Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.gi] | لاݢي

Definisi : 1 masih (berterusan): ketika ~ kecil ketika masih kecil. 2 tambahan kpd yg sedia ada: Ambillah dua ringgit ~ utk perbelanjaan pulang. 3 dan; serta: Rumahnya cantik ~ bersih. 4 berulang spt semula: Bacalah surat itu sekali ~. Agaknya ia akan datang ~ hari ini. 5 lebih (baik, buruk, mahal dll): Bunga yg ini ~ cantik. 6 kata yg digunakan utk menegaskan (menguatkan) kata-kata sebelumnya: Belakang parang ~, kalau diasah nescaya tajam. ~pun, = ~ pula tambahan pula. lagi-lagi sentiasa; balik-balik: ~ hendak bergaduh, tidak pernah aman barang sekejap pun. lagikan bahkan; sedangkan: Serangga yg kecil itu ~ dpt membina bukit dgn mengangkut pasir sebutir demi sebutir. selagi 1 selama atau sementara masih: ~ hayat dikandung badan, aku tetap setia kpdmu. 2 pd ketika; semasa: Waktu tengah malam ~ orang tidur, dia duduk termenung di dlm biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Lagi ditutuh lagi ditebang,
     Dibuat mari ampaian kain;
Tempat jatuh lagi terkenang,
     Kononkan pula tempat bermain.


Lihat selanjutnya...(260)
Peribahasa

Lagi lauk lagi nasi.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya.

 

Lihat selanjutnya...(182)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lagi-lagisentiasa; balik-balik: ~ hendak bergaduh, tidak pernah aman barang sekejap pun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
masih lagiada lagi; tinggal lagi: Wangnya ~ sepuluh ringgit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
masih1 terus dlm keadaan sebelumnya; belum selesai: Ketika saya sampai, dia ~ tidur. 2 = ~ lagi ada lagi; tinggal lagi: Wangnya ~ sepuluh ringgit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
istimewa pula (lagi)lebih-lebih lagi; terutama pula; apa lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membuka1 menjadikan tidak bertutup atau tidak tertutup lagi: Pagi-pagi lagi, ibu sudah ~ jendela supaya udara bersih masuk ke dlm rumah. 2 menjadikan tidak berpakaian lagi; melucutkan pakaian dsb: Sebelum memasuki masjid, kita hendaklah ~ kasut terlebih dahulu. 3 menjadikan tidak bersimpul lagi: ~ tali. 4 menjadikan tidak bergulung atau tidak berlipat lagi; mengembangkan atau membentangkan hingga tidak kuncup: ~ payung; ~ lipatan. 5 memulakan sesuatu usaha, kegiatan dll; mengusahakan sesuatu perkara dll: Syarikat Syamelin telah ~ beberapa buah kedai di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. 6 menjadikan dpt dilihat atau diketahui: ~ rahsia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mati1 tidak bernyawa lagi; tidak hidup lagi: Tiap-tiap yg hidup akan ~ juga sudahnya. 2 tidak pernah bernyawa; tidak pernah hidup: Batu ialah benda ~. 3 tidak berjalan spt biasa (bkn jam dll); tidak bergerak lagi (bkn persatuan dll); tidak terus (bkn jalan dll); tidak berorang lagi (bkn bandar, kampung dll). ~ ayam (katak) mati dgn sia-sia saja dan tidak ada yg mempedulikan. ~ beranak mati ketika melahirkan anak. ~ celik mati sebelum hajat atau sebelum cita-cita seseorang tercapai. ~ hidup balik selamat setelah mengalami bahaya besar atau setelah sakit teruk. ~ kera sudah dipotong tetapi masih basah atau masih liat (bkn kayu). ~ langkah tidak dpt melakukan apa-apa yg dihajati. ~ lemas mati kerana tidak dpt bernafas (tenggelam dlm air dll). ~ pucuk a. penyakit yg menyebabkan pucuk menjadi layu atau mati (bkn tumbuh-tumbuhan). b. ki lemah zakarnya (bkn lelaki). ~ rasa tidak dpt berasa apa-apa lagi (bkn pancaindera atau perasaan). ~ syahid mati kerana Allah (spt kerana membela agama Islam). ~ sesat (syirik) mati dgn cara yg tidak diredai Allah (spt membunuh diri). mati-matian 1 pura-pura mati; mati olok-olok. 2 dgn sungguh-sungguh: bekerja ~. bermati-mati bersungguh-sungguh melakukan sesuatu; dgn segenap tenaga; dgn segala daya upaya: Ayah ~ mencari wang kerana hendak menyekolahkan kami. mematikan 1 membuat supaya mati; membunuh: Racun ini bisa sekali dan dpt ~ sesiapa yg meminumnya. 2 ki menyebabkan mati (tidak bergerak, buntu, bantut dll); menghentikan; menyekat: Dia ~ enjin keretanya lalu turun. 3 membahagi pengatas dan pembawah dgn angka yg sama. kematian 1 hal-hal yg berkaitan dgn mati: surat ~ surat keterangan mengenai orang yg telah mati. 2 hal atau keadaan mati: Sejak ~ isterinya, dia selalu saja termenung. 3 menderita kerana matinya seseorang: Dia ~ isteri kesayangannya. pemati alat yg mematikan sesuatu: nat ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengulang1. melakukan sesuatu sekali lagi, berbuat lagi (apa yg telah dilakukan): yg salah dihukum supaya ia tidak akan ~ kesalahan-nya; 2. mempelajari kembali apa-apa yg telah diajarkan, menghafal pelajaran: tolong perhati-kan supaya anak-anak ~ pelajaran mereka di rumah; 3. pergi mendapatkan, mendatangi: terpaksalah datuk ~ isterinya yg baru itu bebe-rapa kali dlm seminggu;Kamus Dewan Edisi Keempat
berulang1. kembali (ke), pulang (ke): kami selalu juga ~ ke mari kerana ayahanda bonda ada lagi; 2. dilakukan dll sekali lagi, berlaku (terjadi) lagi: kita tidak mahu tuduhan itu ~ lagi; ~ kali kerap kali, berkali-kali;Kamus Dewan Edisi Keempat
karang IIIbp waktu yg akan datang; tak lama lagi; sebentar lagi; kelak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
teduh1. sudah beransur kurang, tidak kencang lagi, reda (angin, ribut, ombak, dll): maka ribut itu pun ~lah; 2. sudah beransur kurang, sudah berhenti, sidang (hujan): teman-temannya sedang berbual-bual sambil menunggu hujan ~; 3. terlindung drpd panas matahari, tidak kena panas matahari, lindap: jika kita berdiri di tempat yg ~ kita tidak dapat melihat matahari dan tidak dapat merasa habanya; 4. tidak hujan (cuaca), muram (matahari), redup, suram: matahari sudah mulai ~; 5. ki aman, tenang; Lautan T~ Lautan Pasifik; lagi ~ lagi berkajang, lagi terang lagi bersuluh prb memilih yg sebaik-baiknya (memilih menantu dll); berteduh 1. berlindung drpd panas matahari (hujan, ribut, dll), bernaung: tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat; 2. = berteduhkan (drpd) men­jauh­kan (drpd), melindungkan (drpd), meme-liharakan (drpd): Surgiwa berteduhkan diri-nya di bawah daun asam itu drpd hujan dan panas; 3. menumpang tinggal, diam, duduk: aku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku; hujan tempat ~, panas tempat berlindung prb orang yg selalu mem-berikan pertolongan kpd orang banyak dlm segala hal; meneduh Jk berteduh; meneduhi melindungi, menaungi: anjung yg terbuka diteduhi oleh bidai putih hijau; meneduhkan 1. meredakan, menghentikan, menenangkan (hujan, ribut, dll); 2. menjadikan terlindung drpd panas matahari: dia ~ basikalnya di bawah pokok yg rendang itu; 3. membawa ke tempat yg teduh;keteduhan 1. perihal teduh, keredaan, ke-tenangan, kelindungan; 2. terlindung drpd hujan atau panas matahari: sudah hampir pukul lima, bangku tempat mereka duduk ~ pula; peneduh sesuatu yg boleh menyebabkan terlindung drpd panas matahari, hujan dsb: sekitar masjid dihiasi dgn pokok ~ dan bunga-bungaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas