teku | tidak lekas putus asa, rajin, tekun; sedikit-sedikit ~, lama-lama menjadi bukit prb kalau kita berhemat sedikit-sedikit, lama-lama simpanan menjadi banyak juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lama-lama | 1. dgn lama: direnunginya muka gadis itu ~; 2. akhirnya, kesudahannya: sedikitĀ-sedikit ~ menjadi bukit; 3. makin lama makin bertambah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lama-lama | 1 akhirnya; kesudahannya: Kalau kita beransur-ansur membuat kerja, ~ selesai juga. 2 dgn lama: Dia merenung muka adiknya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membangkit-bangkit | menyebut-nyebut perkara yg lama-lama; menceritakan hal yg sudah-sudah: Jangan suka ~ hal yg lama, nanti tidak kekal persahabatan kita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melamakan | (sengaja) membuat lama-lama, memanjangkan masa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beruban | 1. mempunyai uban (rambut putih), menjadi putih (bkn rambut seseorang): lama-lama besok engkau ~ dan rabun sebab mem-baca buku saja; 2. ki sudah lanjut umurnya, sudah tua (sehingga terdapat uban pd rambut): dr muda sampai ~ pun masih belum berubah perangai engkau; 3. ki sudah lama dlm sesuatu pekerjaan, sudah lama memegang sesuatu jawatan; sudah ~ baru berguam prb perihal orang tua yg tingkah lakunya spt orang muda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lama | 1 panjang masanya; lw sekejap: Anaknya sudah ~ pergi ke luar negara. 2 panjangnya waktu: Tiga jam ~nya ia menunggu di situ. 3 telah ada sejak dahulu: lw baru (moden); kuno: Ia sedang mempelajari kesusasteraan Melayu ~. 4 tua (tidak baru): Baju ini sudah ~. lama-lama 1 akhirnya; kesudahannya: Kalau kita beransur-ansur membuat kerja, ~ selesai juga. 2 dgn lama: Dia merenung muka adiknya ~. berlama-lama berbuat sesuatu dgn lama: Jangan ~ bersiap, nanti ketinggalan bas. melamakan memanjangkan masa; sengaja membuat lama-lama: Dia sengaja ~ masa membuat kerja itu kerana ia malas. memperlama menjadikan lebih lama (ttg sesuatu tempoh). lama-kelamaan akhir-akhirnya; lambat laun: ~, mereka pun sampailah di tempat yg dituju. selama sepanjang masa yg tertentu: Dia pergi berkursus ~ tiga bulan. selama-lamanya 1 tidak berkesudahan; kekal: Ia akan bertapa di gua itu ~. 2 paling lama: Ia akan tinggal di sana ~ dua tahun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memupuh | 1 menyabungkan (ayam dll) lama-lama. 2 ki memukul; menghentam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melamakan | memanjangkan masa; sengaja membuat lama-lama: Dia sengaja ~ masa membuat kerja itu kerana ia malas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hidapĀan | penyakit yg dihidap lama-lama atau yg susah sembuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |