Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
orbit(Fiz) 1. laluan yg diikuti oleh sesuatu planet, satelit, dsb dlm pergerakannya menge­lilingi jasad cakerawala yg lain di bawah pengaruh graviti; ~ rendah orbit yg biasanya bulat, altitudnya kurang drpd 1000 km dan tempoh bergerak dlm orbit kira-kira 90 minit; 2. laluan elektron mengelilingi nukleus atom; mengorbit 1. bergerak mengikut peredaran orbit: tempoh ~ kira-kira 90 minit; 2. ki men­cari jalan memburu kejayaan (nama) dlm bidang tertentu: manusia hanya sekadar makhluk tidak bererti yg ~ dlm dunia yg maha luas.Kamus Dewan Edisi Keempat
laluan1. jalan yg dilalui, jalan yg menjadi landasan atau tempat pergerakan pergi balikorang atau pengangkutan: penduduk kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; 2. pergerakan (peralihan dsb) maju ke tahap lain: kemenangan ini menjadikan ~ mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
penjadualan laluan genting(critical path scheduling)1. Sistem pengawasan yang sentiasa menyemak keadaan keperluan pengaturcaraan sistem pengendalian komputer untuk mengelakkan kegelinciran. 2. Penjadualan yang dilakukan untuk mengurangkan masa laluan genting dalam sesuatu jadual projek.Kamus Komputer
laluan(path)1. Jalan mengikut hierarki pohon susunan fail yang perlu dilalui untuk sampai ke fail. 2. Jalan dalam litar komunikasi yang perlu dilalui oleh isyarat untuk sampai ke pangkalan yang dituju.Kamus Komputer
lalu I1. berjalan, melintas: semua kereta tidak boleh ~ di jalan itu; seorang laki-laki ~ di hadapan mereka; sekali ~ a) sekali gus; b) sambil-sambil; 2. boleh masuk, telus, lulus; 3. yg sudah lepas (berlaku, lewat, dll), selesai, telah dibuat: tiadalah kanda perbuat lagi spt yg telah ~ itu; baru tiga malam yg ~, seorang tauke telah disamun orang; 4. berdaya, sanggup, larat: santap pun tiada ~ ia pd malam itu melainkan keluh-kesah sahaja; aku hendak pergi pun tiada ~ oleh sakit badanku lagi; 5. langsung, lanjut; 6. terus, hingga ke, langsung ke: setelah datang ke Melaka maka disuruh baginda arak ~ ke balai; mereka berperahu ~ ke Melaka; 7. kemudian drpd itu, sesudah itu, segera: setelah makan minum mereka ~ meneruskan per­jalanan ke selatan; 8. lewat, sudah lampau: kulihat orangnya telah ~ separuh umur; 9. tidak boleh ditebus kembali (barang gadaian dll); ~ akal boleh diterima akal, munasabah; ~ penjahit ~ kelindan prb kalau usaha yg pertama telah berhasil maka usaha yg berikut­nya pun akan tercapai juga; berlalu 1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap kemudian perem­puan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki pergi, meninggal (mati); melalui 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguam­nya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; melalukan 1. membiarkan lalu (lantas, masuk, dll), memasukkan, meluluskan: dilalukannya cahaya hijau itu menembusi prisma; 2. men­jalankan (cita-cita, apa yg hendak dibuat, dll), mengerjakan: ia selalu hendak ~ kehendaknya; 3. membawa atau membuat terus, me­neruskan; terlalu 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (per­buatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampun­kan, yg kemudian jangan dibuat lagi; keterlaluan 1. hal yg berlebih-lebihan, keadaan yg melampau, hal atau perbuatan yg melampaui batas (tatatertib dll): rakan sekerja Darwisah juga sudah meluat melihat ~ itu; 2. teramat sangat, terlalu, berlebih­-lebihan, melampaui batas: tindakan ~; laluan 1. jalan yg dilalui, jalan yg menjadi landasan atau tempat pergerakan pergi balikorang atau pengangkutan: penduduk kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; 2. pergerakan (peralihan dsb) maju ke tahap lain: kemenangan ini menjadikan ~ mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya; kelaluan 1. (yg) telah lepas, telah lalu; 2.Mn cita-cita, hajat, tujuan; berkelaluan Mn berpanjangan, sentiasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
slalom1. perlumbaan ski yg melalui laluan yg bengkang-bengkok serta pelbagai halangan yg sukar; 2. perlumbaan yg serupa, mis dgn menaiki kayak.Kamus Dewan Edisi Keempat
cauvinisme1. sikap setia pd negara yg keter­laluan: mereka bertanggungjawab atas kebangkitan berbagai-bagai bentuk ~ dan sosialisme; 2. rasa cinta yg keterlaluan kpd sesuatu (kumpulan, tujuan, tempat, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
pembersihan(clearing)1. Proses menjadikan kandungan daftar atau ingatan terpilih logik sifar. 2. Proses membersihkan laluan saluran penghantaran bagi membolehkan data dihantar. 3. Proses memadamkan teks atau imej grafik pada paparan.Kamus Komputer
kelegaan1 keadaan lega; ketenteraman (fikiran, hati); kesenangan (hidup). 2 ruang yg terbatas besarnya utk meluluskan pergerakan atau laluan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bersih(clear)1. Fungsi yang membuang kandungan sesuatu objek yang terpilih. 2. Tindakan menjadikan kandungan ingatan terpilih menjadi logik 0. 3. Tindakan membersihkan laluan saluran penghantaran bagi membolehkan data dihantar.Kamus Komputer
123

Kembali ke atas