sendiri | 1 tubuh badan atau orang yg sebenarnya (bukan wakil atau yg lain-lain; diri yg sebenarnya: Tuan yg empunya kedai itu ~ yg dikehendaki hadir. 2 tidak dgn bantuan orang lain; tidak berkaitan dgn orang lain; terpisah dr yg lain; berasingan: Saya tinggal di rumah ~. 3 tidak termasuk yg lain; dlm kumpulan itu juga: Mereka bertengkar sesama ~. menyendiri duduk atau tinggal seorang diri; mengasingkan diri: Tidak mungkin aku hidup ~. tersendiri terasing atau terpisah dr yg lain; tidak bersama atau tidak sama dgn yg lain. sendirian seorang diri: Saya lebih suka tinggal ~. bersendirian berada seorang diri; duduk (pergi dsb) seorang diri: Dia ~ di rumahnya. kebersendirian keadaan atau sifat bersendiri. persendirian perihal sendiri: rumah-rumah ~. penyendiri orang yg suka menyendiri atau suka bersendirian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dan seterusnya | dan yg lain-lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
istimewa | /istiméwa/ 1 khas utk maksud tertentu: Utk mereka, telah disediakan sebuah pentas yg ~. 2 tidak sama dgn yg lain; lain drpd yg lain: Kami telah menerima hadiah yg ~ drpd penduduk pekan kecil itu. ~ pula (lagi) lebih-lebih lagi; terutama pula; apa lagi. keistimewaan hal-hal yg istimewa; kelebihan; keutamaan: Satu ~ unta ialah binatang itu dpt berjalan beberapa hari tanpa makan atau minum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
luncus | (berkenaan bentuk kepala, ikan dan lain-lain) besar di atas tetapi semakin menirus ke bawah; Bentuk kepalanya juga kecil luncus ke bawah, ditutup dengan ketayap warna putih. | Kamus DBP versi dalam Talian |
garis | 1 = garisan tanda yg halus panjang tetapi tidak ada tebalnya atau lebarnya; coret panjang yg lurus, bengkok atau lain-lain: ~ dr A ke B hendaklah dipanjangkan hingga ke C. 2 = garisan coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan: Dia menendang bola itu keluar ~. 3 sesuatu yg telah dijadikan asas (pegangan) utk melakukan sesuatu; pedoman: Kita harus menyelesaikan pekerjaan itu mengikut ~-~ yg telah ditentukan. 4 kesan berupa gores yg terdapat pd kulit atau pd badan seseorang atau sesuatu: Pd betisnya masih kelihatan ~-~ bekas kena rotan. 5 = garisan barisan kubu utk bertahan; deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai: Pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ pertahanan musuh. ~ daya magnet garis(-garis) lengkung di keliling sesuatu magnet yg tidak memotong antara satu sama lain. ~ finiti, = unjuran ~ finiti garis putus-putus yg dibuat utk menunjukkan berbagai-bagai pandangan terhadap sesuatu objek (spt tinggi, panjang dan dalamnya). ~ kasar a. garis yg dibuat (dilukis) secara kasar. b. apa-apa yg ditulis (dirakamkan) dlm buku secara ringkas; catatan ringkas. ~(an) pusat garis lurus dr tepi ke tepi sesuatu bulatan dan melalui pusat bulatan itu; diameter. ~(an) rentas garis yg menghubungkan dua titik pd garisan tepi sesuatu bulatan. ~(an) selari (sejajar) garisan yg sama jarak di antaranya (dr pangkal hingga ke hujung). ~(an) sentuh garis di luar bulatan yg bersentuh dgn bulatan itu (pd sesuatu titik). ~(an) tegak garis lurus yg membentuk sudut 90o dgn garis lurus yg lain. ~an Antartik garisan lintang 66 o Selatan. ~an Artik garisan lintang Utara. ~an bujur a. jarak ke timur atau ke barat dr sesuatu meridian terutamanya meridian Greenwich (diukur dlm satuan darjah. b. garis pd peta (glob) dr kutub utara ke kutub selatan. ~an Jadi garisan lintang o Selatan. ~an khatulistiwa khatulistiwa. ~an lintang a. jarak ke utara atau ke selatan dr garisan khatulistiwa (diukur dlm satuan darjah). b. garis pd peta (glob) yg merentang dr timur ke barat. ~an Sartan garisan lintang Utara. ~an sesuhu garisan yg menandai sempadan atau batas bagi sesuatu kawasan yg mempunyai suhu yg sama. ~an tegak (cancang) garisan yg lurus ke atas dan membentuk sudut tepat dgn dasarnya. ~an ufuk garisan yg mendatar. bergaris ada garisnya: Utk membuat lukisan, gunakanlah buku yg tidak ~. bergaris-garis banyak garisnya: Getah itu dimesin lagi dgn mesin getah yg ~. menggaris membuat garis: Sambil membaca, dia ~ di bawah perkataan-perkataan yg tidak diketahui maknanya. menggarisi memberi bergaris pd: ~ kertas. menggariskan 1 menggunakan sesuatu utk membuat garis; membuat garis dgn sesuatu: Anaknya telah ~ hujung paku itu pd dinding rumahnya. 2 membuat pedoman atau asas-asas yg dijadikan pegangan: Dlm hadis itu, Rasulullah ~ enam perkara yg wajib dijauhi oleh setiap muslim. penggaris kayu dll yg digunakan utk membuat garis atau utk mengukur; pembaris. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
garisan | tanda yg halus panjang tetapi tidak ada tebalnya atau lebarnya; coret panjang yg lurus, bengkok atau lain-lain: ~ dr A ke B hendaklah dipanjangkan hingga ke C. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seterusnya | 1 selepas itu; sesudah itu; selanjutnya: ~, Datuk Mufti menerangkan segala rukun haji. 2 sejak itu; bermula dr sekarang. 3 = dan ~ dan yg lain-lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hanyut | 1 dibawa mengalir oleh air, ombak dll: Perahunya ~ dibawa oleh air bah. 2 pergi membawa diri atau mengembara jauh-jauh. 3 ki terlalu asyik sehingga terlupa akan yg lain-lain; terbawa mengelamun: Dia ~ memikirkan masa depannya. berhanyut-hanyut terapung-apung dibawa air, ombak dll: Empat hari empat malam, perahunya ~ dibawa ombak. menghanyutkan 1 membawa hanyut; membawa mengalir: Air bah yg dahsyat itu telah ~ pondok mereka. 2 ki menyebabkan hanyut (asyik): Kenangan manis itu telah ~nya. hanyutan sesuatu yg dihanyutkan. penghanyutan perbuatan atau hal menghanyutkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersuap | makan dgn bantuan orang lain (orang lain yg memasukkan makanan ke mulutnya): Kerana terlalu uzur, makannya pun terpaksa ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berganti | 1 berubah menjadi lain; bertukar kpd yg lain: Cuaca yg terang ~ kelam. 2 bertukar dgn yg lain: Bajunya yg bertampal-tampal itu tidak pernah ~. ~ nama berubah namanya. ~ tikar berkahwin dgn kakak atau dgn adik isteri yg telah meninggal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |