yg tidak diairi yg diusahakan serta ditanami (ubi, jagung, padi dll); huma. 2 kebun (getah, kelapa sawit dll) yg luas; estet: Di Malaysia, banyak terdapat ~ getah dan ~ kelapa sawit. berladang mengusahakan atau mempunyai ladang. perladangan 1 kawasan (tempat) orang berladang: ~ masyarakat desa. 2 hal ttg ladang: masalah ~. peladang orang yg mengusahakan atau yg menyelenggarakan ladang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ladang | 1. kawasan yg ditanami (padi, ubi, jagung, dll) dgn tidak diairi, huma, tegal; ~ padi huma; ~ tinggal ladang yg tidak diusahakan lagi; 2. kebun yg luas, estet, perkebunan (lada, teh, getah, dll): sebuah ~ getah luasnya 800 ekar; ~ yg berpunya prb perempuan yg sudah berkahwin; lain ~ lain belalang, lain lubuk lain ikannya prb tiap-tiap negeri itu berlainan aturan dan adatnya; merentak di ~ orang prb bersuka-suka memakan atau memakai harta orang tetapi tidak ingat akan kerugian orang itu; berladang membuat (membuka, mengusahakan, memiliki) ladang: ~, bertanam ubi atau pisang itu sudah lama dikerjakannya; ~ tidak setelempap jua kan tempat kuririk menggelonggong prb kemiskinan yg amat sangat; memperladang, memperladangkan membuka tanah utk membuat ladang, menjadikan ladang: kawasan hutan yg diperladang orang makin bertambah; perladangan 1. kawasan (tempat) orang berladang: ~ orang dusun itu habis binasa dirosakkan oleh babi; 2. perihal berladang, kaedah bercucuk tanam di ladang; peladang orang yg menyelenggarakan ladang, petani: maka adalah di peminggiran negeri raja itu seorang ~ tiga beranak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
estet | (éstét) 1. ladang atau kebun (getah, kelapa, dll) yg luasnya lebih drpd seratus ekar; 2. kawasan yg sudah dimajukan dgn pembinaan bangunan (kilang dsb); ~ perindustrian kawasan yg dimajukan utk keperluan perindustrian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
huma | 1. ladang padi (di tanah kering); 2. tanah yg baru dibuka (ditebas hutannya); berhuma 1. mempunyai huma; 2. mengerjakan huma, bercucuk tanam di huma: adalah pd masa itu segala rakyat dlm kesukaran kerana tengah ~; dikatakan ~ lebar, sesapan di halaman prb memegahkan kekayaan dll tetapi tidak ada bukti kekayaannya dll; memperhumai mengerjakan tanah utk dibuat huma: mereka ~ tanah di bukit itu; perhumaan 1. perihal mengerjakan huma (tanam-menanam di huma): ~ terpaksa dijalankan kerana hujan yg sedikit itu; 2. tanah yg dibuat huma: ~ mereka jauh dr kampung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ladang | 1. tanah yg tidak diairi yg diusahakan serta ditanami (ubi, jagung, padi dll); huma. 2. kebun (getah, kelapa sawit dll) yg luas; estet:Di Malaysia, banyak terdapat ~ getah dan ~ kelapa sawit. berladang mengusahakan atau mempunyai ladang. perladangan 1. kawasan (tempat) orang berladang:~ masyarakat desa. 2. hal ttg ladang:masalah ~. peladang orang yg mengusahakan atau yg menyelenggarakan ladang. | Kamus Pelajar |
menguasai | 1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dsb) pd atau ke atas (sesuatu): mereka dapat ~ seluruh kota itu; negara yg cuba ~ negara lain dgn kekuatan tenteranya; 2. mengatasi dan mengawal (keadaan dll), mengekang (nafsu); ~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu; 3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan): sebahagian besar drpd ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing; 4. mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu: setiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih drpd satu bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meneroka | 1. membuka kawasan baru utk dijadikan kampung (sawah, ladang), membuat sawah (ladang dll) di kawasan baru: menetaplah mereka di sana utk membuka tanah, ~ hutan belantara utk dijadikan kampung; 2. ki menyelidiki (utk mengetahui sesuatu, biasanya yg belum diketahui lagi), menjelajah: perasaan ~ dan mengembara tidak hidup lagi dlm jiwa pemuda kita; 3. = menerokai menjalani, menempuh, mengharungi (bidang kegiatan dsb yg baru): siswazah-siswazah yg mampu berdikari dan sanggup ~ bidang-bidang perniagaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teroka | meneroka 1. membuka kawasan baru utk dijadikan kampung (sawah, ladang), membuat sawah (ladang dll) di kawasan baru: menetaplah mereka di sana utk membuka tanah, ~ hutan belantara utk dijadikan kampung; 2. ki menyelidiki (utk mengetahui sesuatu, biasanya yg belum diketahui lagi), menjelajah: perasaan ~ dan mengembara tidak hidup lagi dlm jiwa pemuda kita; 3. = menerokai menjalani, menempuh, mengharungi (bidang kegiatan dsb yg baru): siswazah-siswazah yg mampu berdikari dan sanggup ~ bidang-bidang perniagaan; penerokaan perihal (perbuatan, usaha, dsb) meneroka atau menerokai: ~ dlm tema dan teknik oleh para penulis seharusnya dilakukan berdasarkan pengalaman; angkasawan-angkasawan yg dipilih utk menyertai siri ~ ke angkasa lepas terpaksa menjalani ujian terlebih dulu; peneroka orang yg meneroka: ~-~ zaman dahulu membuka tanah dgn menggunakan kuda dan kapak sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ladang | 1 kawasan (tempat) orang berladang: ~ masyarakat desa. | Kamus Pelajar |