lakon | 1. = lakonan cerita yg dipentaskan (sandiwara, filem, dll), drama: suatu lakonan yg bertajuk Si Bongkok Tanjung Puteri akan dipentaskan di Dewan Bandaran; 2. karangan yg berupa sandiwara (terdiri drpd dialog); ~ layar skrip yg disediakan utk sesebuah filem, termasuk arahan kerja kamera dsb; 3. ki sesuatu peristiwa (kejadian dll): ~ yg menyayat hati; berlakon 1. bermain atau berlagak dlm sandiwara (drama, wayang, dll), mengambil bahagian dlm sandiwara dll: saya mula ~ sejak saya di bangku sekolah lagi; dlm filem “Dia Ibuku”, Sarimah ~ sbg ibu; 2. ki berpurapura menunjukkan sesuatu kelakuan, menunjukkan kelakuan yg bukan sifat sebenarnya: tak usahlah kau hendak ~ di depan aku, aku sudah tahu kelakuankau yg sebenarnya; melakonkan 1. mementaskan atau memainkan sesuatu cerita (drama, sandiwara, dll); 2. menulis (semula) suatu cerita menjadi sandiwara (drama dll); 3. mementaskan sebuah cerita sbg sandiwara: murid-murid disuruhnya ~ cerita Anak Raja dengan Anak Papa; 4. mengisahkan (menggambarkan) sesuatu perkara: drama itu ~ seorang pegawai tinggi; 5. memainkan sesuatu peranan (watak): seniman Nordin Ahmad ~ watak Hang Jebat dgn baik dlm filem “Hang Jebat”; lakonan 1. lakon; 2. perihal memainkan sesuatu drama (sandiwara dll), perihal berlakon: ~nya dlm filem-filem pd masa lalu sungguh baik dan memuaskan; pelakon orang yg berlakon dlm drama (sandiwara dll), tokoh dlm cerita dll: siapakah ~ yg akan membintangi filem itu? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
babak I | 1. bahagian drpd suatu lakonan (sandiwara): lakonan ini dimainkan dlm tiga ~; 2. adegan: ~ sedih; 3. = babakan bahagian tertentu drpd musyawarah (pertandingan dll); ~ pertama (dlm perlawanan bola sepak dll) separuh masa pertama;membabakkan membahagi-bahagikan sesuatu cerita (drama dsb) kpd beberapa babak, mengisahkan (mempersembahkan dsb) dlm bentuk babak: peristiwa-peristiwa dlm novel itu dibabakkan; peristiwa inilah yg kita babakkan;pembabakan perihal (perbuatan dsb) membabakkan (kisah, peristiwa, dsb dlm drama dll): apabila disebut konsep ~, dgn sendirinya juga minta dibincangkan konsep adegan dan drama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tablo | 1. sj lakonan pentas yg menggambarkan sesuatu peristiwa atau kejadian (para pelakonnya tidak bergerak); 2. lakonan pentas yg pelakon-pelakonnya tidak bercakap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dialog | 1 percakapan; perbicaraan (dlm lakonan dll): ~ mereka terlalu panjang. 2 tulisan dlm bentuk percakapan: Drama ialah tulisan atau karya dlm bentuk ~. 3 pertukaran pendapat dan soal jawab mengenai sesuatu: Mereka akan mengadakan ~ kerana ada pihak yg tidak puas hati dgn keputusan itu. berdialog 1 bercakap; berbicara (dlm lakonan dll). 2 bertukar-tukar pendapat dan bersoal jawab mengenai sesuatu: Mereka terus ~ mengenai isu yg hangat itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lakonan | 1. lakon; 2. perihal memainkan sesuatu drama (sandiwara dll), perihal berlakon: ~nya dlm filem-filem pd masa lalu sungguh baik dan memuaskan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdialog | 1 bercakap; berbicara (dlm lakonan dll). 2 bertukar-tukar pendapat dan bersoal jawab mengenai sesuatu: Mereka terus ~ mengenai isu yg hangat itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tragedi | (tragédi) 1. cerita (sandiwara, lakonan) yg mengisahkan peristiwa dll yg sedih: persatuan drama ini akan mementaskan ~ tersebut; 2. peristiwa (keadaan dll) yg sedih atau menyedihkan: sajak itu menceritakan suatu ~ tentang pembunuhan dan penderitaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dialog | 1. percakapan; perbicaraan (dlm lakonan dll): ~ mereka terlalu panjang. 2. tulisan dlm bentuk percakapan: Drama ialah tulisan atau karya dlm bentuk ~. 3. pertukaran pendapat dan soal jawab mengenai sesuatu: Mereka akan mengadakan ~ kerana ada pihak yg tidak puas hati dgn keputusan itu. berdialog 1. bercakap; berbicara (dlm lakonan dll). 2. bertukar-tukar pendapat dan bersoal jawab mengenai sesuatu: Mereka terus ~ mengenai isu yg hangat itu. | Kamus Pelajar |
cerita | 1 pertuturan atau tulisan yg menerangkan sesuatu perkara (peristiwa dll); kisah: Mereka ternganga mendengar ~ bagaimana aku terselamat drpd perompak itu. 2 karangan (yg benar ataupun rekaan) yg mengisahkan sesuatu perkara: ~ Abu Nawas. 3 lakonan (sandiwara atau wayang) yg dipertunjukkan atau ditayangkan: Lakonan dan teknik filem itu boleh dikatakan baik tetapi ~nya sukar difahami. 4 apa-apa yg dituturkan bohong belaka; omong kosong; dongeng; jangan banyak ~ jangan banyak bercakap yg tidak-tidak; itu ~ saja itu bohong belaka. ~ berbingkai sesuatu cerita yg di dlmnya banyak terdapat cerita lain (spt Hikayat 1001 Malam). ~ jenaka cerita-cerita yg menggelikan hati. ~ pendek cerita yg pendek saja tetapi lengkap; cerpen. ~ rakyat cerita rekaan dr zaman dahulu yg disukai ramai dlm sesuatu masyarakat, yg masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan drpd satu generasi kpd generasi lain secara lisan. ~ rekaan cerita ttg sesuatu perkara yg terhasil drpd daya khayalan penulis atau pengarangnya; cereka. bercerita menuturkan sesuatu cerita: Ketika guru ~, murid-murid semuanya diam. menceritai bercerita kpd: Nenek ~ aku kisah kehidupan pd zaman Jepun. menceritakan 1 menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2 mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya. penceritaan hal atau perbuatan menceritakan. pencerita orang yg bercerita atau yg menceritakan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mempertunjukkan | 1 menjadikan sesuatu (spt wayang, lakonan, tarian) dpt ditunjukkan: Rombongan itu akan ~ beberapa tarian daerah. 2 memperlihatkan barang-barang; mempamerkan: Mereka telah ~ barang-barang buatan tempatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |