Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lalai (adjektif)
Bersinonim dengan cuai, alpa, teledor, lepa, loleh, tengung, tenging, taufah, sahi, meling, lengai, deder, leler, kelipar, pangling, terpica, seleder, ayal;,
Kata Terbitan : berlalai-lalai, melalaikan, kelalaian,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lalai1 tidak teringat akan kerja (tugas dll); terbiar.Kamus Pelajar
lalai1 tidak memperhatikan; tidak menghiraukan.Kamus Pelajar
berlalai-lalai1 tidak memperhatikan; tidak menghiraukan. 2 berlengah-lengah dgn sengaja; berlambat-lambat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berlalai-lalai1. tidak mempedulikan, tidak mengambil berat; 2. sengaja melambat-lambat­kan, berlambat-lambat, berlengah-lengah;Kamus Dewan Edisi Keempat
abaitidak dipentingkan; lalai. mengabaikan 1 tidak mengambil berat terhadap tugas, nasihat dsb; melalaikan; mencuaikan: Kerana selalu ~ pelajaran, ia telah gagal dlm peperiksaan. 2 menganggap tidak penting; tidak mempedulikan: Kerana menganggap dirinya sudah cukup pandai, ia ~ nasihat orang-orang yg lebih berpengalaman drpdnya. terabai tidak dipedulikan; disia-siakan; terbiar. pengabaian perbuatan atau hal mengabaikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lalai1 orang yang lalai.Kamus Pelajar
lalai1 berbuat sesuatu supaya orang lain menjadi lalai (lupa, tidak sedar dsb); menyebabkan orang lain berlalai-lalai: <i>Utk ~ mangsanya, pencuri tsb telah menggunakan ilmu pukaui>.Kamus Pelajar
lalai1 tidak hati-hati atau tidak sungguh-sungguh melakukan sesuatu: Ketika memandu, janganlah ~, nanti berlanggar. 2 terlalu asyik akan sesuatu sehingga terlupa atau tidak sedar akan hal-hal lain; leka. berlalai-lalai 1 tidak memperhatikan; tidak menghiraukan. 2 berlengah-lengah dgn sengaja; berlambat-lambat. melalaikan 1 tidak mengambil berat (ttg); tidak menghiraukan: Dia tidak pernah ~ suruhan-suruhan suaminya. 2 berbuat sesuatu supaya orang lain menjadi lalai (lupa, tidak sedar dsb); menjadikan atau menyebabkan lalai: Utk ~ mangsanya, pencuri tsb telah menggunakan ilmu pukau. Alunan muzik yg perlahan ~ pengunjung-pengunjung kelab itu. memperlalaikan 1 menyebabkan orang lain berlalai-lalai. 2 mengundurkan atau melewatkan sesuatu maksud (niat dsb). 3 menghibur hati. terlalai 1 tidak teringat akan kerja (tugas dll); terbiar. 2 tidak sedar lagi (spt tertidur); nyedar: Anaknya ~ di pangkuannya. kelalaian keadaan atau sifat lalai. pelalaian perihal atau perbuatan melalaikan. pelalai 1 orang yg lalai. 2 jampi atau ubat utk melalaikan atau utk melekakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lalai I1. tidak hirau akan kerja (tugas dll), lengah, tidak hati-hati: tidaklah dia ~ drpd mengerjakan kewajibannya hari-hari; 2. asyik akan sesuatu hingga lupa akan hal-hal lain, leka, lupa, tidak sedar: lalu masuklah gajah itu ke dlm kandang ~ dgn memakan pisang; berlalai-lalai 1. tidak mempedulikan, tidak mengambil berat; 2. sengaja melambat-lambat­kan, berlambat-lambat, berlengah-lengah; melalaikan tidak mengambil berat, tidak menghiraukan: dlm pd itu Rosita tidak ~ dan melengahkan kerja sekolahnya; ~ hati (sedih) menghiburkan hati; ~ waktu membuang masa; memperlalaikan 1. menyebabkan jadi lalai, membuat supaya lalai: utk ~nya, diberinya mainan kpd budak itu; 2. menangguhkan atau mengundurkan (sesuatu cadangan dll): ~ maksud; 3. menghiburkan hati, bersuka-suka: baiklah kuperlalaikan dan kusukakan hati­nya dgn barang daya upayaku;terlalai 1. tidak ingat (kpd kerja, tugas, dll), tidak dihiraukan, terbiar, terlupa; 2. tidak sedar lagi, nyedar: si anak itu pun ~lah dlm tidurnya; 3. terlambat, terlewat; 4. terhibur: sebentar aku ~ mendengarkan irama muzik yg memenuhi tempat itu; kelalaian 1. perihal lalai, kelengahan, ke­alpaan: tiada lain disebabkan ~ kita sendiri; 2. dlm keadaan lalai: adapun akan baginda itu sangatlah ~ memerintah negeri; sesungguh­nya engkau dlm ~ mengenai hal ini; ~ men­jemput pencuri prb kerana lalai maka selalu rugi; pelalaian ark perihal melalaikan; pelalai 1. orang yg lalai, pelengah; 2. sesuatu (jampi dll) utk melalaikan atau melekakan: jikalau begitu ada satu nyanyi supaya boleh membuat ~ berkayuh; hikmat ~ jampi utk melalaikan orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
ayalId 1. lalai, lengah: jangan ~ menolong orang yg kemalangan; 2. ragu-ragu, bimbang; berayal-ayalan berlambat-lambat, berlengah-lengah, bertangguh-tangguh.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas